Sejarah Bukit Lalang Tinagat Tawau ditemui

BUKIT Lalang di Tinagat, Tawau yang banyak diperkatakan di dalam buku catatan sejarah penjajah sememangnya menjadi buruan pencinta sejarah Tawau termasuklah aku kerana ada kisah tragis pernah berlaku di situ.  Di sanalah seramai 12 orang pelbagai suku kaum dipancung Jepun kerana memiliki dan mengetahui dokumen atau risalah kekalahan jepun dalam perang. Beberapa buku telah aku cari namun maklumat lokasinya terbatas namun mujurlah perkongsian maklumat dari rakan-rakan di Discover Tawau menjadikan pencarian aku lebih mudah dan membuahkan hasil.

Khabar mengenai penemuan ini dimaklumkan kepadaku oleh abang Azlan Lauddin Martin petang semalam sekembalinya dia dan Dirmansah Ladiro dari Bukit Lalang.  Aku sepatutnya ikut rombongan mereka ke sana namun kerana aku silentkan handphone beberapa jam sebelah pagi, mereka gagal mengajakku ke sana. Aku betul-betul terlepas sesuatu yang berharga.

Maya, kami jumpa sudah Bukit Lalang yang kita cari selama ini.

Itulah yang dikhabarkan kepadaku lewat panggilan telefon dan di sebalik berita gembira itu aku mula membayangkan apa yang mereka temui dan mereka rakamkan dalam bentuk gambar. Aku membayangkan gambar sebuah kawasan lapang yang mempunyai pokok besar setidak-tidaknya di kawasan yang berbatu kerana pada sumber asal yang pernah aku baca, kepala yang dipenggal di atas batu dan langsung jatuh ke lubang. Kawasan itu terletak di Kampung Tinagat atau di sekitarnya yang tidak jauh dari laluan utama ketika itu.

Dalam dilema tanda tanya, akhirnya mereka berdua muncul di hadapanku dengan senyuman puas. Ku perhatikan pakaian mereka, tidak berlumpur, tidak basah. Panjang perbualan, banyak yang aku ambil sebagai input dan aku sampaikan hajatku dengan jelas kepada mereka:

Bang, yok kita pigi sana semula, bukan hari ini tapi di lain masa yang sesuai. Confirm awal-awal supaya aku get ready.

Kesimpulan dari pertemuan petang semalam, aku tidak berpuas hati selagi aku tidak ke kawasan itu kerana ada yang aku mahu cari di sebalik cerita yang mereka kisahkan.

Sejarah kini telah ditemui dan ianya sesuatu yang selama ini ingin aku catatkan.  Aku meminta kepada yang beragama Islam, sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa pancung kepala beragama Islam kesan pendudukan Jepun di Tawau itu.

Maaf, kisah bersambung.

Related Posts with Thumbnails

Comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments yet.

Leave a Comment

CommentLuv badge