7

Secret Recipe Tawau langgar peraturan logo halal

Agak terkejut juga membaca akhbar Utusan Borneo tengah hari tadi yang memuatkan gambar premis Secret Recipe Tawau dalam tajuk berita Restoran terkemuka langgar peraturan logo halal. Setelah membacanya, aku merasa sedikit kekeliruan bagaimana Secret Recipe Tawau boleh kantoi dalam Operasi Bersepadu yang turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu.

Seperti semua maklum, Secret Recipe Tawau adalah perniagaan franchise terkenal yang serupa konsepnya KFC, Sugar Bun etc.  Logo halal mereka sudah diperakui JAKIM malah turut berada di pasaran luar negara.

Namun, setelah membuat sedikit research, barulah aku faham bahawa Secret Recipe Tawau ini belum atau mungkin sedang dalam proses mendapatkan kelulusan Premis Halal JAKIM. Senarai premis halal JAKIM Secret Recepi boleh dilihat di pautan ini

Memanglah menjadi kesalahan kan kalau pampang logo halal sedangkan premis itu belum memiliki dokumen pengesahan premis makanan halal JAKIM.

Apa pun, aku yakin dengan prestasi Secret Recipe, cuma kadang kala masalah yang dipandang remeh boleh mengakibatkan masalah besar berlaku. Semoga Secret Recipe Tawau dapat memberi statement untuk clearkan kekeliruan ini.

Berita Utusan Borneo: Restoran terkemuka langgar peraturan logo halal

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Berita Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

7 Responses to "Secret Recipe Tawau langgar peraturan logo halal"

  1. Gen2Merah says:

    Waaa, betul ka statement ni. baru ja dua hari lalu kami makan2 di sana.. Huhuhuhu

    Reply

  2. Tam twu says:

    Na kan dah kantoi..apa koe rasa oren…

    Reply

  3. hmjebat says:

    Alaaa, kat tawau ni selaber jer orang islam makan di restoren cina. Siap bawa anak bini lagi. Bini bertudung pulak tu…

    Reply

  4. Mus says:

    saya mmg tak layan SR.. tak mampu.. mahal sangat kat sana..

    Reply

  5. octo says:

    masalahnya kebanyakkan kek skrg ni ada campuran arak :)

    Reply

  6. Hi Puadede.Com,

    Halal kes yang berlaku di Secret Recipe Tawau adalah salah faham.

    Sila layari http://www.facebook.com/secretrecipe.sabah untuk informasi mengenai kes halal yang telah berlaku. Kami akan memberikan laporan mengenai perkembangaan kes ini di facebook kita.

    Kami dari pihak Secret Recipe ingin meminta maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.

    Terima Kasih atas sokongan dan kepercayaan daripada MAYA.

    Jika terdapat apa apa soalan sila kemukaan di facebook kita ataupun email terus kepada kita.

    Octo: Setiap bahan bahan yang digunakan untuk membuat kek Secret Recipe adalah ditanggung halal dan mempunyai sijil untuk setiap bahan yang digunakan, oleh itu, saya dapat menjamin untuk Octo yang kesemua kek di Secret Recipe tidak menggandungi arak.

    Terima Kasih.

    Secret Recipe Sabah
    http://www.facebook.com/secretrecipe.sabah
    secretrecipe.sabah@yahoo.com

    Reply

  7. andy hafiz says:

    jan la risau…dakda kek SR dibuat dgn arak….cuma cara dpt lmbng halal tu jak SR ndak buat btul2…… aku kerja d kl SR ni 2 thun sda…..ok jak……

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.