Recent Comments
Satu Meja Satu Tong Sampah
Seingat aku, restoran yang satu ini akan aku kunjungi setiap kali PIKOM anjurkan PC Fair di Tawau. Lokasinya memang strategik, makanan pun boleh tahan lebih2 lagi bagi penggemar sup.
Pekerjanya pun sopan santun melayan pelanggan, self service air kosong lagi, minum satu tong pun tak kisah asalkan kamurang duduk di restoran itu dengan memakan hidangan masakan mereka.
Tapi aku hairan dengan keadaan restoran itu lewat kunjungan terakhirku ke sana. Bersih…meja kerusi pun nampak kemas tersusun, kehadiran aku dan dua rakanku disambut dengan senyuman mesra. Aku duduk dan terpaku seketika… wah satu meja ada satu tong sampahlah!
Aku mula berfikir, kenapa perlu ada satu tong sampah (bakul sampah plastik sebenarnya) diikat pada setiap meja. Fikirku mungkin ini cara mudah untuk memudahkan pelanggannya membuang tisu semasa menikmati makanan hidangan mereka… ala biasalah kan, bila makan pedas2, sure masa tu keringat ditambah ingus pun meleleh2 kan. Mungkin juga ianya memudahkan pekerja restoran itu membuang sisa makanan atau sampah lain ketika mengemas meja tersebut…
Tapi praktikal kah setiap meja ada satu tong sampah? Bagaimana kalau sampah yang dibuang dalam itu mengandungi hingus atau bersin yang boleh menyebarkan jangkitan? Bakteria yang ada di situ kita tidak dapat lihat dengan mata kasar dan tidak mustahil ianya akan kita makan tanpa disedari, terjangkit dengan kita tanpa kita sedari…
Ditulis Oleh Maya –
Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.Tagged as satu meja satu tong sampah




One Comment
macam aku tau nama restoran ni.. hehehe. Thanx 4 de info. baru plak tau restoran tu buat style mcm tu..
Reply
One Trackback
[...] Puadede.Com AKPC_IDS += "820,";Popularity: unranked [...]