Oh dia tu kawanku, masih sekolah lagi kami kenal
Opismateku bah tu, selalu kami eskep dulu-dulu
Kami kenal baru saja, tapi rasa macam lama kenal
Tiga situasi di atas memberi pengertian tersendiri di mana letaknya sahabat yang kita kenali. Sejauh mana eratnya perkenalan kita, berapa banyak kenangan yang kita kongsi bersama, betapa banyaknya persamaan dan perbezaan yang kita ada bersama seorang sahabat.
Siapa pun boleh mengatakan aku ramai kawan, aku ramai sabahat tapi berapa ramai yang boleh membilang siapa sahabat kita yang boleh berkongsi susah senang kita. Konteks perkongsian bersama sahabat juga banyak penjenisannya, ada yang berkongsi hanya semata-mata kepentingan sesuatu, tapi berapa ramaikah sahabat yang boleh memahami keperluan, memenuhi impian, bersama menjalani getir dugaan untuk kecapi kejayaan.
Aku hanya boleh berdiam bila ada yang memberi penafsiran negatif pada ikatan persahabatan, bagi aku ada hal2 sensitif yang boleh dibualkan dan ada yang perlu dibataskan terutama sekali tentang privasi dan soal hati. Biarlah keselesaan untuk berkongsi itu wujud tanpa meragui satu hari nanti sahabat itu akan berkata … rahsiahmu ada padaku. Simpan untuk diteladani dalam hidup, kongsi untuk kebaikan, hargai sejujurnya sahabat.
Kepada sahabat yang sedang gembira, aku tumpang keriangan kamu dari jauh.
Kepada sahabat yang sedang mengecapi kebahagian, aku tumpang keriangan kamu dari jauh.
Kepada sahabat yang sedang berduka, kalau mahu tumpangkan kesedihannya, khabarkan pada aku yang jauh.
Kepada sahabat yang kurang idea untuk entry blog, mari aku kongsikan petua buat entry:-
buatlah macam aku… Aku sebenarnya kurang idea untuk mengisahkan kisah Tawau, sebab itu entry ini wujud. Dan dan dan… entry ini dikarang hampir setahun lalu, cuma baru dikemaskini.









Comments
Powered by Facebook Comments