ISU pelukis pokok logo 1Malaysia di Tawau, Sabturani Angsa, 64, tidak bertentangan dengan ‘Local Government Ordinance 1961’ (No.11 of 1961), demikian kata Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Puan Norhayati Ahmat.
Menurutnya, di dalam ‘Street And Public Places’ By-Laws 1983, tiada sebarang intepretasi yang jelas tentang maksud ‘merosakkan’ sebarang pokok di kawasan perbandaran. Dalam hal ini, terpulanglah kepada pihak MPT untuk membuat penilaian dan keputusan.
Puan Norhayati berkata demikian ketika Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS), Mohd Zaki Harry Susanto menemuinya untuk mendapatkan penjelasan dari segi undang-undang mengenai usaha pelukis pokok logo 1Malaysia yang juga dikenali sebagai OM, di pejabatnya.
Menurut Puan Norhayati, permohonan untuk melukis seribu logo 1Malaysia telah dibincangkan serta disokong oleh Jawatankuasa Kecantikan MPT.
Tidak habis di situ, permohonannya telah dibincangkan dalam Majlis Penuh MPT dan seterusnya diluluskan.
Dalam hal ini, tidak timbul isu ‘vandalisme’ kerana usaha beliau melakukannya dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.
Kelulusan juga diberikan kerana logo 1Malaysia bukanlah logo rasmi mana-mana parti politik tetapi lebih bersifat ingin menanam nilai perpaduan dan persepakatan sesuai dengan inspirasi kerajaan.
Jadi, dengan kenyataan ini dapatlah menjelaskan kepada orng ramai terutama aktivis sosial, Patrick Sindu yang menyatakan pendapatnya di akhbar bertajuk “Dipuji kerana rosakkan harta” di sebuah akhbar tempatan.
Mohd Zaki yang sebelum ini aku temui pernah berkata:
“Saya sebagai anak jati Tawau tidak akan membiarkan orang luar melabelkan usaha OM ini tidak berfaedah, tidak beretika apa lagi ianya dikatakan satu usaha sia-sia,”
“Saya sanggup turun naik semua jabatan untuk mendapatkan kepastian terutama sekali dari segi undang-undang,”
Aku amat tertarik dengan usaha yang dilakukan anak jati Tawau, Mohd Zaki. Dia menterjemahkan agar kita jangan ‘prejudis’ terhadap sesuatu tanpa sebarang ikhtiar untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang berkenaan.
Dia juga telah membuktikan semangat orang Tawau hanya dimengertikan oleh orang Tawau dan keunikan Tawau hanya diketahui bila berada di sini. Dengan kata lain, orang luar yang tidak mengenali semangat orang Tawau, perlu buat kajian terlebih dahulu sebelum mengatakan sesuatu.
Untuk mengetahui apa isikandungan Street And Public Places’ By-Laws 1983 sila download di SINI

Kenyataan Mohd Zaki di FB

Keratan akhbar 10.7.2012
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments







Sam Mikli
Jul 13. 2012
Assalam alaikum
Tuan Maya dan seluruh kerabat puadede
Pokok atau apa-apa yang seangkatan dengannya adalah “makhluk yang bernyawa” dan hidup mengikut tabi’i yang telah ditentukan oleh Pencipta.
Kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini dipertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara pokok-pokok atau apa-apa yang seangkatan dengannya.
Mengindah pokok-pokok sama ada dengan cara melukis atau mengukir tembus atau timbul rasanya tidak bersesuaian. Ini adalah kerana pokok sejak dari kejadiannya sememangnya indah. Kombinasi warna yang ada pada pokok, dari akar tunjangnya sehinggalah ke pucuknya juga sememangnya indah.
Adalah gemilang, cemerlang dan terbilang sekiranya setiap pokok-pokok yang tumbuh subur di jalan-jalan utama Tawau – yang menjadi tumpuan “orang kenamaan” diberi nama mengikut nama saintifik spesisnya. Namun nama itu bukanlah ditulis atau dilukis pada kulit pokok tetapi dengan meletakkan plak atau papan nama khas yang kalis vandalisme.
Menjaga keindaham pokok-pokok secara khususnya dan alam sekitar secara amnya sememangnya memerlukan “tunjangan politik.” Namun adalah lebih baik sekiranya “tunjangan politik” itu diwujudkan secara terpisah daripada tanggungjawab sememang tanggungjawab kita sebagai manusia.
Di negara-negara maju, apa-apa figura yang berkaitan dengan politik atau bukan politik tidak diabadikan pada kulit, dahan, daun, batang pokok atas nama keindahan. Apatah lagi atas nama kreativiti.
Adieu… dari jauh
Reply
zul
Jul 27. 2012
Salam, saya tidak menafikan usaha itu, tapi melukis logog itu langsung tidak menarik perhatian saya sama ada cantik atau indah. Sememangnya tidak cantik di pandang. Rakan & keluarga turut berpendangan yang sama.
Reply