Dari satu blog ke satu blog, dari satu page facebook ke facebook rakan yang lain, dari twitter status ke status lain, semua mengatakan benda yang sama, Sabah negeri termiskin di Malaysia, lapor Bank Dunia. Agak memeranjatkan lagi sebaik sahaja kenyataan ini dibuat pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kepimpinan kerajaan pusat dan negeri termasuklah juga penghinaan kepada orang Sabah.
Apa sebenarnya isi laporan Bank Dunia yang didedahkan oleh wakil dari Bank Dunia iaitu Pengarah Sektor Unit Pembangunan Manusia, Jabatan Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Emmanuel Jimenez.

Melalui keratan akhbar itu, Bank Dunia melaporkan:
1- kebanyakan daripada penduduk miskin di Malaysia ada di Sabah iaitu 40 peratus daripada penduduk miskin Malaysia.
2- kebanyakan mereka tinggal di kawasan luar bandar.
3-kebanyakannya daripada kumpulan etnik Rungus, Suluk dan Orang Sungai.
Laporan Bank Dunia itu juga menyebut tentang walaupun usaha kerajaan telah sedikit-sebanyak menurunkan garis kemiskinan, Laporan Monitor Ekonomi Malaysia (MEM) Bank Dunia 2010 menunjukkan penduduk Sabah masih bergelut untuk memenuhi sara hidup, keadaan yang lebih ketara berlaku di kawasan pinggir bandar. Ini telah mendorong jumlah miskin tegar di Sabah.
Sememangnya agak memeranjatkan bila didapati Sabah negeri termiskin di Malaysia kerana pada mata kepala aku, Sabah maju membangun dan tidak semiskin yang diwar-warkan. Lebih menyedihkan, ada yang menyamakan kemiskinan di Sabah ini seperti mereka yang hidup di Somalia.
Buka mata, lihat sekeliling, nilai dengan pemikiran yang waras, simpulkannya dalam tindakan seharian dan jangan berhenti berusaha. Pekakkan telinga, buat yang terbaik. Orang luar tidak tahu keadaan kita melainkan kita yang di sini yang melaluinya.
Sabah negeri kita dan Tawau adalah tempat untuk kita berjuang untuk generasi kita. Undi ada di tangan sendiri. daftarlah sebagai pengundi kalau mau penuhi resah hati kerana 1 undi boleh merubah kepimpinan di kemudian hari.
1- Sabah adalah seluas 73,620 km persegi (7.362 juta hektar) dibahagikan kepada 7 Bahagian bagi mentadbir 25 daerah seperti berikut :-
Pantai Barat (Utara)
Keluasan – 10,152.6 km2 ( 1,152,600 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Tuaran
- Ranau
- Kota Belud
- Kota Marudu
- Kudat
- Pitas
Pantai Barat (Selatan)
Keluasan – 2,059.1 km2 ( 205,910 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Kota Kinabalu
- Penampang
- Papar
- Putatan
Keningau
Keluasan – 13,377.1 km2 ( 1,337,710 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Keningau
- Tambunan
- Tenom
- Pensiangan
Tawau
Keluasan – 7,270.1 km2 ( 727,010 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Tawau
- Semporna
Lahad Datu
Keluasan – 6,635.2 km2 ( 663,520 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Lahad Datu
- Kunak
Beaufort
Keluasan – 4,921.0 km2 ( 492,100 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Beaufort
- Kuala Penyu
- Sipitang
Sandakan
Keluasan – 28,205.0 km2 ( 2,820,500 Hectare )
Daerah-daerah termasuk :
- Sandakan
- Labuk Sugut
- Kinabatangan
- Tongod
Comments
Powered by Facebook Comments










kak, aku amek gmbr yg keratan akhbar tu ya?mok komen jugak pasal topik ni d blog.
lisa ali recently posted..lepas kluar ngn yuyun
Reply
Maya reply on November 14th, 2010 10:09 AM:
ok lisa
Reply
ndak puas ati aku pasal komen bank dunia ni…..apapun aku udah luahkan kemarahan ini dlm facebook(bleh baca dan klik dibawa)
http://www.facebook.com/profile.php?id=1380111431#!/profile.php?id=1380111431
Reply
biasalah tu negeri besar..kdg2 perangkaan mcm nilah..x semstinya btul jg kn wlupun buat kajian..hipotesis sj tu..hakikatnya blum tau yg sbnarnya..kita tunggu plak laporan banci 2010 ni mcm mana..klu kekal jg, maklumat or info yg diberikan oleh penduduk dlm banci x smstinya betul..kdg2 skdr utk mengisi borang…
Reply
Maya reply on November 15th, 2010 12:13 AM:
Dalam beberapa aspek aku stuju sabah memang termiskin terutamanya kemudahan infrastruktur… tapi bila lihat sekeliling, something wrong bah laporan ni. sebab itu aku ada tulis…
…Buka mata, lihat sekeliling, nilai dengan pemikiran yang waras, simpulkannya dalam tindakan seharian dan jangan berhenti berusaha. Pekakkan telinga, buat yang terbaik. Orang luar tidak tahu keadaan kita melainkan kita yang di sini yang melaluinya.
bukan sahaja banci result yang aku tunggu, tapi pelaksanaan belanjawan 2011 yang memperuntukkan sebahagian besar budget utk Sabah.
Reply
salah satu punca kemiskinan adalah peluang pekerjaan yg kurang d sabah dan gaji yg xbalance (xbalance bub aq tngk gaji guard d semennjung bole smpai 1k. kalo d sabah plg tgi 700-800… ni xkira lg ngn pekerjaan2 lain)
kita ada ramai pemuda …sabah yg bekerja d smnnjung.. tp kenapa derang2 ni x bekerja d negeri sendiri? sbb apa ja maw d kerja d sabah tu mcm xda tmpt maw kerja biar la kalo kaw ad 8gulung sijil dg.. lgpn gaji pn sikit.. huhu.. KALO KERAJAAN yg kononnya Mendahulukan rakyat tu perihatin.. derang mst la suda plan sumtin yg bole menaikkn ekonomi sabah.. kita punya negeri punya banyak hasil.. tp hasil lari pg mna kita pn xtaw kan.(kesian juga) kalo maw banding ngn melaka kita lg tinggi kebarangkalian maw lebih hebat dri melaka untuk bio teknologi. tp tu la.. teknologi nya xsampai.. besa la.. sabah kan.. slalu ngeri trima teknologi yg lmbt sket dri yg len2..
ini pandanganku ja la.. tp pa2 pun aq xrasa sabah ni miskin sngt.. kalo betul pn.. miskin2 d sbah xda la juga yg mati kebulur.. xda la juga bebunuh2 n samun rompak dan bagai lg cm yg jd kononnya membangun tu.. kan3?
Reply
Assalam alaikum
Sejak 1963. Kemudian 1967. Sejak 2003, sehingga sekarang, 2010, Sabah masih lagi termiskin?
Pada tahun 1970, Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkaya di seluruh Persekutuan Malaysia. Kadar pendapatan GDP negeri Sabah, adalah antara yang tertinggi selepas negeri Selangor.
Kadar pengangguran di Sabah, menyedihkan, 5.6%. Sedangkan seluruh Malaysia, kadar purata pengangguran berada pada kadar 3.0%. Mengikut hukum ekonomi mikro, sekiranya kadar pengangguran hampir kepada 5%, maka secara teknikalnya hasil keluaran negara/negeri merudum.
Mengikut hukum Okun, apabila kadar pengangguran statik pada kadar yang tidak memberangsangkan, maka secara teorinya, negara/negeri akan mengalami technically bankrup dari segi perolehan cukai.
Kemiskinan di Sabah amat subjektif. Miskin harta? Miskin jiwa? Miskin yang bagaimana?
Secara “pendapat liar,” kemiskinan di Sabah berkait dengan kewujudan “chaos” di dalam rantaian Politik-Sosial-Ekonomi. Selain itu, faktor 70/30 – yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Diskriminasi sama ada politik, sosial, ekonomi sememangnya wujud. Para barua, badut, penikus, pak kadok, pak buntat wujud di dalam rantaian politik-ekonomi-sosial. Siapa mereka?
Tiada mahu yang mempersoal – apakah Sabah dijadikan “karung tinju” ekonomi agar supaya Malaysia mencapai kemakmuran bersandarkan teori Adam Smith, Maynard Kaynes. Atau teori Ibn Khaldun dan Dr Yusuf al-Qardawi.
Di dalam blog saya – http://bluechi-arena.blogspot.com/ – saya ada menggalurkan tentang “Takutnya kerajaan yang memerintah terhadap pengangguran.” Jika ia sepadan dengan situasi pengangguran di Sabah, maka sesudah 2020 pun, Sabah tetap miskin.
Dalam isu ini, Fakulti Ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS)perlu bersuara berdasarkan “Kritik tidak semestinya anti. Dan, berbeza pendapat adalah teman berfikir yang baik.”
Wassalam
Adieu…
Reply
Tuan Maya
Blog Tuan sudah berwajah matang. Saya suka.
Ya, sekiranya saya berada di tanah air, saya ingin membuat kaji selidik sosial-ekonomi-politik negeri Sabah, Tawau Khasnya, secara amatur dan bebas.
Segala kemahiran yang saya ada walaupun sedikit, yang saya peroleh dari firma penyelidikan antarabangsa, yang berpangkalan di United Kingdom, akan saya manfaatkan sepenuhnya untuk tujuan ini. Itupun jika tiada halangan atau larangan dari pihak tertentu.
Wassalam
Adieu…
Reply
laporan itu tepat bah.. cuma disalah fahami.
40% itu merujuk peratus isi-rumah berpendapatan bwh paras miskin tegar.
negeri mmg kaya bah.. tp rakyat termiskin paling ramai (atau negeri rakyat termiskin)
percaya tak? terengganu di tempat ke-2 walaupon hasil royalti lebih 500M setahun.
cankersaurus
Reply
aku heran cmna sabah boleh jadi miskin…mgkn dsbbkan politik kotor! banyak rasuah!! sabah kaya dgn kayu balak dan hasil bmi yg lain… ke mana perginya duit royalti tue?? dan yg terkena akibatnya ialah rakyat sabah sendiri yg menjadi miskin d buminya yang kaya.. =(
Reply
diantara sebab utama kenapa negeri menjadi negeri yang termiskin di malaysia ialah:
1)kurangnya ilmu pengetahuan
2)prinsip hidup masih lagi mengikut fahaman zaman purba
3)kurang berusaha
4)ditadbir oleh pemimpin yang KHIANAT kepada rakyat
Reply
….kesian sabah, lembu punya susu..sapi dapat nama…datang KL,kena ckp masih tinggal di atas pokok..apa buli buat,kita tinggal atas pokok pun sebab mau bagi peluang sama org KL tinggal kondo..mana sudah hasil bumi kita??habis kasi maju di mana??alah..dlu masa penjajah kasi tinggal semenanjung..semnanjung sudah habis hasil bumi la…yng tinggl lombong saja..sekarang baru dorang ada sumber sendiri,harap2 dorng nda lupa sama sabah..nah..bayar balik utang kamu tu…jan asik mengutuk org saja..
Reply