Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli

BAGIKU ianya seumpama mimpi dan khayalan alam kanak-kanak, membayangkan sesuatu yang melucukan, bermain dan berfikir sebebasnya asalkan ianya dipenuhi dengan keseronokkan. Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli adalah terjemahan kepada dunia kanak-kanak yang direalisasikan dengan rekabentuk rumah Melayu era 90-an.  Tahniah kepada Alexander Yee, pemilik Rumah Terbalik Borneo yang merealisasikan satu senibina unik itu seterusnya membuka satu trend pelancongan wajib diteladani semua kerana mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancong ke Sabah.

Terdetik tadi dihatiku ketika melihat facebook Rumah Terbalik Borneo ini, andai aku ke berpeluang ke Tamparuli, aku pasti akan ke Kampung Telibong yang terletak kira-kira 30km dari Kota Kinabalu. Simpan dulu hajat itu kerana Tawau ke Tamparuli kira-kira 540km jalan darat… satu perjalanan panjang. Kepada sesiapa yang ada rancangan ke Kota Kinabalu, bolehlah singgah di Tamparuli, letaknya berdekatan dengan SMK Tamparuli.  Peta ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli ada di bawah ini.

Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli
Menurut sumber, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan menelan kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yap dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.

Keunikan Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli.
Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya.

Bagaimana mahu ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?
Perjalanan selama 20-40 minit dari Kota Kinabalu ke Tamparuli, terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli.

Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?
RM18 untuk dewasa.
RM10 untuk dewasa pemegang MyKad
RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi:
Telefon : 088260263
Email: sales@trekkerslodge.com

Rumah-Terbalik-Borneo-Kg-Telibong-Tamparuli

Ada kereta kancil terbalik

rumah-terbalik-borneo

Keluarga Rumah Terbalik Borneo

rumah-terbalik-borneo

Menanam tiang asas rumah

rumah-terbalik-borneo

Boy (engineer) dan BB (Manager)

rumah-terbalik-borneo

rumah-terbalik-borneo

rumah-terbalik-borneo

rumah-terbalik-borneo

rumah-terbalik-borneo

Rekaan dalaman.

rumah-terbalik-borneo

Hiasan di ruang makan

rumah-terbalik-borneo

Hiasan di ruang tamu

Rencana akhbar Daily Ekspress

Rumah Terbalik Tarikan Terbaru Pelancong.
(Ricardo Unto)

TAMPARULI: Jangan betulkan surat khabar anda! Rumah yang memang sengaja dibina terbalik ini – pertama seumpamanya di Malaysia – menjadi satu lagi tarikan pelancong di Sabah.

Namun, rumah tersebut bukan untuk didiami tetapi dibuka untuk kunjungan umum bermula Rabu.

Rumah yang direka berdasarkan rekaan rumah lewat 90-an itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan dan pelancing luar pada hari pertama pembukaannya.

“Kami mahu Tamparuli mempunyai sesuatu yang menarik selain Jambatan Tamparuli dan aktiviti white – water rafting di Kiulu,” kata Penolong Pengurus Operasi Rumah Terbalik, Kenny A Antohio Jinidu menjelaskan tujuan pembinaan rumah terbalik itu pada Rabu.

Kenny juga mendedahkan rumah tersebut diharap menjadi salah satu mercu tanda bagi Negeri ini pada masa akan datang.

“Rumah ini mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan dan keseluruhan projek pembinaan premis ini menelan belanja sekitar RM1.2 juta untuk disiapkan. Untuk menyiapkannya agak mudah, tetapi untuk mendapatkan OC (Sijil Layak Menduduki) adalah agak sukar.

“Kini, kami sudah mempunyai OC, jadi rumah ini sudah sedia untuk menerima pengunjung. Dengan OC ini juga, kami boleh mendapatkan insurans,” katanya.

Kata Kenny, rumah itu terhasil dari kajian dan percambahan minda pemiliknya, Alexander Yee dan kumpulan kerjanya, termasuk arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.

Bukan setakat struktur rumah ini sahaja yang terbalik, malah semua barangan di dalam rumah itu turut terbalik.

“Dan bagi kebanyakan orang, mereka akan berasa pening apabila berada di dalam rumah ini melebihi 10 minit. Tapi bagi kumpulan pereka dalaman, dimana mereka terpaksa berada di dalam rumah itu dalam tempoh yang lama, biasanya tiga jam… mereka akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam,” ujar Kenny.

Jelasnya, ini disebabkan oleh keadaan di dalam rumah yang bertentangan dengan keadaan “biasa” dimana “jika di dalam rumah itu, benda-benda yang biasanya terletak di bawah, berada di atas,”.

Mengenai keselamatan, pihak pengurusan mengambil beberapa langkah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

“Pengunjung dilarang berjalan di luar karpet merah atau laluan yang telah ditetapkan di dalam rumah.

“Barangan di rumah ini, misalnya, perabot dan peralatan elektrik dilekatkan dengan menggunakan skru dan pelekat… tapi kami melarang pengunjung daripada menyentuh, memegang atau menarik barangan yang dipamerkan,” jelasnya.

Rumah yang terletak berhampiran SMK Tamparuli itu dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam dengan bayaran tertentu.

Antara kemudahan yang disediakan di perkarangan rumah itu adalah kafe, kedai dan tandas.

Tapi anda diingatkan agar menggunakan tandas yang disediakan di luar rumah itu, bukan di dalamnya.

Rumah-Terbalik-Borneo-Kg-Telibong-Tamparuli

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

8 Responses to “Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli”

  1. Mus

    Feb 05. 2012

    orang sabah memang hebat!!
    Mus recently posted..“Rumah Terbalik” Tarikan Baru Pelancongan Di TuaranMy Profile

    Reply

  2. permaisury

    Feb 05. 2012

    x berbaloi lax RM10 x dpt ambk pix kenang2an dlm uma trblik ne,,,,

    Reply

    johari reply on February 10th, 2012 7:21 AM:

    Memang rugi..masuk bayar rm 10 tak sampai 10 minit kat dalam rumah tebalik…tak bebaloi…bukan saya kata orang kata..orang lain kata..

    Reply

  3. melody

    Apr 06. 2012

    hope tmorow dpt p rumah terbalik..

    Reply

  4. Ismail Saleh

    Jun 22. 2012

    Cari idea,lepas berbelanja dapat duit balik………..?

    Reply

  5. juana

    Oct 24. 2012

    betapa hebatnya sabah…

    Reply

  6. krol

    Jan 19. 2013

    kuang memuaskan… kalau x dapat nak d diami x lah bagus sangat rekaan saja cantik.. sebagai jurutera mmg baik tp kurang creativiti… klu nak d banding kan dekat holand lebih bagu kerana dapat didiami oleh manusia…

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Rumah Terbalik Tarikan Terbaru Pelancong Di Sabah. - 05/02/2012

    [...] Gambar diperoleh : Tekan sisni. Pautan berkaitan : puadede.com [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge