
Perniagaan pakaian terpakai atau lebih dikenali dengan sebagai rombengan atau bandle sememangnya sinonim dengan Tawau apatah lagi ianya perniagaan yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar untuk dimulakan. Konsep perniagaan rombengan juga dilihat begitu menepati keperluan dan kemampuan ramai orang Tawau kerana ianya murah dan produknya mengikut aliran fesyen.

Petang tadi aku berkesempatan mengunjungi rombengan yang baru dibuka di Tawau iaitu rombengan Takada atau bandle Takada. Luar biasa jumlah jualan mereka, pakaian pun teratur rapi, siap dikategorikan dengan penjenisan baju kot, kemeja,t-shirt, seluar jeans dan lain-lain.
Istimewanya rombengan Takada.
- Lebih selesa untuk dikunjungi walaupun berjam-jam lamanya.
- Tidak perlu berulangkali bertanya sebab semuanya ada tanda harga.
- Koleksi kasutnya berkualiti dan murah
- Ruang parking yang luas
- Di kaunter disediakan air minuman percuma
- Layanan pekerjanya pun bagus


Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
May 12. 2012
saya sedang mencari t-shirt brand keith haring/ k.haring
best rombengan ni..
Mus recently posted..Ada Beca Di Kota Kinabalu?
Reply
Maya reply on May 12th, 2012 11:06 PM:
aku kalau jumpa pasti aku beli punya
Reply
Mus reply on May 12th, 2012 11:11 PM:
di kk ini saya ada juga kawan sama opis dari Tawau (Bt 2) buka rombengan..
tawau lagi best kalau nak cari baju brand ni..
Mus recently posted..Ada Beca Di Kota Kinabalu?
Reply
Maya reply on May 12th, 2012 11:21 PM:
syurga bandle ba di Tawau ni
Maya recently posted..Mayat Lelaki Bogel Di Tangki Air Sri Titingan Tawau
Richard
May 12. 2012
Rombengan lama ndak ada sudah lepas tu pindah di sini kah?
Reply
Maya reply on May 12th, 2012 11:34 PM:
semua masih di lokasi mereka… yang ini rombengan baru
Reply