Rock Never Die di Live Concert Lefthanded Comeback 2012

BETUL-betul dibuai keasyikan dan terimbau kenangan lama ketika menyaksikan Live Concert At Tawau Lefthanded Comeback 2012 malam tadi. Itulah yang dapat aku katakan selepas sahaja melangkah keluar dari Dewan Masyarakat Tawau bersama sebuah senyuman kepuasan. Bagi aku, aku menghargai persembahan Lefthanded malam tadi kerana banyak sebab dan aku pasti bukan aku seorang sahaja yang merasai sedemikian.

Lefthanded buktikan mereka sebuah kumpulan Rock Never Die yang mekar dengan keunikan sentuhan perasaan dari setiap lagu-lagunya. Sebaik sahaja irama intro lagu Debunga Wangi yang dimainkan Man Kidal, Yan, Man Dayak dan dibantu 2 seasonist Ally Man Kidal sebagai rythm guitar dan keyboardist membangkitkan feel Rock yang mula mempesona penonton. Nash menyanyi bait-bait lagu dengan penuh keasyikan, melontarkan suaranya tanpa siapa pun merungut suaranya tidak sama dengan yang dulu. Bagiku ianya lunak di halwa telingaku.

Sudah menjadi kebiasaan, di mana pun konsert Rock, geng Rock Tawau akan mula head bagging dengan gaya unik penampilan mereka. Rambut panjang mengerbang, seluar ketat, aksesori Rock yang unik pasti akan digayakan Rockers Tawau, aslinya Rock, kata mereka.

Aku turut berdiam selepas Nash menyudahkan lagu Seruan, dia meminta semuanya agar berdiam… tanggapanku mungkin dia mahu menyampaikan sesuatu yang mengejutkan peminatnya. Tapi rupanya, Nash mahu semua dengar Lefthanded bersyukur kerana dalam kesibukan kerja, ada hari untuk bercuti di hari pekerja. Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja dan kerja-kerja-kerjalah, teruskan kerja. Lalu Lefthanded pun meneruskan kerja mereka sebagai penghibur dengan lagu Kehilangan Cinta 3 Dimensi dan Ku Di Halaman Rindu.

Lagu Ringan Berat yang agak berat irama Rocknya dinyanyikan Yan kemudian legend pemain gitar, Man Kidal beraksi solo. Aku sempat memerhatikan beberapa rakan yang aku kenali begitu khuyuk memerhatikan petikan gitar Man Kidal, mungkin mereka belajar atau sekadar memerhati skil baru dari legend itu.

Playlist Live Concert Lefthanded Comeback 2012:

  1. Debunga Wangi
  2. Seruan
  3. Kehilangan Cinta 3 Dimensi
  4. Ku Di Halaman Rindu
  5. Ringan Berat
  6. Man Kidal Solo Gitar
  7. Sudi-sudi Ini Dikau
  8. Kenangan Bersamamu
  9. Tiada Lagi Kidungmu
  10. Keadilan

Kisah lain dari konsert ini akan menyusul kemudian.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

One Response to “Rock Never Die di Live Concert Lefthanded Comeback 2012”

  1. mercadeo

    May 09. 2012

    lagu2 rock lame mendayu dan sedap.. tak macam sekarang..die punye feel tu kurang..!
    mercadeo recently posted..No last blog posts to return.My Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge