
Aku pernah ke Kedai Makan Maskur di Merotai Besar awal tahun lalu semata-mata mahu mencuba keenakan hidangan sup yang begitu hangat diperkatakan rakan-rakanku. Aku membuat sedikit ulasan mengenainya di blog ini dan hasilnya, anak tuan punya pemilik kedai makan itu memberi komen hinggalah pada 23 Disember lalu aku dipelawa untuk ke majlis perasmian cawangan baru kedai maskur 2 di Giant pada 25 Disember.
25 Disember sememangnya aktiviti aku padat namun untuk tidak menghampakan jemputan itu, aku bersama Lisa, Budaini dan Rahman singgah sebelum meneruskan perjalanan ke kompleks sukan. Jam 2.30 agaknya sudah terlalu lewat dari jam jemputan 12 tengah hari namun dalam fikiranku, cukuplah sekadar aku memenuhi jemputan semata-mata mahu berkenal-kenalan dengan tuan punya kedai.
Sesampainya di sana, aku melihat signboardnya bukan lagi Kedai Makan Maskur tetapi sudah upgrade menjadi Restoran Maskur 2 dengan slogan “family soup house”. Dengan senyuman manis, anak tuan kedai menyambutku dengan mesra walaupun pertama kali bersua muka… dia lebih cam muka aku. Aku kenalkan anggotaku dan dia memperkenalkan ibu dan bapanya.
.
Sepanjang di restoran itu, kami dihidangkan sup tulang, kuih muih dan banyak lagi hidangan lain yang sudah tidak mampu ditampung lagi oleh perut kami. Tak sangka hidangan itu masih menanti kami walaupun lewat sampai. Alhamdulillah.
Cuma apa yang mahu aku perkatakan di sini, hidangan Restoran Maskur 2 tiada beza dengan yang di Kedai Makan Maskur di Merotai. Untuk mengesahkannya, aku sempat bertanya kepada Haji Kure hal ini.
Katanya, hidangannya akan tetap sama kerana ianya adalah resepi turun-temurun keluarga iaitu isterinya telah menurunkan resepi itu kepada anaknya yang mengendalikan restoran itu. Dia mengakui untuk menjaga pelanggan, kualiti perlu dipertingkatkan atau dikekalkan kerana pelanggan mereka mengenali hidangan mereka sejak 24 tahun lalu.
.
Dalam kesibukan pakcik Hj Kure dan isterinya Hajah Masiah melayan pertanyaan kami, beberapa pelanggan turut berjabat tangan dengannya mengucapkan tahniah termasuklah orang Cina. Ikut hati aku nak stay lama sikit untuk bertanya lebih banyak soalan dan meminta tips berniaga, namun masa membataskan kami. Dalam gambar hitam putih tu aku dan Hj Kure, manakala yang sebelah tu Puan Hajah Masiah dan menantunya, Halijah.
Info Restoran Maskur 2
Lokasi: Hadapan lot parking Supermarket Giant Batu 3 Jalan Apas.
Hidangan istimewa: Sup tulang, sup daging, sup ayam, sup perut, sup urat
Masa beroperasi: 8 Pagi – 9 Malam
Telefon: 013-8803083 / 019-8338284
Comments
Powered by Facebook Comments










thanks sebab sudi datang ke perasmian tu.
Reply
tahniah ayah n ibu…..tahniah gak to kak iza coZ berjaya open ResToran Maskur II….sup terbaik yang pernah sy jumpe kat tawau….tunggu cawangan d semenanjung plk….klo ndak d kk pun ok bha….love u all my family at merotai tawau…
Reply