
“Atas dorongan keluarga dan minat mendalam dalam penyediaan makanan, saya tekad untuk berjuang dalam perniagaan restoran,” demikian ujar, Masni, fresh graduate UITM, ketika melayan perbualan ringkas dengan rombongan Tawau Bloggers ketika Perjumpaan Pertama Penulis Blog-blog Tawau Restoran Kayu Manis, minggu lalu.
Baginya, perniagaan restoran yang diusahakan sejak 31 April lalu adalah titik permulaan baginya untuk membuktikan keupayaannya sebagai tenaga mahir berwawasan yang akan mempraktikkan ilmu dituntut meskipun dia sendiri mengakui, dia bertuah mempunyai peluang untuk berniaga berbanding rakan-rakannya masih terumbang-ambing dengan pencarian kerja.
“Alhamdulillah, dorongan dan sokongan yang kuat daripada ibu bapa, kakak dan abang, saya berasa yakin untuk memulakan perniagaan ditambah lagi saya mempunyai latar pendidikan dalam bidang penyediaan makanan.
Saya tidak menafikan bahawa memulakan sesuatu adalah suatu bebanan yang berat, tapi segalanya berjalan dengan baik dan teratur kerana saya yakin dengan kebolehan saya untuk bertapak di bidang ini,” katanya dengan ramah.
Mengimbau detik pembukaan restoran itu, Masni memberitahu terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai idea dan konsep untuk restoran, namun hasil perbincangan segalanya kini berjalan dengan baik.
“Faham-faham sajalah, sebagai sebuah keluarga yang berpegang pada adat pantang larang, pasti ada yang tidak kena, tapi kita sebagai generasi sekarang perlu bertolak ansur dalam penerimaan sesuatu perkara itu.
“Saya memilih rekaan dalaman beberapa restoran terkenal di tempat saya belajar dulu, selain idea abang saya yang sukakan konsep Bali Jawa, dan inilah hasilnya, kotemporari Bali Jawa… ,”
Apabila masuk sahaja ke restoran ini, tersedia sofa merah yang peranannya mengajak pengunjungnya merasai suasana beristirehat di samping menjadi ruang untuk berbincang dan juga tempat menunggu sekiranya meja penuh.
Dinding utama yang dijadikan fokus pula memaparkan gambar-gambar keluarganya dan beberapa hidangan makanan dan kuih-muih. Memang terasa uniknya kerana aksi dalam gambar itu seakan memberitahu ikatan kekeluargaan yang mesra. Di samping itu, ianya simbolik pada penghargaan Masni atas sokongan dan dorongan daripada keluarganya untuk memulakan perniagaan restoran itu.
Menurutnya lagi, dia berpuas hati dengan komen pelanggan yang berkunjung ke restorannya kerana telah berjaya membawa satu konsep restoran yang unik dan selesa.
“Ada yang berkata, kalau ke sini semacam makan di restoran semenanjung, tapi bila dah keluar, lihat kapal-kapal di laut depan tu, barulah sedar, rupanya mereka masih di Tawau.” jelasnya dengan iringan ketawa kecil…
Sebagai permulaan, makanan yang sediakan di restoran ini lebih kepada masakan Melayu, kuih muih Melayu, dan perancangan masa akan datang, Restoran Kayu Manis akan memperkenalkan pelbagai menu termasuk western food, untuk mevariasikan pilihan dan memenuhi citarasa pelanggan.
“Sememangnya kami akan memperkenalkan resepi istimewa pada masa akan datang, dan selalulah berkunjung ke sini… ”
Info unik: Pemilihan nama Restoran Kayu Manis adalah simbolik pada sifat rempah kayu manis yang utuh, kuat, memberi citarasa istimewa pada makanan dari segi warna dan rasa.
Pautan web Bloggers Tawau:
http://www.angrianiworld.com/?p=627
http://friendly81.blogspot.com/2008/06/1st-gath-tawau-bloggers-berjaya.html
Comments
Powered by Facebook Comments









sapa yg membelakang tuh… heheheee…
Reply
Restoran Kayu Manis? Bulan april open..? area BaZhong?..,Haha.. aku belum pernah singgah..! Tapi setau aku dah banyak restoran area tu..jatuh bangun jak durang pengusaha restoran..!! persaingan terlalu ketat..! Kepada owner restoran, syabas dan selamat maju jaya..!
Dekorasi ? haha.. mempengaruhi juga tapi tidak selamanya..! Permulaannya.., impressed juga..! dan kita akan beritahu kawan-kawan.. lama-lama dah macam biasa..!
Lokasi? haha…sekarang ni, ianya bukan faktor lagi…! Ada orang Tawau mau makan sup time lunch, tu drive pigi Merotai Sup Maskur..! (ni kes belum minyak naik la.. ntah la pulak sekarang, ada berani ka?)
Warung atau Restoran..? berhubung kait dengan elemen harga..!! haha, tepuk leher tanya poket..!!
Servis dan kebersihan..? haha…ini normal..! bila berkecimpung dalam bidang penyediaan makanan, perkara ini dah diajar, cuma praktikkan saja…!!
Harga??.. tepuk dada tanya poket..!!
Menu makanan ? Thai food? Western Food? Seafood..? –
Kelazatan menu tersebut dan speselnya haha.. ‘tukang masak’ lah ‘life wire’ sesebuah restoran..! Ambil contoh jak., Restoran Ah Bang, area Stesen Bas Semporna., owner cina tapi tukang masak melayu., menu dia simple jak., ikan bahulu, ikan arut…!!! Kalau nak makan ikan bakar (malam) Warung T&T di Sabindo tu.., kalau nak makan sup, pigi jak di warung bibi tepi laut area Sabindo tu…, nak makan mee tauhu, pigi jak Kedai Amat Mee Tauhu, bt 2 jalan Apas.., nak makan gado2, pigi jak Kg Titingan tu…
Sesunguhnya Tawau ini, memiliki pelbagai aneka menu makanan apabila dipengaruhi oleh pertembungan ‘menu’ melayu Malaysia (samada lokal atau dari semenanjung) dan Indonesia…!
Apa yang aku dapat feedback dari kawan-kawan di Sabah, uniknya Tawau ialah memiliki banyak tempat makan dan tempat makannya buka sampai pagi…, tidak kiralah warung ka atau restoran…. wah2x…!!
Reply
Aj reply on July 14th, 2008 12:34 AM:
Lupa ko mention.. harga makanan di Tawau antara yang termurah di Malaysia
Reply
nampak dari gambar tu….macam best je restoran ni..cuma mungkin tak berkesempatan lagi melawat atau dengan kata lain singgah makan kat sana.
Mungkin kalau balik tawau nanti bolehlah cuba-cuba makan kat situ.
Reply
hehehehehe
)
n3 yg bagus maya
mari kita goyang2 =))
pasni ni mau pigi mana pulak ya?
kita kasi baccat lagi orang itewwwww
Reply
Wis reply on July 15th, 2008 4:54 PM:
dia ni balikbalik goyang,,sana sini ajak goyang,,,wawaw..makang ayam sorang2x
Reply
salam kenal..
nampak cantik restoren tu tentu boleh menarik minat yg nak berkunjung..
Reply
tumpang tanya, lokasi di mana? Aida teringin mau pegi. Nantinya Aida ada kes mahkamah, so ingat nak ajak kawan2 sepejabat makan disana…:)
Reply
ag reply on July 29th, 2008 9:24 PM:
aida, sebut pasal kes mahkamah, u ni ada kes kah d twu
Reply
Impressive design! Food? No comment cos I don’t have the opportunity to try it. Maybe next time!
Reply
ag reply on July 29th, 2008 9:14 PM:
Lets go and see the food and drink at that place. The place look cozy and interesting. See u there
Reply
ehem..nampak best..actually,aku xpnah p lg dkt cni.tp..apapun tawau is da best!!
Reply
menu istimewa sanggar bersalut popiah berkuah coklat kayu mani n teh tarik kayu manis:)best!
Reply
saya baru dalam perancangan nak buka restoran yang bernama Kayu Manis. nasib baik sempat search kat web dulu hehehe actually syarikat saya didaftarkan dengan nama D Kayu Manis…
anyway, hope restoran berkonsepkan bali kontemporari ini semakin maju dan berjaya.
Reply
Maya reply on November 3rd, 2008 5:55 PM:
Hehehe Wan orang mana? Kalau di Tawau, better cari nama lain lah… kalau di lain tempat, apa salahnya guna nama yang sama… But ceklahlah mana tau kayu manis sdn bhd tu dah ada… hehehe
Reply
erm leh tau x cmna nak kontek restoran ni
Reply