Kalau di Semenanjung Malaysia, lemang adalah makan tradisi yang selalunya dihidangkan pada hari raya namun bagi suku kaum Bugis di sebelah Pantai Timur Sabah, hari raya tidak akan lengkap tanpa Tumbu Bugis. Tumbu Bugis agak berbeza dengan lemang dari segi penyediaannya namun ia seakan sama bentuknya ketika dihidangkan dan bahan utamanya juga sama iaitu menggunakan beras pulut dan santan kelapa.
Aku sendiri sebagai anak Bugis turut tidak ketinggalan untuk mewarisi resepi Tumbu Bugis kerana ini adalah makanan tradisi yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang. Rasanya tidaklah sah menjadi Bugis kalau tidak tahu menyediakan Tumbu Bugis atau hidangan wajib Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Ayam Masak Lengkuas Bugis.
Inilah rupa Tumbu Bugis ketika dihidangkan yang sekilas pandang pasti ada yang mengandaikannya lemang… tapi inilah rupa Tumbu Bugis yang agak lemak dan empuk lembut pulutnya.
Ok bagaimana mahu menyediakan Tumbu Bugis. Berikut adalah resepi Tumbu Bugis yang aku warisi daripada mak aku sendiri.
Bahan-bahan:
- 2kg beras pulut,
- 1/2kg santan pekat,
- garam.
Bahan-bahan untuk membungkus Tumbu Bugis:
- Daun pisang,
- Tali,
- Gunting.
Cara memasak Tumbu Bugis:
Rendam 20 minit beras pulut kemudian toskan. Santan kelapa dipanaskan sehingga naik minyak dan jugan lupa bubuh garam secukup rasa. Adunkan beras pulut dan santan sehingga rata dan biarkan ia seketika di bekas yang rata untuk sejuk.
Selepas itu, sediakan bekas berbentuk bulat, kalau tiada, boleh gunakan batang bambu, saiz ikut selera anda.
Masukkan pulut dalam bekas bulat dan mampatkannya. Ulangi proses ini pada 2kg pulut itu.
Selepas proses memampatkan pulut dalam bentuk bulatan selesai, kini beralih pula pada proses membungkus dan mengikat Tumbu Bugis.
Sedikit petua Tumbu Bugis untuk anda, daun pisang yang digunakan perlulah yang telah dijemur ataupun setidaknya dikukus beberapa minit bagi memastikan daun itu tidak koyak ketika membungkus dan mengikat Tumbu Bugis ini.
Anda pasti tahu bahawa sifat daun pisang apabila dilengkung ianya akan mudah koyak, jadi proses di atas amat penting untuk memudahkan proses membungkus dan mengikat Tumbu Bugis ini.

Ambil 4-5 bulatan pulut dan susun seperti di atas.
Kemudian bungkus bulatan pulut tadi menggunakan daun pisang seperti di dalam gambar.
Bungkuslah ia dalam 3-5 kali lipatan daun pisang
Selepas itu, gunting bahagian atas bungkusan sebelum ianya dilipat kemas.
Ini adalah teknik untuk melipat Tumbu Bugis.
Ulangi cara melipat di atas untuk bahagian bawah bungkusan Tumbu Bugis. Kemudian proses untuk mengikat Tumbu Bugis.
Tali diletakkan di bahagian atas.
Tali disilangkan seperti di dalam gambar
Ini pula cara untuk memulakan ikatan badan Tumbu Bugis.
Tali dililit ke seluruh Tumbu Bugis dengan kemas. Tujuan ikatan seperti ini adalah untuk menguatkan struktur dan keadaan pulut yang dibungkus itu. Ianya juga untuk mengelakkan air masuk dan mengembangkan pulut yang akan merosakkan pulut Tumbu Bugis.
Inilah Tumbu Bugis sebelum direbus
Untuk proses memasak, sediakan periuk bersaiz besar dan anda boleh memilik memasaknya menggunakan dapur gas atau kayu api. Jangan lupa pastikan air rebusan sentiasa mendidih dan tidak pernah kering selama lebih kurang 4-7jam. Ini bergantung pada jumlah banyaknya dan kekuatan api yang digunakan.
Dalam kes aku ketika menyediakan resepi ini, masa yang digunakan untuk memastikan Tumbu Bugis itu masak adalah selama 5 jam.
Walaupun lama, ianya amat berbaloi sekali kerana Tumbu Bugis adalah hidangan terbaik dan terenak apatah lagi dihidangkan bersama lauk ayam masak lengkuas di pagi raya.
Selamat mencuba.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments








miesa
Feb 12. 2011
suka
rindunya nak makn tumbu ne
tu jak lau raya bru ada
mmmmm
kenak2 lg ngan ayam lengkuas
behhhhhhh
sdh tu kak
Reply
MatNaggeR
Feb 26. 2011
aku rindu betul sama kampung sana!! setahun sekali sekala jak balik huhu…. rindu buras!!!
Reply
Clistizan Izan
Jul 27. 2011
aduii…rindu lak nak mkn tumbu ni,da lama x mkn.
sy bukan org bugis tp da biasa makan tumbu n burasak ni,dulu time masih kecil jiran2 bugis slalu bt time raya..skg bila da pindah rindu plk nak mkn mknan ni…
pas ni nak try la bt, resepi da ada da…
hehhehe…
tQ…
Reply
bhineca76
Aug 08. 2011
Rasanya namanya “Tumbuk” bukan tumbu…Kenapa asyik bugis je……Tumbuk bukan hanya bugis saja yang buat malah kaum2 lain di tawau pun buat seperti Tidung(Hehehe….saya la tu) dan lain2…walaupun “mungkin” berasal dari Indon tapi ia telah menjadi makanan tradisi di Tawau..Not Only bugis…
Reply
yakil
Aug 24. 2011
tumpang tanya saya sudah lupa mau direbus kah atau dikukus tumbunya
Reply
Lambachek
Sep 07. 2011
yang mana sedap, tumbuk pulut putih ke atau hitam?
Reply
tatie
May 01. 2012
minta izin copy utk collection pebadi
Reply
Maya reply on May 2nd, 2012 3:39 AM:
silakan
Reply
Shafina Bazilah
May 07. 2012
Ada lagi satu masakan Bugis yang seakan-akan Tumbu ini juga, Maya. Namanya ‘berasak’. Ia nasi impit Bugis yang turut dihidangkan sebagai juadah raya. Paling sedap dimakan dengan rendang atau serunding daging

Shafina Bazilah recently posted..30 Tips Mudah Menjadi Penulis Berkualiti (Bahagian 1)
Reply