Resepi Buras Bugis

Resepi Buras Bugis

<p style=”text-align: center;”>buras11

Bulan depan dah puasa kan, dan tentunya persiapan hari raya akan bermula selepas itu. Apa yang wajib ada semasa sambutan Hari Raya? Ya… tentulah Buras.  Kepada yang belum mengetahui apa itu Buras, buras tu ialah sejenis makanan tradisional suku Bugis berupa nasi kukus bersantan yang dibungkus dengan daun pisang.  Setahu aku, buras juga dikenali sebagai burasak… tapi burasak bukanlah tumbuk (this is another traditional Bugis food too).

Kalau di Semenanjung Malaysia, sambutan hari raya mereka tidak lengkap tanpa lemang, tapi di sebelah Tawau buras adalah hidangan wajib.  Bagaimana hendak memasak Buras? Ikuti resepi buras.






Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.

Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).

Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

buras21

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)

Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus buras.

buras31

Cara mengikat buras:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Buras hampir siap.

buras41

Memasak buras:
Rebus buras selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas. Sure brasap punya…

Selamat mencuba.

Related Posts with Thumbnails

Ditulis Oleh Maya

Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.
Categorised under Resepi
Bookmark the permalink or leave a trackback.

15 Comments

  1. mmg sodap…
    lg best kalo ada sambal ikan bilis atau ayam masak merah…
    hahaha… bikin beliur ba…

    Reply

    Maya reply on July 20th, 2008 10:49 AM:

    Yabah kan… makan sama apa pun ngam bah. Aku masih ingat, deritanya mahu makan buras masa di perantauan dulu2… siksanyaaaaa

    Reply

    20/07/2008 @ 10:46 AM
  2. time raya jak banyak buras bah, kenapa makanan ini tidak dijual di restoran2 :)

    Reply

    21/07/2008 @ 10:58 AM
  3. Mungkin belum yakin ada orang mau order makanan ni hari2 di restoran. Tapi selalu juga aku jumpa makcik2 tepi park well ni jual buras, dia bagi free lagi sambal ikan bilis.

    Reply

    21/07/2008 @ 3:13 PM
  4. huhuhuhuhu
    mak sis kalau bikin buras…en.mat6 makan ndak pedulik org lain bah
    kesedapan!
    sis limpas 10 kali nda dia perasan…penangan burasak mertua
    =))

    tu belum kalau sis yg buat itew burasak maya
    mau pingsan kali dia makan…
    sebab burasaknya nda masakkkkkkkkkkk!!!!
    =)) =))

    Reply

    21/07/2008 @ 8:16 PM
  5. ui…
    SETAU AKU BURAS.. NIE.. Bradford University Real Ale Society.. dulu…kakek ku bilang… blajar rajin.. rajin.. cu.. nanti ble dapat buras…
    tapi skang… aku mula kompius.. buras yg mana akan ku dapay nie… adakah http://www.buras.org.uk atau buras yang bisa bikin bego

    Reply

    Maya reply on July 29th, 2008 11:30 AM:

    Adui bah si Farock ni… Ndak dapat bezakan buras yang dimakannya.

    Reply

    28/07/2008 @ 9:08 PM
  6. halamak…sekali cerita pasal burasak la. ni yang rasa menderita duduk tempat orang ni. sebagai orang bugis, apalah raya tanpa burasak na nasu likkua kan. pernah try masa raya lepas kat rumah wife kat perak, sekali masak jadik nasik lemak pulak…huhuh

    Reply

    04/08/2008 @ 3:33 PM
  7. zie

    salam….

    mmmmm…sdpnya…rindu plak mo mkn buras..ndak sbr mo balek tawau…

    Reply

    05/09/2008 @ 9:45 AM
  8. hawa

    ya bah mmg makanan pebret tu burasak kena2 lagi makan dgn ayam masak lengkuas Hmmmmm yamyam.. sdap Oo….

    Reply

    20/09/2008 @ 10:26 AM
  9. dyant

    mengapa buras harus dibungkus dengan daun pisang??

    Reply

    12/10/2008 @ 6:44 PM
  10. kalau x bungkus dgn daun pisang, bukan buraslah namanya.

    Reply

    12/10/2008 @ 9:07 PM
  11. x-atlit smk twu

    huhuhuhu…thanks 4 da resepi r..ni nak raya aji daa..nak try masak..wlupun aku keturunan jawa,tpi buras ni salah satu mknn kgemaranku..ingat d bangku sekolah dulu,bila dkt raya kompom aku rapat dgn memb yg bsuku bangsa bugis..bcoz nak minta buras diorang..xpun dtg btandang masa raya kat rumah diorg…kngn yg sukar d lupakan..
    Walaupun skrg kerja dan mnetap d KL namun BURAS sesedap tawau belum pernah aku temui.
    Tpi ada sahabt2 mgatakan ada Makcik Jual BURAS kat Sri Andalas,tpi x bkesempatan utk beli…InsyaAllah..someday…
    MIZ U ALL…TAWAURIAN…

    Reply

    30/11/2008 @ 1:15 PM
  12. shima

    assalammualaikum…
    sya mmg sukakan burasak..firstime mkn ndak la pandai..pas tu tengok je kwn mcm sedap jak mkn..terus la mau mkn gak

    Reply

    23/08/2009 @ 12:47 PM
  13. buras nie boleh dikategorikan sebagai makanan suku kaum murut x.?

    Reply

    27/01/2010 @ 10:30 PM
  14. salwah

    to nadia….
    bukan la buras ni memang makanan tradisi org bugis…especially time raya haji n aidilfitri…..sedap tu memang sedap….sengsara oWhh buatnya….dah la lama nak kukus…..masak dua kali tu….klu nak makan buras bukan waktu perayaan…datang la ke Pasar Bumiputera sabah Or lebih dkenali dgn nama pasa pelipin…dkat2 dgn PasaR kraftangan Sabah…..p’jual bakso or soto…slalu jual…..just bagitau….hehehe….^_~….

    Reply

    07/03/2010 @ 4:19 PM
  15. muney

    say berketururunan bugis, tp x berapa ska makan bras.. hehe
    myb dr kecik klu raya mesti ada buras…
    slalu kwn2 dtg umah juz nak makn buras jek.. hhhehe
    teringat zaman2 skull dl.. hehe

    Reply

    24/05/2010 @ 1:46 PM

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

or