35

Resepi Buras Bugis

Kepada pengunjung resepi buras bugis ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kerana kamurang pasti cari resepi ini bila menjelangnya hari raya.

Kepada yang belum mengetahui apa itu Buras, buras tu ialah sejenis makanan tradisional suku Bugis berupa nasi kukus bersantan yang dibungkus dengan daun pisang.  Setahu aku, buras juga dikenali sebagai burasak… tapi burasak bukanlah tumbuk (this is another traditional Bugis food too).

buras11

Kalau di Semenanjung Malaysia, sambutan hari raya mereka tidak lengkap tanpa lemang, tapi di sebelah Tawau buras adalah hidangan wajib.  Bagaimana hendak memasak Buras? Ikuti resepi buras.






Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.

Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).

Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

buras21

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu)

Sila ikuti panduan gambar untuk membungkus buras.

buras31

Cara mengikat buras:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Buras hampir siap.

buras41

Memasak buras:
Rebus buras selama 1-3 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak) Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama hidangan ayam masak lengkuas. Sure brasap punya…

Selamat mencuba.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: Blog Tags: , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

35 Responses to "Resepi Buras Bugis"

  1. aku says:

    mmg sodap…
    lg best kalo ada sambal ikan bilis atau ayam masak merah…
    hahaha… bikin beliur ba…

    Reply

    Maya reply on July 20th, 2008 10:49 AM:

    Yabah kan… makan sama apa pun ngam bah. Aku masih ingat, deritanya mahu makan buras masa di perantauan dulu2… siksanyaaaaa

    Reply

    puteh reply on September 3rd, 2010 2:02 AM:

    biasanya saya msk pulut tu mcm masak nasi…bole jgk tu

    Reply

  2. romzi says:

    time raya jak banyak buras bah, kenapa makanan ini tidak dijual di restoran2 :)

    Reply

    chequen reply on September 3rd, 2010 1:42 AM:

    tau ka napa buras x dijual d restoran2 sbb tu mknan owng bugis dari sulawesi,,,,,jdi yg buat tu mstila owng bugis….

    Reply

  3. Maya says:

    Mungkin belum yakin ada orang mau order makanan ni hari2 di restoran. Tapi selalu juga aku jumpa makcik2 tepi park well ni jual buras, dia bagi free lagi sambal ikan bilis.

    Reply

  4. angriani says:

    huhuhuhuhu
    mak sis kalau bikin buras…en.mat6 makan ndak pedulik org lain bah
    kesedapan!
    sis limpas 10 kali nda dia perasan…penangan burasak mertua
    =))

    tu belum kalau sis yg buat itew burasak maya
    mau pingsan kali dia makan…
    sebab burasaknya nda masakkkkkkkkkkk!!!!
    =)) =))

    Reply

  5. farock says:

    ui…
    SETAU AKU BURAS.. NIE.. Bradford University Real Ale Society.. dulu…kakek ku bilang… blajar rajin.. rajin.. cu.. nanti ble dapat buras…
    tapi skang… aku mula kompius.. buras yg mana akan ku dapay nie… adakah http://www.buras.org.uk atau buras yang bisa bikin bego

    Reply

    Maya reply on July 29th, 2008 11:30 AM:

    Adui bah si Farock ni… Ndak dapat bezakan buras yang dimakannya.

    Reply

  6. gopenghagen says:

    halamak…sekali cerita pasal burasak la. ni yang rasa menderita duduk tempat orang ni. sebagai orang bugis, apalah raya tanpa burasak na nasu likkua kan. pernah try masa raya lepas kat rumah wife kat perak, sekali masak jadik nasik lemak pulak…huhuh

    Reply

  7. zie says:

    salam….

    mmmmm…sdpnya…rindu plak mo mkn buras..ndak sbr mo balek tawau…

    Reply

  8. hawa says:

    ya bah mmg makanan pebret tu burasak kena2 lagi makan dgn ayam masak lengkuas Hmmmmm yamyam.. sdap Oo….

    Reply

  9. dyant says:

    mengapa buras harus dibungkus dengan daun pisang??

    Reply

  10. Maya says:

    kalau x bungkus dgn daun pisang, bukan buraslah namanya.

    Reply

  11. x-atlit smk twu says:

    huhuhuhu…thanks 4 da resepi r..ni nak raya aji daa..nak try masak..wlupun aku keturunan jawa,tpi buras ni salah satu mknn kgemaranku..ingat d bangku sekolah dulu,bila dkt raya kompom aku rapat dgn memb yg bsuku bangsa bugis..bcoz nak minta buras diorang..xpun dtg btandang masa raya kat rumah diorg…kngn yg sukar d lupakan..
    Walaupun skrg kerja dan mnetap d KL namun BURAS sesedap tawau belum pernah aku temui.
    Tpi ada sahabt2 mgatakan ada Makcik Jual BURAS kat Sri Andalas,tpi x bkesempatan utk beli…InsyaAllah..someday…
    MIZ U ALL…TAWAURIAN…

    Reply

  12. shima says:

    assalammualaikum…
    sya mmg sukakan burasak..firstime mkn ndak la pandai..pas tu tengok je kwn mcm sedap jak mkn..terus la mau mkn gak

    Reply

  13. nadia says:

    buras nie boleh dikategorikan sebagai makanan suku kaum murut x.?

    Reply

  14. salwah says:

    to nadia….
    bukan la buras ni memang makanan tradisi org bugis…especially time raya haji n aidilfitri…..sedap tu memang sedap….sengsara oWhh buatnya….dah la lama nak kukus…..masak dua kali tu….klu nak makan buras bukan waktu perayaan…datang la ke Pasar Bumiputera sabah Or lebih dkenali dgn nama pasa pelipin…dkat2 dgn PasaR kraftangan Sabah…..p’jual bakso or soto…slalu jual…..just bagitau….hehehe….^_~….

    Reply

  15. muney says:

    say berketururunan bugis, tp x berapa ska makan bras.. hehe
    myb dr kecik klu raya mesti ada buras…
    slalu kwn2 dtg umah juz nak makn buras jek.. hhhehe
    teringat zaman2 skull dl.. hehe

    Reply

  16. sue says:

    rindu raya d tawau. walaupon mamy ku tidung n dady ku jawa tp buras mesti ada …..

    Reply

    Maya reply on September 3rd, 2010 10:28 AM:

    Di Tawau ni, buras tidak kenal suku sudah bah Sue

    Reply

  17. Zafrin says:

    Satu info yang berguna. Tahniah Maya!

    Reply

    Maya reply on September 3rd, 2010 10:27 AM:

    Thx for coming Zafrin, hehehe entry ni sudah 2 tahun wujud dan akan menjadi high trafic bila menjelangnya musim perayaan hari raya… hehehe

    Reply

  18. putri tumpis says:

    ni peberet ku ni…ngam betul sama masak lengkuas..adoi dak sabar suda mau balek…kau tunggu buras!!

    Reply

    Maya reply on September 3rd, 2010 10:29 AM:

    p3, stiap hari awal2 ko tidur, cepatlah habis harimu

    Reply

  19. Kasikna says:

    Bila mo share resipi Ayam Masak Likku ? :-p

    Reply

  20. afiss says:

    Maya thanks 4 d recipe….upload lagi la pula mcmana nak masak ayam lengkuas tu…nak rasa gak….pls…

    Reply

  21. amy says:

    nyum2……….mmg sedap….kalau kat srwk kami panggil burasak…..tiap2 raya mak akn wat…..mesti x toleh nasi dah kalau ada burasak ni….

    Reply

  22. ina says:

    sedap tu dimakan ayam likku…………….

    Reply

  23. nonong says:

    kalau dkk ada jual dpsarmalam..
    makan sama soto makasar..uiihhh..punyala sedappppp..
    bikin nyanyat bhaa…
    ihh..telebih pulak aku dbulan puasa ni..
    tpi tula dkl mna mau cri buras…kepunanla jwbnya…

    Reply

  24. saba says:

    waaa..bgus2..aku urg bugis juak tp tggal d ld..:grin:..raya mmg nda sah klu ndada ni buras..tp sandinya ni taun sbb aku nda balik raya…tpaksa braya d ganu jak sbb cuti mktb seminggu jak..kesian btol..meraung la aku ni taun mncarik buras d pagi raya d bumi trengganu..uwaaaaaaaaaaaa….mau burasssss…:cry::cry::cry:

    Reply

  25. Lambachek says:

    wahhh….lama da tak makan buras…. mau buat tapi endak pandai. takut tak jadi2. tengok macam senag nak buat… tak pek kalau umur panjag aku balik tawau, aku suruh mamakku masakkan. wah,wah,

    Reply

  26. Oh, rupanya berasak sudah dikongsikan di sini ya! Hehe.. Rindunya nak pulang ke kampung Mak saya di Pontian untuk makan berasak :D
    Shafina Bazilah recently posted..30 Tips Mudah Menjadi Penulis Berkualiti (Bahagian 1)My Profile

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.