Resepi Bugis Ayam Masak Lengkuas

Ayam Masak Lengkuas atau dikenali juga sebagai Ayam Masak Likku adalah masakan unik yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum Bugis terutamanya di Tawau. Kenapa? Sebab ianya adalah masakan turun temurun yang akan dihidangkan di kebanyakan rumah Bugis yang anda kunjungi di hari raya. Kenapa namanya ayam masak lengkuas, sebab bahan utama masakan ini adalah lengkuas atau dalam bahasa Bugis, lengkuas itu dipanggil likku.

Sebenarnya masakan ini boleh disediakan pada bila-bila masa, namun bagi anak Tawau seperti aku, hari raya tidak akan lengkap tanpa ayam masak lengkuas atau likku ini. Ini adalah kerana makanan tradisi Bugis yang lain seperti Buras Bugis dan Tumbu Bugis amat sedap dimakan dengan ayam masak likku.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam,
Santan kelapa 1/2 kg,
Kerisik kelapa 1/2 biji,
Kunyit serbuk secukupnya,
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk dihiris:
Lengkuas 250 gram,
15 batang Serai,

Bahan-bahan untuk dikisar:
Halia 2 inchi,
Bawang merah 6 ulas,
Bawang Putih 1 labu.

Lengkuas dihiris nipis

Serai dihiris nipis

Kerisik kelapa

Cara untuk memasak Ayam Masak Lengkuas:

Panaskan santan kelapa pekat hingga naik minyak dalam api yang perlahan, selepas itu masukkan serbuk kunyit dan bahan yang dihiris lalu gaulkan sebati hingga naik wangi dan berminyak.

Masukkan ayam yang telah dipotong dan gaulkannya sehingga separa kering. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan gaulkannya sehingga ayam masak.

Hidangkan bersama Buras Bugis dan Tumbu Bugis.

Santan pekat masak hingga naik minyak

Masukkan bahan yang telah dihiris.

Santan dan bahan yang dihiris telah sebati hingga keluar minyak

Masukkan ayam dan gaul sebati

Masukkan bahan yang dikisar dan gaulkan.

Ayam Masak Lengkuas enak dimakan bersama Buras Bugis dan Tumbu Bugis.

Ikuti juga resepi Bugis yang lain:
Resepi Tumbu Bugis
Resepi Buras Bugis
Cara bungkus dan ikat Buras Bugis

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

10 Responses to “Resepi Bugis Ayam Masak Lengkuas”

  1. MatNaggeR

    Feb 26. 2011

    cuba tambah resepi lain2 ya ^_^

    mau tanya tu bwg merah kicik ka yang bawang besar?? haha mau try n promote ama budak semenanjung ni~

    Reply

  2. mawar9951

    Mar 22. 2011

    bawang merah kicik la….betul kan????

    Reply

  3. myez

    Jun 10. 2011

    klu tmbah cili skit bole ka dlm aym mask lengkuas ni..biasa suda mkn yg pedas2 ba…

    Reply

  4. tiara

    Aug 22. 2011

    mohon izin share…terima kasih banyak….

    Reply

  5. Kay Kastum

    Feb 04. 2012

    Adei.. rindunya time time raya masa di Kunak. Siok gila makan makanan macam ni..
    Kay Kastum recently posted..HD Movies are niceMy Profile

    Reply

  6. hinata

    May 12. 2012

    mohon share. tQ

    Reply

    Maya reply on May 12th, 2012 8:45 PM:

    sertakan linkbacknya :)

    Reply

  7. marlina

    Jun 24. 2012

    thnk u 4 sharing..insyaallah aku cuba resepi ni..dulu slalu mkn sbb ada jiran bugis,skrg terpaksa la masak sdiri..kiki

    Reply

    Maya reply on June 25th, 2012 3:02 AM:

    Selamat mencuba Marlina :)

    Reply

  8. jia

    Jul 24. 2014

    mohon share ya..

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge