ALHAMDULILLAH, dapat lagi bertemu dengan Ramadan tahun ini. Seawal pagi, hujan turun dengan lebatnya, aku yang tidak tidur sempat bantu mak di dapur. Menu sahur malam pertama, ikan putih masak asam pedas. Sedap dan di meja makan aku sempat mengusik adik ipar aku, Zaidi yang buat pertama kalinya berpuasa dan berhari raya bersama kami di sini.
“Mak di sini masak pun sedap, janganlah sedih sebab tidak makan masakan mak di semenanjung,”

Kisah 1 di bulan Ramadan ini aku ingin berkongsi dengan aktiviti aku yang turut menjual juadah berbuka di Bazaar Ramadan Taman Semarak. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, inilah kali pertama kami menjual roti john yang kami gelarkan Roti John Boboiboy. Sambutan amat menggalakkan lebih-lebih lagi hanya gerai kami yang menjual Air Teh Bunga yang buat aku tidak menang tangan jadinya.
1 hari 1 resepi kuih-muih Bugis akan kami jual dan di hari pertama, alhmadulillah, 50 bungkus kuih berongko habis dijual. Yang menariknya, bila pengunjung yang tidak tahu kuih tersebut, aku pun jelaskan inilah antara kuih-muih hidangan oran Bugis ketika majlis keramaian. Ianya diperbuat dari bahan-bahan seperti pisang dan telur yang dihancurkan lalu dikukus. Nak tahu rasanya, kenalah beli dan cuba sendiri di rumah masa berbuka puasa nanti… hehehe.

Letih? Semua kerja pun ada letihnya, cuma yang membezakannya adalah kepenatan aku dan adik aku berjualan terbalas dengan kepuasan. Aku berpuas hati berpanas-panas menjual juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan Taman Semarak kerana selain berniaga, aku dapat bertemu dengan orang yang tidak aku jangkakan setiap hari.
Nota kaki: Sebelum sibuk dengan persiapan bersahur semalam, aku menerima satu mesej yang begitu mengujakan mengenai dunia berblog aku.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






anjang koe
Jul 22. 2012
assalamualikum..coba buat pisang ijo coz kat logpond ni aq tengok laris betul..semoga jualan laris di hari2 mendatang..amiin…!tumpang epy jga ni..hehehe.
Reply
Mus
Jul 23. 2012
harap ada ke tawau bulan ni,,
mau juga mencuba air bunga tu..
Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49
Reply