Ramadan 2012 Kisah 3


MASA beredar pantas, puasa sudah memasuki pertengahan jalan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik meskipun ada juga kisah yang begitu menguji kesabaran.  Segalanya dilalui dengan harapan Ramadan ini memberi pengertian yang tersendiri buat aku dan juga keluarga aku.

Bagaimana rutin harianku sepanjang puasa ini?
Memanglah berubah tapi aku tetap menganggap aku tidak merubah sepenuhnya aktiviti harianku.  Aktiviti berblog tetap aku teruskan samada di blog ini ataupun di beberapa blog  janaan pendapatan online serta memenuhi permintaan pelangganku yang inginkan perkhidmatan web maintanance.

Waktu rehatku sememangnya tunggang-langgang, balik dari berjualan di bazar aku terus melakukan amalan bulan Ramadan dan sesudah itu akan terus tidur. Bila jam 12 lebih, aku bangun hingga ke pukul 3 pagi menghadap komputer.  Selepas bersahur barulah mencukupkan 8 jam tidurku, bila jam sudah ke angka 8 atau 9 pagi, kena bangun untuk ke pasar dan terus menyiapkan keperluan jualan bazar yang selalunya berlarutan hingga jam 2 petang.

Keseronokan Berjualan di Bazar Ramadan.

  1. Hari-hari dapat bertemu dengan orang baru yang mungkin satu hari nanti menjadi kenalan, teman atau rakan. Ragam? Memang pelbagai jenis tapi segalanya perlu dilalui dengan: SENYUMAN.
  2. Hari-hari dapat makanan percuma dari rakan jiran gerai-gerai di bazar.  Alhamdulillah, rezeki berpuasa, bila tiba masa untuk bersungkai, ada saja tradisi bertukar-tukar juadah di kalangan kami. Dapatlah merasa pelbagai jenis makanan dan kuih-muih warna warni.
  3. Rakan online bertambah.  Ini kerana ada di kalangan pelanggan aku adalah rakan sekelas aku dulu, rakan sekampung, jiran tetangga lama, rakan seperantauan juga rakan sebazar ramadan denganku.  Semua ini aku manfaatkan untuk membina network.
  4. Aktiviti berkesan untuk turunkan berat badan. Bukan misi utama, tapi tanpa aku sedari seluar jeans aku semakin longgar.

 

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge