Ramadan 2012 Kisah 2

HARI kedua puasa di bulan Ramadan, aktiviti siang hari sememangnya menguji iman. Bila bangun saja, pelbagai kerja menanti di dapur untuk disiapkan sebelum pukul 2 petang.  Tepat jam 2 aku sudah perlu berada di tapak bazaar ramadan, kesibukan tidak setakat habis menghadap pelanggan tetapi akan bersambung lagi di rumah, kemudian barulah berpeluang menghadap kerja online serta yang berkaitan dengannya.

Hari ini aku ingin berkongsi kisah air bunga yang aku jual di bazaar ramadan.  Memandangkan aku tidak ada saingan dalam menjual air bunga, aku tidak perlu risau untuk mempromosikannya kerana bagi pelanggan yang mengetahui khasiat air bunga ini, mereka tidak akan banyak karenah dan terus beli. Sambutannya amat menggalakkan, sepanjang dua hari berjualan, aku tidak menang tangan menyediakannnya dan mengikatnya.  Harganya cuma RM1.

Air bunga. Photo credit: KNizam

Bagi yang tidak mengetahuinya, berikut adalah info mengenai air teh bunga:

  1. Hanya jenis bunga kekwa spesis Chrysanthemum yang digunakan.
  2. Bunga kering sahaja yang digunakan.
  3. Dapat mencegah bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari.
  4. Dapat memberi kelegaan tekak.
  5. Perubatan Cina menggunakan Chrysanthemum sebagai penyejuk badan selain mengubati demam, meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata.

Menariknya, bila sudah dekat masa untuk sungkai (berbuka puasa) air bunga ini  akan disedekahkan kepada pelanggan yang dalam keadaan last minute.  Ianya juga dikongsikan bersama dengan jiran gerai-gerai yang lain.

Malam hari, sambil aku menyiapkan lappy, aku mengarah entry ini. So kisahnya buat dua kerja dalam satu masa.

Nota kaki: Hari ini rakan media Utusan Borneo telah berkunjung ke gerai dan sempat menemuramah kami. Abang Azlan pun ada sebagai pelanggan, so mudahlah kerja, dapat interview dua orang dalam satu masa.

 

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

One Response to “Ramadan 2012 Kisah 2”

  1. Mus

    Jul 23. 2012

    semoga pernigaaan terus maju
    Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49My Profile

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge