Rabun Warna

rabunwarna

Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.

Contohnya, jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Walau bagaimanapun, ada segelintir orang yang mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat kongenital. Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi disebabkan pembawaan genetik. Ada kalanya ia berlaku hanya setelah dewasa kerana menghidap sesuatu penyakit. Masalah rabun warna ini sukar untuk dikesan tanpa menjalani ujian warna.

Malah ramai ibu bapa tidak dapat mengecam masalah ini pada anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu muda tidak begitu mengenali jenis-jenis warna, agak sukar bagi ibu bapa ataupun guru untuk mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah rabun warna.

Kanak-kanak rabun warna juga biasanya mempamerkan akuiti visual yang baik. Disebabkan itu, ibu bapa tidak mengambil perhatian sewajarnya memandangkan tiada masalah yang ketara timbul di usia sedemikian. Adalah penting untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai masalah rabun warna ataupun tidak.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun warna biasanya mempunyai masalah pembelajaran di sekolah terutamanya di awal persekolahan, di mana, banyak aktiviti menggunakan warna seperti melukis dan mewarna dilakukan. Penggunaan komputer juga boleh terjejas sedikit bagi pengguna yang mempunyai rabun warna. Warna mula dikenali serta dilihat sejak dari bayi lagi.

Pada mulanya, warna sukar untuk dibezakan oleh bayi, tetapi selepas beberapa bulan bayi mula tertarik kepada warna-warna terang seperti kuning dan merah. Bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun, agak sukar bagi mereka untuk membezakan tona warna yang sama seperti hijau pucuk pisang dan hijau rumput.

Kanak-kanak perlu mempelajari dan memahami bukan hanya warna, tetapi juga bentuk dan saiz objek. Mereka perlu diberitahu bahawa banyak objek mempunyai warna yang sama. Kebanyakan kanak-kanak mula dapat mengecam dan menamakan warna dengan betul selepas berusia lima tahun.

Apa itu rabun warna?

Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di lapisan retina terdapat dua jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap cahaya. Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan ia mampu bertindak balas terhadap cahaya walaupun dalam keadaan berkabus atau dalam cahaya malap. Walau bagaimanapun, sel ini tidak dapat membezakan warna.

Oleh itu, pada malam hari, kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula bertindak balas terhadap cahaya yang lebih terang dan yang berwarna. Terdapat tiga jenis sel kon iaitu setiap satunya bertindak balas dengan warna merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon.

Fakta genetik mengenai rabun warna

Rabun merah-hijau biasanya berpunca daripada genetik ataupun keturunan. Ia lebih kerap terjadi kepada lelaki berbanding perempuan. Ini disebabkan oleh susun atur kromosom. Gen yang menyebabkan rabun merah-hijau terdapat pada kromosom X (lelaki memiliki satu kromosom X manakala perempuan memiliki dua kromosom X).

Sekiranya ibu adalah pembawa gen rabun merah-hijau (satu X normal dan satu X terubah), anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak lelaki yang akan mendapat rabun warna tersebut. Anak perempuan pula kebiasaannya akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali sekiranya ibunya adalah pembawa dan ayahnya pula rabun warna.

Masalah yang boleh timbul

Kebanyakan aktiviti seharian banyak bergantung kepada penggunaan warna seperti pemilihan pakaian yang sepadan atau penggunaan pen yang berlainan warna. Sekiranya mereka tidak dapat memilih warna tersebut dengan tepat, mereka terpaksa bergantung kepada perbezaan pada objek itu untuk menolong mereka memilih seperti, baju berkolar warna merah dan seluar berpoket warna hitam.

Kanak-kanak di dalam kelas tadika sering didedahkan dengan alat-alat pembelajaran seperti kiub, pensel warna dan mainan. Adalah digalakkan barang-barang mainan ini dilabelkan dengan nama warna ataupun terdapat dalam saiz berlainan yang mana, kanak-kanak dapat mengamati perbezaannya dengan melihat pada saiz objek.

Pada skrin komputer pula, kebiasaannya perkataan atau simbol yang penting akan dihitamkan atau warna berbeza digunakan. Mereka yang rabun warna tidak akan menghadapi masalah membezakan ayat kerana kecerahan komputer boleh menolong membezakan warna mengikut tona gelap dan cerah.

Seseorang yang rabun warna (tahap rendah) mungkin tidak mempunyai masalah mengamati lampu isyarat. Ini kerana, susunan warna lampu isyarat adalah sama di mana-mana iaitu warna merah berada di kedudukan atas sekali. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar dilihat pada waktu malam atau sewaktu hujan lebat.

Hal yang sama juga boleh terjadi kepada lampu brek kereta yang berwarna merah akan kelihatan sangat malap (merah gelap) bagi mereka yang rabun warna. Bagi rabun warna (tahap serius), warna lampu isyarat mungkin tidak dapat dibezakan sama sekali.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pekerjaan yang sememangnya tidak dapat dilakukan oleh mereka yang mempunyai rabun warna seperti pendawaian, makmal kimia dan kerja-kerja pengendalian kenderaan komersial dan tugas-tugas ketenteraan dan polis.

Apa yang dapat dilakukan

Semua kanak-kanak (terutamanya kanak-kanak lelaki) sewajarnya menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.

Sekiranya kedua-dua belah keluarga ayah dan ibu diketahui ada mempunyai masalah rabun warna, maka kanak-kanak perempuan juga dinasihatkan untuk menjalani ujian penglihatan. Kebanyakan ujian penglihatan yang dijalankan di sekolah hanya tertumpu kepada akuiti penglihatan dan jarang sekali kanak-kanak disaring untuk masalah rabun warna.

Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan carta yang direka khas untuk mengesan rabun warna (Ishihara colour plates) dan juga alat-alatan lain seperti D-15, 100 Hue dan Anamaloskop. Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan keterukan rabun warna tersebut dan jenis rabun warna yang dialami.

Setelah diagnosis diperoleh, konsultansi atau rundingan berkenaan keadaan penglihatan warna tersebut akan diberi dan satu surat khas akan dikeluarkan untuk menyatakan status penglihatan warna bagi orang rabun warna tersebut.

Bagaimana orang rabun warna dapat dibantu?

Pengesanan awal dari usia kanak-kanak dapat membantu membaiki kelemahan ini. Sepatutnya kita tidak melihatnya sebagai satu kecacatan. Mereka yang rabun warna dapat melihat warna kecuali persepsi warna itu sendiri yang dilihat berlainan daripada normal seperti warna merah cerah dilihat sebagai merah gelap atau hitam sementara warna hijau dilihat sebagai kuning coklat (bergantung pada keterukan rabun warna).

Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai masalah rabun warna, mereka dapat membantu atau mengajar kanak-kanak ini dengan cara yang berlainan dan lebih efektif. Bagi ibu bapa pula anda boleh menolong anak anda dengan melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna. Ini dapat mengelakkan dirinya daripada diejek oleh rakan-rakan.

Mereka juga perlu dibantu untuk mengenal warna sebenar meskipun persepsi warna yang dilihat adalah berlainan, contohnya: rumput berwarna hijau gelap dan bukannya hijau muda. Rabun warna tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Terdapat alat optikal seperti kanta sentuh khas dan cermin mata dengan penapis warna tertentu dapat membantu untuk meningkatkan tona warna lantas mampu membezakan warna-warna defek dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun ini bukanlah satu kaedah rawatan yang dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal tetapi hanya satu kaedah untuk membolehkan seseorang mengecam warna dengan lebih baik. Namun, kejayaan alat-alat ini amat bergantung kepada tahap rabun warna individu itu sendiri.

Berapa jeniskah buah-buahan yang dapat anda lihat?

Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal (trikromat) akan dapat melihat lima timbunan buah-buahan yang berlainan jenis. Dari belakang kelihatan timbunan buah-buahan berwarna merah, hijau, merah, kuning dan oren.

Orang yang mempunyai rabun warna merah-hijau sukar melihat semua timbunan buah-buahan dengan jelas. Kemungkinan hanya tiga atau empat jenis buah-buah yang dapat dilihat mereka.

Oleh: DR. HALIZA ABDUL MUTALIB
Pakar Optometris dan KetuaJabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur
Dipetik dari www.vischeck.com

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

20 Responses to “Rabun Warna”

  1. Salang Jambu Anarki

    May 04. 2009

    Rabun Warna dan Buta Huruf … saling tak tumpah umpama aur dengan tebing.. Buta Warna dan Rabun Mata pula, jika di selenjarakan pula umpama menangguk di air yang keruh, kera di hutan yang disusukan.. Sekian dari saya, Karam Sigh Walia… Untuk Buletin Puadede TV3…

    Ini teori daripada seorang pakar optometri, maka saya juga ingin menyatakan teori warna daripada pakar kusutometri.

    Rabun Warna, Buta Warna, Buta Huruf serta Mata Rabun kesemuanya sama sahaja jika tidak mengerti dan memahami apa itu konsep dan teori warna CMYK, RGB, Hue, Saturation, ataupun Glossy Paper, tidak kiralah jika dia seorang pakar optometri, doktor klinik siaw atau yang sebelah alee sport..

    fakta : colour blindness serta flying colours tidak sama tetapi saling memerlukan..

    Sekian Terima Kasih… Huhuhu :)

    Reply

  2. harimau

    Jun 26. 2009

    ok la..
    bagus la..
    kalo de ujian die lg bagus..
    saya nak tau mcm ne tau tahap rabun warna.
    sbb saya mmg rabun warna..

    Reply

  3. ihsan

    Apr 25. 2010

    mcm mane hndak mgubati mslh ni…sy dah ptus hrapan gan mslah sy ni……

    Reply

  4. syakira

    Aug 26. 2010

    thanks 4 da great info…do like it..it helps me a lot..

    Reply

  5. hanim

    Sep 04. 2010

    masalah rabun warna ni tak boleh diubati ke?

    Reply

  6. enzo

    Oct 04. 2010

    aku pon same, temuduga dah lepas tapi medical yg buat aku risau nih. minggu dpn dah nk msuk kerja….

    Reply

  7. raytec

    Nov 14. 2010

    People who is colorblind in malaysia, can contact Stanley Tien, he had brought the 1st and new color system in malaysia.

    I met him recently and he been trained in UK, and after a great fit and assessment. I am so surprise i can see those colors i didnt seen before, and now when i driving i can see more obvious on the car’s brake.

    We need help as color blind, i know what exactly it is,is good to visit him.i been colorblind for 30years

    his contact
    Sun Time Optical in Malaysia
    No 1,Jalan Ros,85000,Segamat,Johor,Malaysia
    email : stanley_tien85@yahoo.com

    Reply

    Maya reply on November 14th, 2010 10:14 AM:

    Thanks you for ur info raytec. also nice to hear that you not colour blind nemore.. and u can driving! Coool!

    Reply

  8. thunder

    Dec 09. 2010

    hi raytec, do you know how much is the price of the treatment?

    admin: i suggest you to email that doctor

    Reply

    raytec reply on March 11th, 2011 10:58 AM:

    it cost be around thousand plus.

    Reply

  9. fatimahfirdaus

    Feb 28. 2011

    ade sesape yg pernah menjalani rawatan d sun time optical,segamat x?..nak tahu brape kos rawatan dan mase yg di ambil utk mngetahui keberkesanan rawatan tersebut…hubby saye yg mnghidap rabun warna n bln jun akan dtg die akan mnghadiri temuduga kerajaan yg memerlukan die mnjalani ujian warna….mnx tlong sangat2 kongsi info dgn saye….

    Reply

  10. Helm

    Mar 11. 2011

    hi fatimah, saya pernah pergi buta warna cermin mata dari internet tetapi itu semua “cheating” saya.

    Thanks for raytec. I dah jempu dia, hanya 2 jam exam sahaja,saya rasa macam orang biasa boleh beza dan nampak warna yang tidak pernah nampak. Kos saya buat lebih kurang satu ribu lebih sahaja ,jimat kos saya nak pergi luar negara buat.

    Saya rasa bawa hubby anda exam dulu.

    Reply

  11. haslita

    Mar 25. 2011

    ku baru jumpa Optometri di KL sini, selepas rawatan dengan kanta sentuh tinta khas , keputusan keluar same dengan dulu tiada “IMPROVEMENT”. Ku nak tanya, adakah Stanley jualkan “Chromagen “Kanta?? Kanta ini, sangat popular dan jenama di Luar negara.

    Ku tanya Optometrist KL ni, macam tak tahu tentang rabun warna soalan. Rasa kena tipu..

    Reply

  12. ahmad

    Aug 06. 2011

    Dear Readers,

    Recently, Vision Care Optometry bring to Malaysian Community, Chromagen Lens for colour deficiency individuals. With affordable price, ‘colour blind’ individuals can get solution for their daily colour perception problem with FDA approved special tinted contact lenses.

    Optometrist at Vision Care Optometry will do assesment and diagnosis to determine the type of colour vision defect and prescribe suitable type of Chromagen Lens to our customer.

    Vision Care Optometry is located at Klang Valley, specifically at Wangsa Maju. Feel free to visit our blogs http://visioncareoptometry.blogspot.com for more information.

    Also can call us 0341431039/ 0122879044/ 0127499055 for more information or setup an appoinment to meet us

    Reply

  13. alif

    Feb 04. 2012

    terima kasih bro ahmad ..saya dah pergi kat vision care..alhamdulillah keputusan yang memberangsangkan….sekarang sya dah lulus test rabun warna….rasa bersyukur sangat-sangat…

    Reply

    jeff reply on May 16th, 2013 9:17 PM:

    rawatan dia mcm mana bro?bedah ke apa?huuuuuuuuuu

    Reply

  14. USJ Optometrist

    Mar 23. 2012

    USJ Optometrist has the FDA approved ChromaGen lens to help improve color vision defect individual to ‘see’ color and pass Ishihara test. Please feel free to visit us in Taipan, subang jaya, selangor, Malaysia.

    We prescribe ChromaGen soft contact lens, semi hard lens and spectacle lens with a very reasonable price. Please dropby to see testimonial from hospitals around Malaysia. Thank you.

    Email : usjoptometrist@yahoo.com
    Phone : 03-8011 9038

    Reply

  15. Sam

    Apr 26. 2012

    The Ishihara Color Test for Color Blindness

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya adalah student Master Art & Design UiTM Jalan Othman Petaling Jaya, dan tajuk research saya adalah berkenaan dengan Rabun Warna. Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah masyarakat Malaysia yang Rabun Warna. Saya juga ingin membantu orang biasa untuk memahami bagaimana perasaan dan kesukaran orang yang rabun warna dalam kehidupan harian mereka dengan mengeluarkan visual untuk kempen kesedaran tentang masalah rabun warna. Terima kasih di atas kerjasama dan masa yang telah anda berikan.

    http://kwiksurveys.com/?u=theishiharacolortestforcolorblindness

    Hye and hello, I am a student of Master Art & Design UiTM Petaling Jaya Jalan Othman, and the title of my research is about color blindness. The aim is to determine the amount of color blindness in Malaysian society.It is also to help ordinary people to understand how the feelings and difficulties that have to face by the color blind people. I would like to produce visual awareness about color blindness.Thank you for your cooperation and time.

    http://kwiksurveys.com/?u=theishiharacolortestforcolorblindness

    Reply

  16. Sam

    Jun 05. 2012

    Hye, I’m a Master student in Art & Design Visual Communication. My research is mainly about choosing visual for colourblind awareness campaigns. The research is to bring awareness for parents in order to be prepared if they have colourblind children. Here are the links to my final design. Thanks.

    http://kwiksurveys.com/?u=prototypedesign

    Reply

  17. stud. dip. kejuruteraan awam

    Sep 05. 2012

    minta maaf mencelah,
    saya ade buat kajian tentang kegunaan lampu isyarat terhadap pengguna jalan raya yang mengalami simptom rabun warna ni.
    boleh saya dapatkan pendapat dari rakan-rakan semua ..

    macam mana anda semua memahami lampu isyarat ?
    dan adakah lampu isyarat yang sedia ada sekarang cukup membantu anda ?

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge