Mak, bolehkah puasa setengah hari? Boleh… tapi tidak boleh dibuat selalu. Kamu mesti boleh puasa penuh hari. kalau puasa penuh, mak buatkan telur goreng paling sedap di dunia.
Itu antara kata2 mak aku yang paling aku ingat masa aku masih sekolah rendah lagi. Kerana daya tarikah telur goreng paling sedap di dunia itulah aku memenuhkan permintaan mak aku untuk puasa penuh.
Masa berbuka tadi, aku luahkan semula pengalaman aku ketika mula2 belajar puasa. Dan peristiwa itulah yang menjadi sindiran anak buah aku sekarang kepadaku. Auntie puasa sebab mau makan telur goreng paling sedap di dunia… aku hanya senyum.
Tapi, apa yang dikongsikan di meja makan tadi berkenaan bagaimana anak buah aku mula belajar puasa sememangnya membuat aku ketawa dan terus ketawa dan aku tersenyum ketika menaip entry ini.
Apa tidaknya, anak buah aku siap kata dengan mak dia (kakak aku) macam ni…
“Mak, bolehkah tu ya, Nurul rendam2 lidah masa mandi tadi”
“Apa? rendam2 lidah? BATALLLL”
Ya, perbuatan merendam lidah adalah perbuatan yang boleh membatalkan puasa anda.









Comments
Powered by Facebook Comments