Puadede Kini Guna Version WordPress Hijau 3.4

Setiap blogger yang menggunakan CMS WordPress perlu selalu peka dengan version baru yang diterbitkan pembangunnya di WordPress.org. Tujuannya adalah untuk menjaga blog anda dari sebarang bugs dan hole terutama sekali dari pencerobohan database. Pada 13 Jun 2012 muncul pemberitahuan update dan apabila aku merujuk ke web rasmi cms WordPress, Matt Mullenweg ada membuat pengumuman update ke version 3.4 yang dikenali sebagai “Green”.

Menurut kenyataan itu juga, Matt memaklumkan version 3.4 itu dikenali Green sempena menghargai pemain gitar Jazz terkenal, Grant Green. Siapa Grant Green dan apa sumbangannya sehingga version wordpress pun mahu mengabadikan salah satu update versionnya menggunakan namanya? Anda boleh rujuk ke pautan INI.

Apa yang baru dalam wordpress 3.4?

  1. Tampilan Theme
    Sebelum ini kalau kita mahu cuba-cuba melihat bagaimana wajah blog kita sekiranya mahu menggunakan theme baru, proses previewnya hanya menampilkan wajah blog tetapi melalui version ini, tampilan wajah blog anda boleh disekalikan dengan editing Site Tittle, Tagline, gambar Header dan lainnya.
  2. Custom Headers
    Sekiranya anda mahu meletakkan header, prosesnya lebih mudah melalui version ini kerana anda bukan sahaja boleh crop malah memudahkan kerana kita boleh menggunakan mana-mana gambar yang sedia ada di Media Library kita.
  3. Twitter Embeds
    Melalui version 3.4 ini, pembaharuan yang ketara adalah menampilkan penggunaan Twitter untuk diletakkan di dalam entry blog kita.  Hanya perlu copy paste pautan dari twitter dan ianya muncul dipost anda beserta kemudahan reply, retweet dan favourite. I love this!
  4. Keterangan gambar atau caption picture.
    Sebelum ini pun boleh letak caption tetapi kali ini, anda boleh meletakkan sekali dengan apa saja pautan.  Kini bila mengambil gambar orang lain, bolehlah letak credit di bahagian caption.
    Kelemahan: kalau guna adjust gambar weight % ianya tidak dapat tampilkan caption  seperti gambar di bawah ini.

baru dalam versi 3.4

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge