Blog ini hanyalah satu daripada picisan blog yang tercatat dalam dunia internet ini. Usianya belum sampai 3 tahun lagi dan keyword yang terpaut di mesin cari pakcik google dan makcik yahoo serta mesin-mesin pencari yang lain boleh dihitung dengan jari.
Blog ini bukan blog untuk cari makan dari pelbagai syarikat penjana pendapatan di Malaysia ataupun di luar negara. Keberadaannya di internet hanyalah semata-mata untuk memenuhi keinginan pemiliknya untuk menulis sesuatu yang baginya patut dikongsi bersama.
Tapi, alhamdulillah, dalam keadaan pengunjungnya yang tidakpun mencecah 3-4 ratus setiap hari, blog ini sudah pandai cari makan sendiri hasil sumbangan ikhlas pengunjungnya. Aku berterima kasih kerana blog ini ada duit untuk menampung nyawa hosting dan domainnya sejak tahun pertama lagi.
Skrin shoot potong2 ini adalah kepunyaan blog ini… bukan untuk menunjuk2 dengan perasaan riak apatah lagi untuk menjeleskan pengunjungnya. Tapi inilah bukti yang boleh memotivasikan pengunjungnya untuk turut tampil berblog.
Jumlah RM287.84 itu sudahpun dibelanjakan untuk makan minum pakai blog ini, manakala selebihnya, RM411.44 adalah simpanan untuk keperluan tahun hadapan, 2011. Insyaallah bila Pendapatan Meter Nuffnang 3 angka terkira, dapatlah dia belanja rakan-rakan blognya…amin.
Comments
Powered by Facebook Comments










kalau yang begini punya income ni mesti secret resipi ni..hahhaha…
Reply
waaaah! bestnya, mudah2an dapat jadi macam sis maya juga, thanks ya sis sudi share
Reply