Duduk semeja dengan rakan wartawan dalam satu pertemuan bersama Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan minggu lalu membuka satu ruang perkongsian yang terbaik bagi aku sebagai blogger Tawau. Ianya menjadi satu kesinambungan pada perjalanan penulisan aku yang tidak lagi berada dalam kelompok profesional itu.
Kami saling kenal-mengenali dan apabila saranan Datuk Tawfiq menyeru kami melaporkan agenda pembentukan minda rakyat, aku mula menilai semula apa yang aku pernah tulis di blog ini dan perkatakan di facebook. Aku teringat pada satu entry aku di blog ini bertajuk Jentera PRU13: Blog, FB, Media yang mengisahkan pendapat aku terhadap kesemua 3 pilihan jentera PRU itu yang saling kait-mengait.

Jentera blog mempunyai kekuatan penyebar maklumat yang boleh mengungkap setiap inci pandangan mereka. Jentera Facebook yang mempunyai kuasa luar biasa bakal dijadikan markas penggempur yang terlaris di setiap monitor makcik2 pakcik2 belia malah kanak2 yang tidak faham pasal pilihanraya pun. Media elektronik dan cetakan juga perlu upgrade beritanya, kalau ada berita skoop dan diskoop pun ianya tetap jam 8-12 pagi akan ditabur di kedai2 kopi. Meskipun demikian, penulis dan penerbit media adalah pemikir yang terbaik dan tidak hairanlah pengaruhnya dalam masyarakat cukup kuat.
Aku tidak hairan apabila ada yang menganggap media dikawal kerajaan, TV di kawan kerajaan malah blogger pun mahu dikawal kerajaan. Aku tidak mahu mempertikai tanggapan itu kerana dari kacamata aku, selama aku menulis ianya adalah tanggapan aku pada apa yang aku saksikan. Aku tidak disuap untuk memperkatakan sesuatu yang baik mahupun untuk tidak berkata benar tetapi apa yang aku lakukan adalah untuk diri aku, untuk keluargaku, untuk Tawauku.
Aku ingin berkongsi kata-kata Datuk Tawfiq dari pertemuan itu;
“Jangan bantu orang buat provokasi. Jangan sebar berita berunsur provokasi kerana ia akan mengundang provokasi lain…
“Buat laporan bukan untuk sensasi, tetapi menyebarkan maklumat untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu dan cemerlang,”









Comments
Powered by Facebook Comments