HANYA kerana menunggu “flag-off” Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), dunia internet bergolak bilau seakan terkandung ribut taufan di dalamnya. Tanpa ada lagi sempadan masa, jarak, jantina dan usia, pergolakan isu politik yang dipercaturkan semakin menjadi-jadi penerokaannya. Segala herdikan, tohmahan, ugutan kian dilontarkan sebebasnya.
Aku faham, bagi penulis politik, inilah masanya mereka menunjukkan taring penulisan untuk membaham mangsa sasaran, menyampaikan kekusutan, kegundahan, dendam yang terpendam. Dan selaku pembaca dengan ilmu yang dangkal ini, aku rasa resah menyaksikan semua ini meskipun aku tahu ianya hanya sementara. Aku juga merasakan diri ini terlalu “kerdil” untuk menilai yang tersurat dan tersirat dalam tulisan mereka.
Kenapa?
Kerana aku terkesan dengan kata-kata Pengarah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Dato Rafi Awang Kecik:
Presepsi dianggap sebagai informasi,
Fitnah dianggap sebagai benar,
Pendapat dianggap sebagai fakta…
Mengulas kata-kata di atas, menurut seorang rakan FB aku:
kena tengok kebenaran itu dari sudut mana….kebenaran tidak boleh datang dari satu pihak saja. transparent itu perlu…..klu kita menganggap kebenaran hanya datang dari satu pihak bermaksud kita mempunyai masalah dlm menaakul permasalahan semasa. persepsi datang dari minda yg berfikir, jika yg berfikir itu org yg hebat persepsinya mudah mempengaruhi org lain. mcm fitnah, jika kita cenderung menganggap kebenaran hanya dari satu pihak maka semua keterangan dr pihak berlawanan akan dianggap fitnah…dlm konteks ini, tidak kira dia lawan atau kawan apabila datang berita yg kita mau klasifikasikan sebagai fitnah cuba fikir semula ‘apa mungkin mereka benar?’ Ada kebenaran ulasan rakan “pemikir minoriti” ini…
Cuma situasi sekarang ini adalah ada isu yang berlegar liar di internet begitu mevaksinkan ideologi melalui provokasi. Provokasi jelek piras hangit.

Dipetik dari kisah aku bertemu Tun Mahathir
Pandangan Tun Mahathir tentang perjuangan dan perpaduan Melayu.
Kita Melayu mempunyai mejoriti 60 peratus. Sekarang kita ada 3 parti Melayu yang boleh mewujudkan 30 peratus menyokong UMNO, Keadilan (15%) dan Pas (15%). Kita sudah jadi minoriti. Kita sudah berpecah dan kita sebenarnya adalah pengemis.
Kenapa kita pengemis?
Dulu kita kuat, meraih 60% tapi… kita nak itu ini dan berpecah.
Sekarang untuk menang kita perlu sokongan bukan Melayu, kita meminta-minta untuk dapat sokongan bukan Melayu dan kehendak bukan Melayu tidak boleh dihalang.
Sekarang kita semua perlu bersedia hadapai keadaan ini?
Ya, memang perlu sedia hadapi ini… dan kita perlu faham dan kembali kepada perjuangan membela agama, nusa dan bangsa.
Pendapatku:
Tidak kira haluan pro kerajaan mahupun pembangkang itu, penulis politik jangan asyik mencacau apa lagi piras hangit.
cacau:
1.kacau, keliru, tidak tetap (fikiran, hati, perbuatan, dll);
2. menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu perasaan dan fikiran;
3. ark gugup (kebingungan dll); mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu fikiran dan perasaan, meracau; cacauan yg disebut semasa mencacau, racauan: tiada seorang pun yg dapat mengerti :Yusof itu; pencacau azimat utk mengelirukan atau membingungkan orang.
piras hangit:
tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol.(Kamus Dewan Edisi Empat)
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Sam Mikli
Mar 29. 2012
Assalam alaikum
Buat Tuan Maya dan seluruh warga puadede yang dihormati
Persepsi dan pendapat kedua-duanya berkait secara langsung di antara satu sama lain. Tanpanya maklumat tidak akan berguna terutamanya dalam keadaan membuat keputusan yang kritikal.
Pun begitu, persepsi dan pendapat secara lateral/terkadang diresapi fitnah walaupun tidak secara mutlak atau keseluruhan. Elemen fitnah pada kebiasaanya digunakan untuk tujuan yang negatif. Dalam dunia politik Malaysia zaman ini banyak animal politics menjadi mangsa persepsi dan pendapat yang diresapi fitnah.
Bagi sesiapa yang pernah terbaca wacana tersohor seorang ilmuan dan intelektual Islam, Ibn Khaldun, Mukaddimah, tentunya akan terbaca secara tidak langsung akan kaitan di antara pesepsi, fitnah dan pendapat.
Tentang penulis politik pula ada banyak dan pelbagai. Ada yang bersifat institusi, pro parti politik kerajaan yang memerintah atau pembangkang dan fence sitter yakni atas pagar. Tidak kesemua penulis politik ketiga-tiga kelas ini valid atau mutlak kesahan hasil penulisannya. Ini adalah kesan daripada campur aduk di antara persepsi, fitnah dan fakta. Melainkan seseorang penulis politik itu ialah seorang intelektual atau ilmuan atau kedua-duanya sekali. Di samping memiliki hati dan akal yang jujur dan amanah.
Adieu dari jauh
Reply