5

Promosi Raya di Tawau…

Sedar tak sedar, puasa sudah masuk hari ke 8.  Seperti tahun2 sebelumnya, persediaan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri sememangnya ada di mana-mana di seluruh pelusuk bandar Tawau.  Yang amat menarik perhatianku sejak kebelakangan ini, kain rentang bertulis PROMOSI JUALAN HARI RAYA ada di mana-mana tergantung di kebanyakan kedai.

Bila masuk Servey Park Well, Milimewah, Yong Hing, etc…. fuh discount 40%, 50%, 60%, 70% tapi bila belek2, harga cuma kurang berapa sahaja dari harga asal yang aku lihat 2-3 bulan lalu.  Sungguh bijak mereka memanipulasikan tanda harga… Rasanya tahun ini, variasi kuih muih yang akan dihidangkan agak lain saiz dan rasanya berbanding sebelumnya…Aku sudah mula menempah beberapa keropok dan kuih dan hehe, harganya sudah naik ikut standard harga minyak.

Ceita pasal kedai kain pula, memang meriah dengan alunan muzik rayanya, pengunjungnya yang ramai, pilihan kain yang terkini di pasaran… namun di mana nak jahit?  Rata-rata kedai tukang jahit sudah tidak menerima tempahan membuat baju raya… Apalah nasib! Dapat kain cantik dengan harga murah selepas diskaun, tapi tidak dapat dijadikan baju raya kerana tidak ada yang mahu menjahitnya.

Apa pun aku cuma mampu memperingatkan rakan2 jangan terpedaya dengan promosi yang ada di sekeliling kita… cubalah fikir.. kalau benarlah promosi diskaun hebat bla bla bla itu benar.. kenapa setiap bulan ada saja promosi diskaun di kedai yang sama?

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: Blog Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

5 Responses to "Promosi Raya di Tawau…"

  1. Lan86 says:

    Salam perkenalan semua’-’

    Reply

  2. Maya says:

    Salam kenal juga Lan

    Reply

  3. sedehnya aku..nda balik raya agi

    Reply

  4. Aj says:

    yessssssssssssssssssss

    Reply

  5. achok of mesti says:

    wahhhhhhhhh best oh sama datk lagi

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.