Projek Jalan Pintas Taman Ria 11 ke Kg Pasir Putih Bermula Oktober 2012

PROJEK Pembinaan Jalan Pintas Taman Ria 11-Kg Pasir Putih sejauh tiga kilometer bernilai kira-kira RM10 juta dijangka bermula Oktober tahun ini, sekaligus memberikan satu lagi laluan alternatif buat penduduk di kawasan terlibat.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Pang Yuk Ming berkata jalan itu mampu mengurangkan kesesakan yang sering menimbulkan rungutan pelbagai pihak khususnya anggota masyarakat pada waktu puncak.

“Apabila projek ini siap, masyarakat akan mempunyai pilihan tambahan untuk keluar-masuk di kampung ini selain jalan sedia ada,” katanya selepas turun padang meninjau tapak projek terbabit bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya Kota Kinabalu dan Tawau.

Menurut Pang, pembinaan jalan alternatif itu dilihat penting sebagai langkah utama ke arah mencari penyelesaian terhadap isu kesesakan berhampiran sebuah sekolah di kawasan persimpangan Jalan Sin San, Pasir Putih.
Beliau percaya jalan itu akan memberikan keselesaan kepada anggota masyarakat di kawasan berhampiran dan dalam masa sama menangani isu keselamatan pelajar sekolah.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa projek pembinaan jalan raya terbabit juga akan turut melibatkan proses menaik-taraf jalan di kawasan terlibat selain meninggikan jalan-jalan yang rendah.

“Projek naik-taraf untuk meninggikan jalan yang rendah ini sememangnya perlu dilaksanakan segera kerana kawasan Pasir Putih sering dilanda banjir teruk sehingga menjejaskan para penduduk kampung,” katanya.

Sumber: Borneo Post

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge