Pokok Lukisan 1Malaysia Sabturani Bukan Vandalisme

Melukis logo 1Malaysia pada 1000 pokok di sekitar Tawau kini menjadi isu.  Ianya dilabelkan vandalisme, mengakibatkan gangguan pertumbuhan pada pokok, usaha pelukisnya menterjemahkan penghargaan adalah tidak betul serta ianya merosakkan lanskap Tawau.

Banyak lagi yang diperkatakan tentang hasil lukisan Sabturani Angsa, 64, yang lebih dikenali sebagai OM ini terutama sekali di facebook. Terkini, usahanya juga diselar melalui akhbar.

“Saya sebagai anak jati Tawau tidak akan membiarkan orang luar melabelkan usaha OM ini tidak berfaedah, tidak beretika apa lagi ianya dikatakan satu usaha sia-sia,”

“Saya sanggup turun naik semua jabatan untuk mendapatkan kepastian terutama sekali dari segi undang-undang,” Demikian seorang teman menyatakan hasratnya untuk membela usaha OM.

Pendapat aku, aku puji OM kerana dia sememangnya patut dipuji. Tawau sebuah daerah yang mempunyai keunikan  masyarakatnya yang tersendiri. Tidak akan ada di mana-mana dan tidak akan ada samanya melainkan ianya hanya boleh dirasai warga Tawau itu sendiri, anak jati Tawau. Kamu katakan apa sajalah tentang Tawau, tapi semangat Tawau yang ada pada kami tidak sama dengan apa yang orang luar ada.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge