Aku terkejut bila terbaca satu pautan berita Indonesia yang mengatakan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) telah menampar dan menyiksa empat nelayan Indonesia gara-gara tersasar sempadan ketika menangkap ikan. Aku juga semakin terkejut apabila diberitakan sudah 5 buah kapal perang Indonesia sedang bersiap-sedia berkawal di perairan sempadan Indonesia-Malaysia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Aku pun apa lagi, terkejut dengan berita sebegitu, terus berkongsi info di wall facebook. Respon yang aku terima daripada rakan-rakanku juga seperti aku. Namun seorang rakan sepersekolahan, Dahlia memberikan komen yang berbeza.
Dia yang mengetahui pergerakan orang di sana dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kenyataan berita itu menafikan bahawa anggota pertahanan laut Malaysia tidak akan bertindak sebegitu jauh. Aku tidak menyangkal pendapatnya malah dalam benakku, memang ada betulnya penafian Dahlia ini.
So bangun pagi di hari Selasa, dengan aktiviti rutinku membuka web berita local dan nasional, aku dihidangkan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah Dato’ Hamza Taib yang menafikan insiden berkenaan bukan dilakukan oleh anggota PGA dan akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
Nampaknya keadaan ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ianya hanya akan merugikan kegiatan ekonomi kedua-dua negara.
Nelayan warga negara Indonesia itu ialah Ermansyah, Budi Sabadri, Janirun dan Randi
Rujukan berita New Sabah Times: 23 November, 2010
Anggota PGA tidak terlibat dakwaan dera empat nelayan Indonesia
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa dan media Indonesia telah melakukan kesilapan dalam laporan mereka berhubung satu kejadian penderaan ke atas empat orang nelayan dari negara itu.
Mereka (pihak berkuasa dan media Indonesia) telah menuding jari dan mendakwa anggota Pasukan Gerakan Am telah mendera empat nelayan warga Indonesia dari Nunukan pada 15 November.
Akhbar Tribunnews.com telah melaporkan pada 21 November empat nelayan warga Indonesia telah didera setelah mereka didapati memancing dalam kawasan perairan Malaysia dekat Pulau Sekaca.
Polis berkata kelmarin anggota penguatkuasa yang didakwa mendera nelayan warga Indonesia itu bukan anggota PGA.
Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah Dato’ Hamza Taib memberitahu wartawan New Sabah Times dalam satu temuramah di pejabatnya kelmarin.
Beliau berkata pegawai polis telah pergi ke tempat kejadian berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia dan mengambil keterangan daripada anggota penguatkuasa yang terlibat dari agensi penguatkuasan lain.
“Saya mengesahkan mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan bukan anggota PGA dan siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” kata Hamza.
Berikutan kejadian itu, Hamza memngingatkan kesemua pegawai kanan dan anggota polis dari pelbagai unit yang bertugas di Sabah supaya menjauhi kegiatan jenayah dan salahguna kuasa.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawi polis dan angota yang didapati terlibat dalam kegiatan jenayah.
“Kami akan mengambil tindakan sepatutnya termasuk tindakan disiplin dan menggantung kerja pegawai atau anggota yang didapati terlibat dalam kegiatan jenayah,” tambah Hamza.
Akhbar portal Indonesia, Tribunnews.com melaporkan pada 21 November lalu empat nelayan dari negara berkenaan mendakwa telah diseksa oleh anggota PGA setelah mereka (nelayan) didapati memancing dalam perairan Malaysia berdekatan Pulau Sekaca.
Nelayan itu mendakwa mereka telah ditampar dan dikerah berenang balik ke Pulau Sekaca serta meminta RM5 ribu Rupiah, kira-kira RM1,700 dan dua pucuk senapang angin.
Komandan Pangkalan TNI Angkatan Laut Let. Kol Laut (P) Rachmad Jayadi yang dilaporkan telah melawat kawasan yang dikatakan pada 20 November mengesahkan kawasan itu merupakan perairan Malaysia.
Rujukan berita tribunnews
Tribunnews: Empat WNI Disiksa Tentara Malaysia
P/s: New Sabah Times scoop
Comments
Powered by Facebook Comments










adoinah kak….danger nih…..tetiba masuk blog……ok la tu….alamat la d tahan ISA… hahahahah …. apapun…terima kasih kak….isk…glemer kejap…hehehheeh…….jan lupa jak kak….kita tatap saudara w/pun berlainan negara…..errrrrmmmmmmm
Reply
Maya reply on November 24th, 2010 1:11 AM:
cubit betis kanan, trasa juga betis kiri… hubungan dua negara tetap dikekalkan walau apa pun berlaku kerana kita berasal dari rumpun bangsa yang sama.
Peace no heart feelings
Reply
kalau betul berita ni,tentera berkenaan tu harus dilucutkan jawatan.hanya memalukan negara dan akan merenggangkan hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yg semakan renggang skrg ini
Reply
Maya reply on November 24th, 2010 11:27 PM:
sama2 kita saksikan drama ini.
Reply
salam maya….aku pun ada baca ni pasal pga dikatakan berkelakuan kasar terhadap nelayan2 indon ni.pada aku apa yg ditulis dlm KORAN mereka ini tidak lebih dari provokasi,yg seolah2nya meletakkan kurap dibetis kita,mereka cuba menggaru sedikit kurap itu dan mungkin juga kita akan merasakan gatalnya….bila kita tidak menunnjukkan reaksi menggaru kurap yg mereka letakkan di betis kita…mereka akan garu lagi dan kita akan rasa gatalnya yg sedap itu.tapi kalau kita memikirkan sedapnya kurap bila digaru,kurap yg kecil itu akan bertambah banyak dan akan merebak seluruh kaki..jika kita melayan sedapnya kurap digaru.Tapi jika kita alpa akan kurap,sedap dan garu sebenarnya kita sudah merebakkan penyakit itu disebahagian tubuh kita.jadi cara untuk tidak merebakkan kurap itu adalah lebih baik kita sapukan krim antibiotik.dan lebih baik jangan digaru langsung.kalau ada yg sengaja2 menggaru kurap yg diletakkan dibetis kita,baik kita halang atau kita buang segera kurap yg mereka bawa itu.maksudnya….kalau kita melayan berita2 koran mereka yg suka menimbulkan provokasi,mungkin mereka akan bertindak agresiv lagi.pengalaman negara kita selama ini yg terpaksa brhadapan dgn provokasi mereka sehingga sanggup mengistiharkan perang dgn negara kita,yg pada mulanya hanya laungan2 panas dari sebahagian rakyatnya yg suka melaungkan GANYANG MALAYSIA,SWEEPING MALAYSIA dan akhirnya senyap begitu sahaja…sebabnya, baik pemerintah indonesia atau kerajaan malaysia sendiri tidak melayan provokasi mereka.mereka tahu kita serumpun,tapi jika ada hal picisan seperti ini kenapa terus negara kita mahu diganyang? dinegara kita pun rakyatnya banyak melakukan jenayah,paling banyak sejak akhir2 ini mereka sering melakukan rompakan,pecah rumah dan yg paling ganas pada bulan lalu di lembah kelang,rakyatnya merompak sebuah rumah dan membunuh pula sepasang suami isteri dgn 18 tikaman,adakah akhbar2 kita cuba membesar2 perkara ini kepada indonesia?ataupun para medianya disana tahu akan hal ini dan mereka hanya mendiamkan diri? dan adakah pula negara kita mengancam akan melancarkan GANYANG INDONESIA atau istihar perang dgn indonesia? dan berita terbaru pula rakyatnya yang didera teruk oleh rakyat arab saudi sehinggakan kerajaan indonesia tidak senang duduk dan memaklumkan bahawa kerajaan indonesia tidak akan lagi membekalkan pembantu rumah dinegara arab itu.Dan lagi menteri yg menjaga hal ehwal rakyatnya pernah mengeluarkan rekod penganiyayaan dan kes dera paling banyak berlaku malahan yang mati ketika bekerja dgn majikan mereka kalau bukan negara2 arab khususnya kuwait dan arab saudi,jadi kenapa pula rakyat diindonesia tidak mahu melancarkan GANYANG atau lancarkan PERANG kepada negara2 arab yg menyebabkan ramai rakyatnya yg menderita malahan mati didera.Kenapa harus negara kita mahu diganyang dan mahu di lancarkan perang? kenapa? sedangkan kita disini pening dgn kehadiran mereka di negara….yg datang secara haram(pati),meropak,rogol,membunuh……malahan mereka ada dinegara ini hidup dgn aman dgn limpahan rezeki serta berkongsi kemakmuran,jadi…..ngapain mereka suka banget timbulkan provokasi negara kita,kok terus terusan pingin banget mahu di ganyang lagi mahu diperangi dong?
kepala bisa pusing dibuatnya dong ah!
Reply
Maya reply on November 24th, 2010 11:26 PM:
wah panjang sich ngomong kamu, bisa pusing yach. hehehe.
Takpalah Zaid, mmg begitulah hakikat yg perlu kita terima sebagai jiran terdekat dengan mereka. Kita kekalkan yg baik kerana kebaikan itu akan menjuarai pemikiran waras ahli fikir…
Reply