0

Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau 2011

Pesta Kaamatan Peringkat Tawau baru saja berlalu pada 15 Mei lalu. As Tawau bloggers, aku tidak lepaskan peluang untuk mengikuti acara ini kerana niat untuk melihat kemeriahan sambutannya di sini sudah lama aku hajatkan. Malah entry ini juga aku simpan sejak bulan lalu namun aku simpan sahaja atas sebab aku ingin merasainya dahulu sebelum menerbitkannya. Dan… Ya, alasan lain kerana aku sibuk dengan pelbagai tugasan blogging, penganjuran program, meeting meeting meeting.

Bulan Mei begitu sinonim dengan sambutan pesta Kaamatan, sebuah perayaan suku kaum Kadazan-Dusun-Murut yang akan disambut bersama seluruh di Tawau. Pengisian program untuk pesta kaamatan di mana jua tetap sama, pasti ada acara memilih unduk ngadau atau ratu cantik kaamatan. Tawau majoriti penduduknya bersuku Bugis, Tidung, Suluk, Murut dan lain-lain namun perayaan minoriti Kadazan-dusun tetap akan disambut dengan meriah terutama sekali di kawasan Balung dan Kalabakan.

Mungkin kebetulan yang terancang, hajatku untuk merasaikan suasana pesta kaamatan rupanya tercapai kerana aku terlibat dalam penganjuran Pertandingan Foto Unduk Ngadau di Kg Tass, Ranggu pada 7 Mei 2011 dan juga acara yang sama dalam Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau di Eastern Plaza pada 14 Mei 2011. Semua acara ini ditaja hadiahnya oleh Mustwin Venture Sdn Bhd bagi mengasah dan mewujudkan persaingan sihat antara fotographer Tawau.

Pengalaman menarik sambutan pesta kaamatan di Tawau tidak jauh berbeza dengan daerah-daerah lainnya kerana pengisian prgramnya hampir sama. Pasti ada permainan tradisional ala-ala sukaneka seperti acara sumpit, gusti lengan, sugandoi, panjat pokok pinang berminyak dan lain-lain.

Aku tertarik dengan acara gusti lengan kerana aku kenal acara ini sejak kecil lagi dan abang aku selalu mahu “tayang kuat” dengan gusti lengan.

Aksi gusti lengan

Di bawah ini adalah himpunan gambar pelbagai aksi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau. Memang banyak pengalaman, banyak pergaulan, banyak tenaga and end of all… aku gembira melakukannya bersama Tawau Bloggers Unity.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Budaya Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.