Pesta Kaamatan Kg Tass 2011

Ini adalah pengalaman pertama aku ke pesta kaamatan di Tawau kerana aku tidak mempunyai kawan berketurunan Kadazan Dusun di sini. Yang ada sudah mix dan sudah tidak ambil tahu tentang pesta kaamatan. Peluang mengendalikan Pertandingan Foto Unduk Ngadau anjuran Mustwin Venture Sdn Bhd bersama Tawau Bloggers Unity aku gunakan sepenuhnya untuk merasai kembali suasana sambutan tradisi ini.

Apa yang sinonim dengan sambutan pesta kaamatan? Sudah pastilah pertandingan Ratu Unduk Ngadau iaitu gadis-gadis Kadazan Dusun dari kampung dan di sekitarnya diketengahkan untuk diadili dari segi keayuan, kesopanan, kecerdasan dan seni pakaian tradisi yang dipakainya. Ratu Unduk Ngadau sebenarnya adalah diinspirasikan dari legenda Huminundun yang bermaksud yang berkorban. Aku sedikitpun tidak ingat bila kali terakhir aku ke majlis keramaian pesta kaamatan, satu pesta tradisi yang memberi simbolik untuk menghormati bambazon iaitu semangat padi.

Berada di Kampung Tass (kampung ini mendapat nama sempena kependekan perkataan Tawau Assisted Settlement Scheme) terletak di kawasan Ranggu, kira-kira 16km dari bandar Tawau. Pesta kaamatan itu diadakan di sebuah balairaya yang reka bentuknya yang unik. Kenapa aku katakan unik, kerana ianya seolah-oleh berbentuk rumah panjang suku kaum Rungus, Kudat tetapi ianya lebih luas ruang lantainya. Hal ini diakui juga oleh abang Azlan Lauddin Martin, seorang abang yang menerajui penerokaan sejarah dari bumi Tawau yang turut bekerjasama dengan TBU dengan membuat pameran sejarah Tawau di balairaya tersebut.

Ok, apa aku buat di Pesta Kaamatan Kg Tass 2011?

  1. Agihkan borang penyertaan dan memastikan mereka faham syarat2 penyertaan.
  2. Menemui press secretary Datuk Syed Abbas Syed Ali untuk mendapatkan teks ucapan beliau untuk terbitan web dan FB.
  3. Memaklumkan MC mengenai pertandingan foto untuk hebahan pengunjung pesta kaamatan kg Tass.
  4. Bantu LisaAli ambil gambar.
  5. Fokuskan gambar karenah peserta pertandingan foto.

Daripada kesemua benda yang aku lakukan di pesta kaamatan itu, aku tertarik dengan satu bisikan bermakna dari arah belakangku yang aku simpulkan sebagai bisikan suara penduduk kampung. Katanya…

“Eh kenapa ramai betul reporter?,” kata Cik A
Jawab rakan Cik B di sebelah kerusinya, “Ya kan, kampung kita macam diserang reporter,”
“Kenapa ya kampung kita diserang reporter,”

Aku cuma senyum dengan perbualan itu, mahu ketawa salah, mahu buat tidak dengar lagilah salah, mahu saja aku menelan kelucuan yan ada namun tidak bisa… aku akhirnya ketawa dalam diam. Aduh fotographer itu mereka gelarkan reporter! Kepada LisaAli juga akhirnya aku berkongsi ketawa itu dan dia pun mengisahkan cerita ini di blognya.

Gelagat peserta pertandingan foto.
Memang pelbagai ragam, pelbagai cara mereka berusaha untuk merakam gambar yang menepati pencarian gambar terbaik mereka. Dari lens pendek hinggalah terpanjang dihalakan ke peserta unduk ngadau. Acara itu bagai sebuah acara grand yang setiap pesertanya terasa bagai menjadi seorang model.

Aksi Photographer

Ini adalah hasil terkumpul dari penyertaan contest yang diadakan di Kg Tass itu.

Gambar peserta Unduk Ngadau

Apa lagi yang sinonim dengan pesta kaamatan?


Paluan gong


Tarian Magunatip Murut


Mipulos (Gusti Lengan)


Unduk Ngadau

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge