Pertandingan Battle Of The Band Hari Belia Peringkat Negeri

Berita baik untuk penggiat muzik secara berkumpulan (band) dari Tawau atau di luar Tawau. Kementerian Belia Dan Sukan Tawau akan menganjurkan Pertandingan Battle Of The Band sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2012 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau.

Pertandingan ini dijayakan bersama Neolithic Entertainment bersama Majlis Belia Sabah dan Persatuan Belia Akar Umbi Tawau.

Juara akan memenangi wang tunai RM1,000, kedua RM700 dan ketiga RM500.

Penganjurnya, Asdar Sulaiman berkata pertandingan battle of the band itu diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada band-band bertanding yang seterusnya akan memeriahkan lagi pengisian sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2012 itu.

Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada 18 Mei 2012.  Pertandingan ini akan bermula jam 9 pagi di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.

Pertandingan ini terhad penyertaannya iaitu terbuka kepada 25 band sahaja.  Yuran penyertaan sebanyak RM50.

Sebarang pertanyaan lanjut pertandingan serta borang penyertaan boleh didapatkan dengan menghubungi:

Asdar: 0195856611
Salleh: 0168550670
Dean: 0178618061

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

No comments.

Leave a Reply

CommentLuv badge