0

Pertandingan Baby Comel

Kata mak aku, dulu aku adalah pemenang pertandingan bayi comel peringkat kampung-kampung di BAL, hadiahnya susu Dumex. Bila aku tanya aku dapat nombor berapa, mak aku diam sambil garu-garu kepala, lepas itu dia cakap begini:

“Ko menang tapi ada satu anak nurse yang kasi kalah kau.” duh maknanya aku nombor 2 lah kan. Satu atau dua tapi mak aku ada kenangan aku pernah menjadi baby comel di zaman babyku dulu2… hehehehe. Rupanya aku tergolong dalam kategori baby comel.

Ok lupakan intro masuk bakul angkat sendiri itu. Aku nak kisahkan di sini berkenaan satu pertandingan Baby Comel yang dianjurkan FB Tawaurian aka Tawau Bloggers Unity lah tu.

Contest ini akan berjalan selama 1 bulan bermula 25.4.2011 so maknanya tarikh tutupnya adalah 25.5.2011.  Caranya mudah sahaja, ambil gambar baby lepas itu upload di fb.com/tawaurian dengan menyertakan sekali NAMA PENUH BABY, TARIKH LAHIR, NAMA PESERTA YANG MENGHANTAR PENYERTAAN

Hadiahnya? Hamper barangan baby bernilai RM300 untuk tempat pertama, 2nd hamper RM200 dan 3rd hamper RM100.  Tiga pemenang saguhati juga diberikan hamper RM50. Keterangan lanjut dapatkan di TBU WEB

Bila aku melihat semula karangan ayat aku di web tbu, aku jadi tidak percaya, aku rupanya boleh mengarang ayat2 yang indah secara spontan? Ini ayatnya:

Pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan medan perkongsian kepada semua peringkat umur untuk menyedari betapa indahnya dunia bayi yang boleh menggamit kenangan indah bersama keluarga. Mata yang melihat pasti akan dapat merasai pelbagai perasaan nan indah yang akhirnya menimbulkan perasaan kasih sayang malah akan menerbitkan perasaan mahu lebih menghargai keluarga terutama ibu bapa.

Di mana kebenaran ayat2 aku itu? Apa kata anda cuba try test ikut contest ini.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Berita Tags: ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.