2

Persiapan Festival Kebudayaan Tawau

Kemeriahan Festival Kebudayaan Tawau semakin terasa, di sana sini berbual tentangnya dari pelusuk Kalabakan hinggalah ke Balung. Semua orang mahu menyaksikan keunikan festival ini kerana inilah kali pertamanya acara sebesar ini pernah dianjurkan pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan, NGO, persatuan-persatuan kebudayaan di Tawau.


Saat warga Tawau menantikan detik bersejarah itu, aku dan rakan Tawau Bloggers Unity (TBU) tidak melepaskan peluang untuk menceritakan kisah kami. Aku tak pandai menari, aku tak pandai berdondang sayang apatah lagi untuk bermain alat muzik tradisional… yang aku tahu adalah mengungkap kisah ini. Setidak-tidaknya anda di luar sana tahu apa yang berlaku di Tawau, dan aku menyumbang sesuatu dengan caraku melalui blog aku.

Festival kebudayaan Tawau yang julung kalinya melibatkan penyertaan dari negara luar iaitu Indonesia, Brunei dan Filipina akan berlangsung 14-15 Januari 2011. Pada 14 Januari itu akan ada pameran kebudayaan dan jualan di Padang Bandaran berdekatan Kastam Tawau. Pada hari itu juga, rombongan kebudayaan dari luar negara akan dibawa ke Muzium Koko dan Taman Bukit Tawau.

Pada 15 Januari 2011 iaitu hari Sabtu, Festival Kebudayaan Tawau akan menyaksikan perarakan kebudayaan dari 26 suku kaum serantau dari Padang Bandaran ke Dataran Majlis Perbandaran Tawau, persembahan kebudayaan, persembahan artis dan akan diakhiri dengan bunga api dan flame dari kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan Tawau. Ketua Menteri Sabah akan turut bersama-sama dengan warga Tawau menyaksikan Festival Budaya Tawau ini.

Berikut adalah jalan-jalan yang akan ditutup berkuatkuasa Jumaat (14.1.2011) dan Sabtu (15.1.2011) bermula 5 petang hinggalah Festival Budaya Tawau ini selesai untuk menjayakan Festival Budaya Tawau iaitu:

  1. Jalan Dunlop
  2. Jalan Bulatan Ice Box
  3. Jalan St Patrick
  4. Jalan hadapan Mahkamah
  5. Jalan Nusantara
  6. Jalan depan KWSP

Ini adalah rentetan persediaan sambutan Festival Budaya Tawau yang sempat diambil bersama rakan TBU. Credit to Don, Jean, CSankai dan Lisa

Persiapan menyambut tetamu Festival Kebudayaan Tawau.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Budaya Tags: 

Related Posts

Bookmark and Promote!

2 Responses to "Persiapan Festival Kebudayaan Tawau"

  1. Mus says:

    pasti meriah ni..
    Mus recently posted..Kepenatan Ini BerbaloiMy Profile

    Reply

  2. Sam Mikli says:

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    Tuan sayangnya saya tidak berada di Tawau. Apa boleh buat. Saya tidak dapat menyaksikan festival kebudayaan ini dengan mata sendiri, dengan jiwa sendiri.

    Sekurang-kurangnya festival kebudayaan ini mampu mempromosi Tawau ke daerah-daerah yang belum kenal dengan Tawau.

    Oh ya ahli TBU yang memiliki camcoder, ada merakamkannya? kalau ada muatkan dalam laman sesawang yuotube. 1 jagat dunia boleh menyaksikannya, termasuklah saya sendiri. Rakaman camcoder ini juga boleh disimpan dalam arkib Perpustakaan Daerah Tawau untuk bahan rujukan.

    p/s; Kalau seluruh lebih 260 buah negara di atas muka bumi ini menghantar peserta kebudayaan ke festival ini, wah!, hebatnya… Tawau!

    Adieu

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.