Persediaan sebelum tukar baju

Ayat tajuk mesti menarik kerana dari tajuklah yang akan mendatangkan selera untuk mengetahui apa cerita di sebalik tajuk persediaan sebelum tukar baju.  Hal yang sama jugalah kalau kita mahu membeli newspaper, biasanya kita lebih tertarik untuk membelinya sekiranya lead tittle story atau tajuk utama berita mempunyai tarikan yang bernilai dan berbaloi untuk dibeli.

Seperti post aku sebelumnya, aku mengistilahkan tukar baju sebagai perbuatan menukar theme untuk blog aku ini.  Bagi aku, blog aku ini menggambarkan diri aku yang suka tukar-tukar baju bukan kerana mengikut fesyen tetapi yang boleh membuat aku selesa, berselera, begitu tenang untuk berblog.  Ianya juga aku anggap sebagai satu motivasi diri untuk terus mencurahkan idea untuk penulisan di dalam blog aku ini.

Berikut adalah persediaan aku sebelum tukar baju / tukar theme blog:

  1. Cari baju / theme baru yang menepati citarasa aku.  Kali ini aku akan mengekalkan konsep minimalist theme kerana ianya memenuhi konsep user friendly.
  2. Pastikan kesemua plugin dalam versi terkini agar ianya comfortable dengan baju baru nanti.
  3. Savekan kesemua widget yang berkenaan samada diletakkan secara manual di blog mahupun yang dilakukan secaratarik simpan di kotak kedudukan widget.

Perkara paling penting aku lakukan adalah aku akan membuat eksperimen (ceh macam dalam makmal sains sekolah) di localhost.  Kiranya aku akan install secara offline wordpress di localhost komputer aku. Langkah ini akan memudahkan aku untuk mencurahkan “seni” dengan membuat beberapa perubahan dengan bermain dengan css dan php.

Berapa lama aku akan melakukan proses eksperimen ini adalah bergantung pada mood dan masa aku dan selalunya aku tidak akan berhenti membuat perubahan selagi aku sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perubahan theme itu.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Persediaan sebelum tukar baju”

  1. Gen2Merah

    Dec 09. 2010

    suka tengok pengisian dan susun atur dalam blog ni. simple tapi sedap mata memandang.. entri nya pun best2 dan penuh informasi….

    Reply

    Maya reply on December 9th, 2010 12:09 AM:

    terima kasih kerana memahami pendekatan “sedap mata” yang aku gunakan di blog ini… cikgu bila lagi? bulibah aku bantu2 mana yang buli.. for free for sure!

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge