6

Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Bandar Sri Indah Tawau

Ini adalah Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Bandar Sri Indah, Tawau yang baru sahaja disempurnakan perasmiaannya oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun pada 8 Mac 2011. Perpustakaan ini adalah yang pertama di dalam taman perumahan di Sabah. Ia menyediakan 7,989 naskah buku dan dilengkapi dengan kemudahan komputer serta wifi percuma. Premis perpustakaan berkeluasan 1,575 kaki persegi berkenaan disewakan oleh Hap Seng Properties Development Sdn Bhd dengan kadar RM1 sebulan.

Dalam majlis perasmian itu, Tawau Bloggers dan Discover Tawau telah dipilih Perpustakaan Negeri Sabah untuk sama-sama menyumbang dan menjayakan pameran dalam majlis itu. Antara yang dipamerkan adalah himpunan gambar lama Tawau dan buku keluarga Kee di samping menjadi jurucakap kepada setiap gambar yang dipamerkan. Ianya satu pengalaman berharga yang diperoleh dari majlis itu serta memberi pendedahan baru kepada komuniti online dalam menampilkan sejarah dan keunikan Tawau kepada generasi hari ini.

Tahniah kepada Perpustakaan Negeri Sabah kerana berjaya merealisasikan kewujudan satu lagi cawangan baru perpustakaan di bandar Sri Indah. Semoga warga Bandar Sri Indah dapat memanfaatkan kemudahan perpustakaan ini.

Info Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Bandar Sri Indah.
Masa perkhidmatan:
Selasa hingga Jumaat Jam 9 pagi hingga 5 petang.
Sabtu dan Ahad Jam 9 Pagi hingga 2 Petang.
Isnin dan cuti umum Tutup.

Pendaftaran menjadi ahli RM10.
Kemudahan WiFi untuk ahli.
2 komputer
Majalah, surat khabar, buku pelbagai fiksyen.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2011, Berita Tags: , , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

6 Responses to "Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Bandar Sri Indah Tawau"

  1. eydah mierah says:

    seronok pula melihat kemajuan tawau sekarang. lebih2 lagi perpustakaan baru sudah pun dirasmikan. tak sabar rasanya menunggu cuti hujung minggu. nak lawat perpustakaan baru….

    Reply

  2. Gen2Merah says:

    cayalah dengan pembangunan Tawau

    Reply

  3. Kee Faridah Kothman says:

    I am proud to have you as my dear friend, Maya…..your ability to focus and express your comments on an going events are truly impressive, outstanding and extraordinary……

    Reply

  4. Aj says:

    yeeee ada tmpt dating baru (ujar budak2 remaja)

    Reply

  5. pelastikbintang says:

    nda da rumah mo di sewakan rm1 sebulan ka? :P
    bagus la tu ada perpustakaan. bagus lagi kalau budak2 tawau rajin datang p baca bukan dating

    Reply

  6. daineSniCk says:

    huhuhuhuhu………….
    lw mc ad jawatankosong yg blh d apply…
    servay2kan tuk saya… TQ.. ;)

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.