Perjuangan Palestin

Berderma sudah, berdoa sudah, berqunut nazilah sudah, berdemo sudah…apa lagi yang kami mampu buat?
Khayal.. teruskan berkhayal… doa tanpa usaha, takkan kemana bukan? Isu palestine, satu isu yg terlalu lama. Berpuluh tahun dimakan usia. Kejap timbul kejap tenggelam. Dimana pengajaran dan pembelajaran ummah dari kisah silam? Hidup sekadar hidup, hidup bangun pagi, malam tidur. Sumbangan kejap timbul, kejap tenggelam. Ikhlas ke sumbangan?? Wallahualam… Menuding jari salahkan siapa saja dihadapan. Sedang jari lain menuding dibelakang (arah diri sendiri), tapi buat tak sedar. Hamas akan tewas dan telah pun tewas. Bukan semata2 kelemahan Hamas, tp kelemahan Ummah. Disini kita berbincang, bersemangat retorik, dan bermacam2 lagi.
Sedang siapa tahu peperangan??
siapa tahu peperangan??
pernah kah pergi berperang??
Pernah kah hidup di medan perang??
pernah kah bersedia untuk berperang??
Berapa ramai lelaki di Gaza, tpi tidak berperang??

Apa masalah sebenarnya?? Adakah masalah ini hanya masalah PALESTIN?? atau masalah UMMAH??
Renung2kan
boycott

Ya Allah…
Adakah ini tanda akan berakhirnya zaman?
Nun di sana kedengaran laungan kanak-kanak
Bukan berlandaskan kegembiraan
Yang ada hanya tangisan yang tak mungkin padam
Di manakah kegembiraan mereka?
Sang isteri sedang leka menanti
Sang suami yang telah terkorban di medan perang
Satu kancah yang penuh dengan keperitan
Hingga akhirnya berlaku peratapan..
Titisan air mata tidak mampu lagi mengalir
Seruan dan panggilan tidak lagi di hiraukan
Kenapa?
Hanya jasad yang tidak bernyawa bergelimpangan
Kerana disirami hujan-hujan letupan
Kerana di warnai dengan titis-titis darah pejuang
Kasihanilah mereka wahai hamba Allah sekalian
Namun apa yang terjadi hanyalah…
Tembakan yang penuh dengan kezaliman
Hati yang penuh dengan dendam
Yang tamakkan empayar yang tidak akan kekal selamanya
Bangkitlah wahai umat Islam!!
Tariklah tangisan mereka ke dalam jiwa
Syahdu yang kita tak mungkin rasa di bumi bertuah
Itulah Palestin!!!!
Damai yang telah hilang kerana rakusnya Israel
Serakus untuk menjamah nyawa insan yang tidak berdosa
Kepada penghuni Palestin
Bersabarlah!

Sesungguhnya ujian ini hanya Allah saja yang Maha Mengetahui sebabnya..

syahid_islam 

Sumber: palestinkini.info
gambar: 1- pemuda-tawau.blogspot.com/2009/01/demonstrasi-anti-israel-bebaskan.html
2- http://www.missionislam.com/conissues/index.htm

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

5 Responses to “Perjuangan Palestin”

  1. friendly

    Jan 18. 2009

    pelik…. dah terhantuk baru terngadah…
    inilah bangsa kita, dah berlaku baru bertindak… kenapa dari dulu tak melakukan apa yg sepatutnya dilakukan….
    peperangan di palestin, bukannya baru… ia dah berlaku berkurun-kurun dahulu…

    friendly’s Terkini di blog…Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

    Reply

  2. Adry

    Jan 19. 2009

    Boikot boikot!!

    Adry’s Terkini di blog…Sekitar demonstrasi…

    Reply

  3. Haical

    Jan 22. 2009

    hai…salam kenal!!!

    Haical’s Terkini di blog…Crop Circle Mysteries, who the author is?

    Reply

  4. ucupKun

    Jan 25. 2009

    kalau tak dpt bantu semua,
    jangan buang semua.

    ucupKun’s Terkini di blog…Selamat Berjuang Mujahid

    Reply

  5. shayma

    Jan 30. 2009

    Isu Palestin skrg bkn sekadar isu agama shja spt zaman lampau ttp ianya lebih kpd isu kemanusiaan yg semakin terhakis…
    Kesombongan yg mereka warisi sejak dahulukala semakin membusung dan membuak2 hinggakan mereka sanggup menumpahkan darah demi mencapai matlamat.
    Semoga palestin sentiasa mendpt pertolongan dpd Allah

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge