Penulis Blog

Maksud Puadede.com

Puadede diinspirasikan dari lirik lagu permainan lama zaman kanak-kanak bersama orang tuaku yang antara bait liriknya adalah pua pua dede. Permainan ini mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja iaitu dengan cara baring dan meletakkan anak di atas kaki yang dibengkokkan lalu dihayun-hayunkan kaki. Masa mengayun-ayunkan kaki itulah, lagu pua pua dede ini dinyanyikan.

bapa sedang “puapuadede”kan anaknya. – creditpix

Simboliknya, puadede aku pilih kerana unsur kasih-sayang yang terkandung ketika bermain puapuadede. Sedemikian jugalah yang mahu aku tonjolkan dalam blog ini sebagai rasa sayangnya aku pada daerah kelahiranku.

Tawau adalah tanah tumpahnya darahku, meniti zaman kanak2ku di BAL, menjadi pelajar yang mengkagumi sastera dan sejarah, melihat kejayaan bukan dengan segulung ijazah.

Di blog ini aku mengisahkan Tawau dalam pelbagai aspek mengikut rentetan berita, kisah dan kejadian yang berlaku.  Ianya juga memuatkan pengembaraan bersejarah dalam aku mengkagumi dan menghargai peninggalan sejarah yang ada di Tawau.

Blog ini bukan kisah satu dua hari tetapi ianya kisah yang bermula 29 Januari 2008, tarikh kelahiran blog ini.

Rules Blog Aku:

  1. Boleh Copy Paste?
    Sebenarnya aku tidak galakkan. Kalau mahu juga, hargainya dengan memberi backlink entry mana yang dicopy paste itu dan bukannya sekadar nama blog ini sahaja.
  2. Boleh Copy Gambar?
    90% gambar dalam blog ini mempunyai watermark.  Aku juga tidak galakkan cuma seperti di atas, kalau terpaksa, bagilah backlink ke entry mana yang dicopy itu. Oh ya, kalau ianya digunakan untuk tujuan komersil, sila maklumkan melalui email.
  3. Semua Komen Akan ditapis.
    Untuk kebaikan semua pihak, aku tapis semua komen yang diberikan pengunjung blog ini.
  4. Komen Anda Tanggungjawab Anda.
    Jadi berwaspadalah memberi komen, kita sama-sama di Tawau, bukan budaya kita berkata-kata kesat.
  5. Blog ini tidak mewakili mana-mana pihak sebaliknya ia hanya sebuah catatan peribadi sebagai orang awam.

Mengenai Penulis.

Nama penuh aku Norwahida Binti Yamaluddin, dilahirkan pada 6 Jun 1976 di sebuah kampung yang indah permai, Kampung Mutiara. Mendapat pendidikan awal di SRK (M) Bombalai, SM Abaka, SMK Kuhara dan terus menceburkan diri dalam dunia pekerjaan.  Aku tidak mendapat pendidikan institusi pengajian tinggi namun aku yakin “segulung ijazah tidak menjanjikan masa depan yang cerah”.

Aku aktif menulis sejak zaman persekolahan danaku tetap menulis, aku tetap mahu berkongsi dan aku akan tetap meneruskan dunia penulisanku dengan melakukan apa yang aku fikirkan perlu.  Semua ini aku lakukan demi sesuatu… sesuatu yang boleh membuatku puas, gembira dan mendapat kebahagiaan dariNYA.

Aktiviti:
2008: Menubuhkan  Tawau Bloggers Unity bersama Alwis dan budihermawan.
2008: Official blogger Konsert Metalasia di Tawau bersama Tawau.Com.My
2009: Official media Konsert Sure Gegar Tawau.
2010: Official blogger Konsert Double Trouble di Tawau.
2010: Blogger jemputan Nuffnang acara Stompin Sabah.
2011: Penceramah Y-Blog Lahad Datu & Semporna anjuran Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan Tawau.
2011: Official blogger Festival Kebudayaan Tawau
2011:  Local coordinator Konsert Search 30 Tahun di Tawau.
2012: Konvensyen Media Sosial Jelajah Tawau.
2012: Jelajah Promosi Konsert Lagendary bersama Amy Search di Tawau.
2012: Official blogger Konsert Lefthanded Comeback di Tawau.