Penghuni bawah jambatan Tawau

Kisah penghuni bawah jambatan ada di mana-mana malah kisah yang didedahkan dalam web TBU juga bukanlah isu yang baru apatah lagi minggu lalu TV3 memaparkan lagi kisah penghuni bawah jambatan di KL.  Kasihan memang kasihan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, siapa pun mereka, pendatang atau warganegara, bawah jambatan bukanlah tempat yang perlu dihuni.  Terlalu banyak bahaya yang mengundang, apatah lagi sekarang ini musim hujan.

Aku dan rakan-rakan Tawau Bloggers Unity (TBU) mengetengahkan isu penghuni bawah jambatan di Tawau minggu lalu kerana mahu menagih kesedaran bahawasanya sedaif-daifnya kehidupan kita, ada lagi yang lebih daif malah terbiar tanpa elektrik, air bersih jauh sekali pemberian beras subsidi.

Seperti lokasi jambatan pertama yang kami kunjungi di jambatan berdekatan dengan waterwork Tawau lama, penghuninya berasa takut lalu menghilangkan diri apabila kami mendekati pondok usangnya itu.  Ini menggambarkan bahawa betapa mereka cuba mahu kehidupannya tidak diganggu, tidak perlu diperdulikan oleh sesiapa, mungkin kerana beberapa perkara yang aku sendiri tidak ketahui. Atau mungkin saja dia beranggapan kami mahu merobohkan kediamannya atau menangkapnya. Oh kasihan sekali.

.

Jambatan kedua di jambatan batu 5 Jalan Apas, berdekatan Pondok Polis Kinabutan, kami sempat bertemu dengan penghuninya.  Pelbagai soalan yang kami tanya namun dari riak wajahnya jelas menggambarkan dia takut untuk berkata-kata kerana takut kami mahu mengganggunya.  Seorang teman, sempat menghulurkan wang namun dia berkeras tidak mahu mengambilnya.

Pondok yang ditinggalnya hanya menempatkan barangan keperluan hariannya, pakaian yang digantung di merata-rata, tilam usang, bantal usang, tidak ada lampu, hanya botol2 air bersih dan selonggok barangan buangan yang mungkin dikumpulnya.  Lebih menyedihkan apabila aku bertanya, kamu ada keluarga? dia mengeleng. kamu masak di situ saja? kamu masak pisang itu saja? dia mengangguk…

Dalam kehidupan sebenar aku, pisang mentah seperti itu mungkin aku jamah sekiranya ianya digoreng lalu diketuk menjadi pisang peppek.. tapi penghuni bawah jambatan ini menjadikan makanan itu untuk mengalas perut untuk meneruskan hidupnya.

Aku bertanya lagi, ini besi2 payung, barang buangan ini kamu buat apa? dia diam.. tapi bila aku berkata, oh kamu bikin lampu sendirikah dari bahan2 terbuang ini? dia memandangku dan mengangguk.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

3 Responses to “Penghuni bawah jambatan Tawau”

  1. Sam Mikli

    Apr 01. 2011

    Assalam alaikum

    Tuan Maya dan Tuan-Tuan sekalian

    Terdapat lebih kurang 1.2 bilion orang di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan yang mana pendapatannya kurang daripada $1 USD per hari. Terdapat lebih kurang 2.8 bilion orang di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan yang mana pendapatannya kurang daripada $2 USD per hari. PENGHUNI DI BAWAH JAMBATAN termasuk di dalam daftar 4 bilion orang yang hidup dalam kemiskinan di seluruh dunia.

    Penghuni di bawah jambatan – sememangnya menyayat hati. Kehidupan yang daif seolah tersingkir dari keadilan sosial, ekonomi dan politik. Mana dia si ahli sosial, si ahli ekonomi dan si ahli politik? Tawau mungkin tidak memiliki ahli sosial dan ahli ekonomi tetapi ya: ahli politik. Oleh hal yang demikian ahli politik seTawau perlu berjuang untuk membela Penghuni di bawah jambatan.

    Tawau juga memiliki intitusi awam. Umpamanya Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dan lainnya. MPT umpamanya “jaguh” dalam meroket kadar pungutan cukai. MUIS terlibat dengan hal yang berkaitan dengan pungutan zakat, sama ada zakat harta mahupun zakat fitrah mahupun yang berkaitan dengan zakat. JKM sudah semestinya “hero” dalam “memajukan” masyarakat agar supaya tidak tersingkir dan terpinggir dari pembangunan sosial. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula bagaimana? Pihak-pihak yang saya sebutkan itu sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk membela nasib Penghuni di bawah jambatan.

    Bagaimana pula dengan orang perseorangan – yakni merujuk kepada warga Tawau seluruhnya. Sekiranya setiap warga Tawau menubuhkan Tabung Khas Kebajikan (TKK) untuk membantu golongan daif seperti Penghuni di bawah jambatan, sudah tentu dapat meringankan beban Penghuni di bawah jambatan dari segi pemantapan keperluan asasi hidup: tempat tinggal, pakaian dan makan minum. Seandainya sepuluh ribu orang warga Tawau menyumbang secara purata RM1.00 per individu, sudah tenty Tabung Khas Kebajikan ini dapat membantu Penghuni di bawah jambatan.

    Seandainya institusi awam (MPT, MUIS, JKM), organisasi bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan seTawau gagal memainkan peranan (walaupun tidak sebera pa) maka ia adalah satu “bala” dan “malapetaka” bagi Tawau kerana unit-unit sosial, ekonomi, dan politik-nya “ketandusan” idea yang praktikal dalam meringankan beban orang yang daif kehidupannya. Perlu diingat bahawa kemiskinan sampai dunia kiamat pun tidak akan terbasmi walaupun kerajaan yang memerintah mengerah seribu satu kudrat akal. Untuk mencari jawabannya hayatilah tafsir Al-Quran. Kenapa ada daif, fakir, miskin, sederhana, dan kaya dalam kehidupan?

    “Menuding jari tanpa memberi bantuan adalah menyanggahi hukum akal”

    Adieu…

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tawau Bloggers Unity » Blog Archive » Penghuni bawah jambatan di Tawau - 30/03/2011

    [...] kisah mengenainya di SINI dan di SINI AKPC_IDS += "1569,";Popularity: 2% [?] Tags: jambatan di Tawau, penghuni jambatan [...]

  2. Penghuni bawah jambatan Tawau | Puadede.Com - 09/04/2012

    [...] Kisahnya CommentsPowered by Facebook Comments Filed in: Photo [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge