
Pagi tadi aku menerima satu SMS menyuruhku ke satu program Juara Rakyat yang diadakan betul-betul dekat dengan tempat kediamanku, Masjid Al-Mukarramah, Tanjung Batu Keramat, Tawau. Ini bukanlah kali pertama aku mengikuti program sedemikian cuma bezanya dulu di padang tapi kini di perkarangan masjid. Setelah bersiap aku bersama seorang sahabat menuju ke majlis itu, dalam kepala aku pasti ramai yang akan berkumpul, pasti ada pengisian majlis yang menarik, pasti aku akan dapat mengenali lebih ramai pemimpin rakyat di kawasanku.
Sesampainya di sana, sudah ramai yang berkumpul, bila baca aturcara majlis ianya akan bermula selepas ketibaan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh yang dijangkakan tiba jam 9 pagi. Aku bertemu mesra dengan barisan penganjur majlis, bersalaman dengan yang tua dan juga yang muda, bertanyakan khabar dan bertukar cerita.
Setelah diumumkan tetamu kehormat tidak dapat datang di saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, majlis pun dimulakan. Bacaan doa oleh Ketua Kampung Tanjung Batu Keramat, Bestari Sinari diikuti dengan ceramah oleh Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Taib Ubah. Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Juara Rakyat, Abd Karim Wahid memberi ucapan seterusnya ucapan perasmian oleh Wakil Rakyat Dun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat. Majlis diakhiri dengan bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim, saudara baru dan orang kurang upaya. Itu perjalanan majlis program Juara Rakyat yang aku hadiri tadi.

.
Pengertian Juara Rakyat.
Juara Rakyat adalah suatu program untuk mendekatkan pemimpin kepada rakyat yang membolehkan pemimpin-pemimpin dapat menyelami keperluan dan kehendak rakyat, menyelesaikan masalah rakyat serta memperjuangkan aspirasi rakyat.
Ianya juga untuk merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat dengan menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
Apa skop program Juara Rakyat?
Melalui program Juara Rakyat, pemimpin tempatan mendalami keperluan rakyat dalam semua bidang merangkumi pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, keusahawanan, ekonomi, perpaduan,kerohanian dan lain-lain.
.
Adakah program Juara Rakyat tadi mencapai matlamatnya?
Bagi aku, program tadi berjaya mencapai mkatlamatnya kerana:
- Pemimpin turun padang, orang kampungku dapat mengenali siapa pemimpin mereka. Pemimpin yang aku maksudkan bukan sahaja ADUN Datuk Hamisa Samat tetapi juga Ketua Pemuda UMNO Kalabakan, Mohd Gasing Saling, Ketua Puteri UMNO Kalabakan, Noraini Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur. Selain itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tanjung Batu, Abdul Jalil Arasah, AJK UMNO bahagian juga turut berada di sana.
- Pemberian bantuan kepada golongan sasaran tercapai. Bentuk bantuan yang diberikan adalah keperluan asas, keperluan persekolahan anak-anak, kerusi roda dan keperluan harian.
- Pelan tindakan segera diumumkan ADUN. Antara aduan itu ialah untuk mengatasi masalah aduan dewan serbaguna yang terbiar, aduan penyeludupan haram di jeti dan masalah sampah sarap. Ini memberi kelegaan kepada orang kampungku yang merasakan aduan mereka akan diselesaikan tidak lama lagi.
- Pendaftaran ibu tunggal. Dalam majlis itu, penyampaian maklumat mengenai kelayakan dan bentuk bantuan kepada ibu tunggal juga dihebahkan dengan jelas. Sekiranya ada lagi yang belum berdaftar, mereka hanya perlu berjumpa Ketua Kampung untuk tindakan selanjutnya. Ini juga melegakan para ibu tunggal yang sering dihimpit masalah.
Apakah yang aku harapkan selepas penganjuran program itu?
Aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk kemajuan dan keamanan kampungku, ianya perlu diteruskan dengan menganjurkan pelbagai lagi program lain yang bersifat lebih mendekati semua lapisan masyarakat di kampungku ini.
Aku tertarik dengan kata-kata ADUN Datuk Hamisa Samat iaitu;
Kita yang perlu berubah,
bukan kerajaan yang sedia aman ini yang berubah.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






Mus
Mar 15. 2011
pemimpin berjiwa rakyat pasti akan disokong sepanjang masa..
Reply