Aku sering ditanya oleh rakan-rakanku kenapa bahasa yang dituturkan oleh orang Tawau berlainan dengan bahasa pertuturan orang dari Sabah yang mereka kenali. Aku cuba jelaskan bahawa bahasa orang Tawau berbeza dengan yang ada di Sabah kerana orang Tawau sejak awal pembukaannya lagi mempunyai perkaitan rapat dengan negara yang bersempadan dengannya iaitu Indonesia.
Jadi kalau begitu, adakah orang Tawau itu orang Indonesia? Tidak, orang Tawau juga seperti Malaysian yang lain, malah kami unik kerana mempunyai dialek tersendiri dan bahasa pertuturan harian yang tersendiri. Kamu perlu tahu sejarah Tawau dan bagaimana kami di Tawau bersama-sama membangunkannya dan menjadi hub penting dalam pertanian, perikanan, pembalakan dan eksport import.
Dialek Tawau, bahasa percakapan orang Tawau atau dengan lebih mudah aku kenali dengan Bahasa Tawau adalah gabungan bahasa warga Tawau yang berbilang kaum kerana Tawau ini diduduki oleh pelbagai suku kaum keturunan dan agama.
Siapa sebenarnya orang Tawau?
Kalau ikut pemahaman undang-undang pastinya orang Tawau adalah mereka yang lahir dan menetap di Tawau dengan dokumen sijil kelahiran dan kerakyatan yang sah dan memberi sumbangan kepada pembangunan di Tawau. Siapa itu juga merujuk kepada suku kaum apa yang menetap di sini. Di sini mejoritinya adalah berketurunan Bugis, Tidung, Suluk, Banjar, Bajau, Arab, Cina dan lain-lain.
Bahasa Tawau unik.
Sejak dulu lagi, Bugis sememangnya ramai menduduki Tawau kerana sejarah kedatangan mereka dicatatkan sebagai golongan pekerja untuk sektor pertanian dan pembalakan.
Contoh perkataan:
Gondrong (lelaki berambut panjang), lanjik (gedik, gatal), loncat (lompat), kasi (beri, serahkan), lokek (kedekut) dan lain-lain.
Bahasa orang Tawau ini pernah aku tulis dalam entry sebelumnya pada 11 Februari 2008 yang bertajuk Bahasa Pasar Tawau?
Selain pengaruh Bugis dalam membentuk identiti bahasa Tawau, bahasa penjajah juga mempengaruhi menjadi bahasa Tawau. Perkataan seperti “fortaim“, “plengkik“, “polendang“, “semmat” adalah diambil dari perkataan Inggeris iaitu “full time“, “flying kick“, “falling down“, “smart” dan lain-lain lagi.
Perkataan seperti di atas ini bermula seawal pembukaan Tawau lagi iaitu apabila orang Belanda yang memerintah tanah jajahan Tawau menerima kumpulan pedagang dan perantau Bugis iaitu Daeng Pasawa 1885-an dan juga kumpulan Penghulu Puado dari untuk memajukan ladang kelapa dengan memberi tanah untuk mereka usahakan pada tahun 1880-an.
Pengaruh bahasa Bugis di Tawau semakin meluas apatah lagi kedatangan pedagang Bugis dan kemasukan buruh kasar khususnya dari kepulauan Sulawesi, Indonesia seawal tahun 1900-an. Ini terbukti apabila Daeng Mapata bin Supu ( Mustafa Bin Yusof ) datang ke Tawau dan menjalankan perniagaan tukaran barang secara kecil-kecilan dari tempat asalnya di Suka Waji. Setiap kali datang ke Tawau dia akan membawa ahli keluarganya lalu membentuk kampung dan juga masjid untuk beribadat pada 1903. Dicatatkan juga pada 1916 orang Bugis digelar “the most energetic and successful cultivator of coconuts” atas usaha mereka dalam mengusahakan tanaman kelapa.

Kata orang, bahasa itu jiwa bangsa, ada pula menilai tingkah laku seseorang dengan kata tuturnya. Tapi aku percaya satu konsep sejarah yang mengatakan… Majunya sebuah ketemadunan itu berdasarkan beberapa perkara termasuklah memiliki bahasa sendiri, tulisan sendiri dan bagiku Tawau itu unik, memiliki bahasa pertuturan harian yang lain daripada lain malah ianya hasil percantuman pemerintahan sebelum ini.
Jadi tidak hairanlah di Tawau ini anda akan mendengar bahasa yang pertama kali anda dengar dan janganlah segan untuk bertanya maksudnya.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments









zaid
Nov 12. 2010
sebab itulah cinta ku pada daerah tawau ini sentiasa mekar keran kelainan dan keunikannya….syabas dgn info ini.
Reply
Maya reply on November 13th, 2010 2:07 AM:
Masuk negeri orang, berbahasalah seperti mereka tapi bila balik kampung jangan trep2 semenanjung pula.. begegar kesian tu pokok tembunimu.. hehehe
Reply
wawa reply on January 18th, 2011 7:36 PM:
btui2…law bole d tmpat orng pun kekalkan bhasa tawau law bckap sama kwn2 y asal tawau…
Reply
kambingtrasing reply on February 28th, 2011 10:07 PM:
@Maya: Pok, kekadang terlepas jga orang tu. Sbb tebiasa sda ckp SM kan. Aku pun kekadang tlepas bha. Tapi, biar dikontrol pn tetap orang pikir cam kita ckp semenanjung, padahal cakap Tawau. Heran aku. Time ku balik dlu, ku cakap cam biasa, dorang cakap mcm ku cakap lain, cam semenanjung. Pastu ada satu time, aku ckp “sebilik” org ckp ak trep semenanjung. Padahal ku cakap bahasa Melayu sja. Tapi lain la klu yang, trep SM habis-habisan tu. Memang mo dikasi tampar dlu sikit2.
@wawa: Hahaha, mustahil la mo kekalkan cakap tawau. Sekejap sja tu bertahan. Aku bertahan sampai dua tahun sja. Pastu fedap sda. Nda paham ni dorang, malas ku ulang2 cakap ku. Ubah sja la senang.
Jreal Jo L
Nov 13. 2010
Sis, ni la yg patut kita kasi org tau…. dorg bilang kita ni macam, low class la apa la…. padahal kita ni satu Sabah… mungkin bahasa kita lain tp identiti Sabah tu yg kita bawa….. aq suka dgn post ni sis…. syabas….
Reply
Maya reply on November 13th, 2010 2:04 AM:
Thanks Jreal… Ini peranan kita sebagai anak Sabah, menggunakan medium yang tepat untuk menyampaikan fakta logik yang sahih. Sis pun masih cetek ilmu, masih belajar dan kita semua adalah non stop student. So, kita belajar, kita faham, kita huraikan, kita sesuaikan dengan keperluan isu setempat agar tiada lagi yang keliru atau sesat pemahamannya.
Reply
Budi Hermawan
Nov 13. 2010
Hidup Bugis!
Reply
kambingtrasing reply on February 28th, 2011 10:08 PM:
hidup bugis, orangnya sja. Tapi bahasannya sama tulisannya mo mati sda. Di indon sendri becampur sda sama bahasa Melayu dia punya bahasa bugis.
Reply
Rahma
Nov 15. 2010
Salam
I personally love this post. Let’s exchange link
Reply
tina
Nov 20. 2010
salam hebatlah you gambar-gambar yang tak pernah i lihat pun you letak kat sini..oklah tu naikkan martabat orang bugis di sabah
Reply
Sam Mikli
Mar 01. 2011
Assalam alaikum
Tuan Maya dan Tuan-Tuan sekalian
Salah seorang cendekiawan berbangsa Italy: Antonio Pigafetta, yang mengkaji tentang keserumpunan bahasa di alam Nusantara ada mewacanakan persamaan bahasa di kalangan ras dan suku kaum yang mendiami alam Nusantara.
Walaupun adanya perbezaan, tetapi wujud keserupaan. Perbezaan itu hanyalah dari struktur vokal bahasa — terutamanya vokal ‘e,’ ‘o’ dan vokal-vokal yang lain.
Contohnya;
Anak, Mata dan Mati.
Bahasa Melayu: Anak, Mata, Mati;
Bahasa Tagalog: Anak, Mata, Matai, dan
Bahasa Bugis: Anak, Mata, Mate’ – dan seterusnya
Maka tidak menghairankan jika wujud pengaruh bahasa satu-satu kaum di dalam daftar kata. Sama ada perkataan yang digunakan dalam kehidupan seharian, mahupun perkataan-perkataan yang terdapat di dalam dunia perkamusan dan linguistik.
Walaubagaimana pun, dalam kita berbangga dengan kerencaman bahasa yang pelbagai dari segi ras dan rencamnya, kita perlu memajangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kemestian.
Orang-orang Bugis, Jawa, Banjar, Minang, Aceh dan yang serumpun dengannya, sememangnya ahli dalam bahasa Melayu. Begitupun mereka tidak lupa dengan bahasa suku masing-masing. Ia kerana, bahasa suku adalah identiti sesebuah masyarakat.
Bagi mereka-mereka yang mengkaji isi tersurat dan tersirat al-Qouran, Allah SWT menjadikan kita (manusia) dari pelbagai ras, keturunan, budaya, bahasa dan sebagainya, adalah kerana disebaliknya ada rahmat Allah SWT yang tidak ternilai nikmatnya. Saya berbangga dengan daerah Tawau, walaupun masyarakatnya berbilang bangsa dan suku keturunan, tetap hidup sebagaimana layaknya masyarakat yang harmoni.
Kepelbagaian adalah sesuatu yang unik. Tawau perlu mengekalkannya!
Adieu…
Reply
apai
May 25. 2011
aku org kl,bini aku org tawau..pasir putih.tiap2 tahun aku balik sana..bg aku org tawau ni org yg kuat semangat.mungkin sebab dah biasa susah.tak macam org semenanjung yg asyik nak mintak bantuan je..susah sikit masuk tv mintak bantuan..bapa mertua aku cukup mnyampah dgn rncangan bersamamu tv3 tu..dia ckp aku yg ada 10 anak ni kerja kelapa sawit gaji baru 400-500,brg mahal lg kt sini tapi boleh hidup..ini susah sikit mtk bntuan..bg aku betul juga apa yg dia kata..org semenanjung ni terlalu manja..so..aku mmg respect abis kt org tawau..maybe raya tahun ni aku balik tawau..best!!!pekena nasi lalap kt pasar gantung..atau sayap ayam kt sabindo..nyam nyam..
Reply
ainul wardiah
Jul 13. 2011
assalamualaikum kak maya…saya nak minta izin copy entry ni utk diletak dlm blog saya bleh? menariklah entry ni…
Reply
Maya
Jul 13. 2011
Waalaikumsalam Ainul.
Maaf, saya tidak membenarkan entry ini dicopy.
Sebagai cadangan, Ainul buat satu entry untuk mengulas entry ini. Ulasan dari aspek pandangan Ainul sendiri.
Reply
Aras
Sep 01. 2011
saya cukup terharu dgn apai, dia org kl tapi dari cakapnya, dia cukup bangga dgn tawau……tq apai…..
Reply
hamsa Nunchi
Sep 22. 2011
assalamualaikum ,
lama sudah tinggal kan Tawau ,asal pulau Sebatik ,kampung Wallace Bay.
bila baca Bahasa Tawau teringat di kampung .kadang jumpa kawan lama
kami flashback cerita kampung .yang ini saya tak boleh lupa masa sekolah
belajar bahasa english.
Teacher .Can talk English .( Can Talk ,Malay mean fuck u )
Student . Yes I can Do . ( I Can Do , Bugis mean fuck u )
wassalam
Reply
joyanne
Feb 28. 2012
bugis go away from sabah..!!!
Reply
joyanne
Feb 28. 2012
excuse me… ?? bugis is PATI…!!
how come u got citizen in sabah??
udh dpt warganegara senang2 then mw lgi jd bumiputra melayu..
bah kamurang sedar diri lah.. PATI..
ada hati mw tanah kami .. ada hati mw kawin sama bangsa kami..
bugis indonesia tetap bugis indonesia…!!
dtg cari makan di sabah buat cara cari makan as a PATI
jgn melebih lebih.. dasar tidak tw malu
\
Reply
Maya reply on February 28th, 2012 11:13 PM:
Aku sebagai generasi Bugis hari ini tau berkhidmat di bumi tembuniku ditanam, di Tawau. Saudari, kalau mau kondem Bugis biarlah berfakta…
Lagipun apa barang panas2 di entry yg cerita pasal bahasa?
Reply
Suichi reply on June 30th, 2012 7:30 AM:
Hye joyanne!
**budu ba ko ni**
Haha
Reply
Oto'
Mar 05. 2012
Cadangan . Saya fikir saudari perlu buat kajian yang lebih mendalam lagi tentang taburan penduduk di sekitar daerah Tawau. Kita ada bugis, Tidung, bajau, Suluk, Cina dan lain2.
Bahasa Tawau bukan semata-mata dipengaruhi oleh dialek Bugis. orang Bajau berbahasa melayu berbeza sedikit dengan orang tidung atau suluk berbahasa melayu. Mereka ini juga ada dialek yang tersendiri yang dipengaruhi oleh bahasa ibunda masing-masing. Ada sedikit atau mungkin jelas perbezaan dialek mereka.
Keep in touch. Anyway saya berminat dengan rencana-rencana saudari… Thanks…
Reply
Oto'
Mar 05. 2012
Saya puji semangat saudari kerana giat menyiarkan rencana untuk rujukan umum… yang si kawan nama Joyanne tu janganlah sebarang komen. Kita harus bangga dengan etnik kita sendiri. asal jangan menukar fakta sejarah jika merencanakan sejarah sesuatu kaum.
kalau lahir dan tembuni di tanam di Tawau maka jelasnya dia adalah anak watan tawau. Yang sudah tu sudah lah bah. Jangan ungkit kisah silam sebagai modal untuk menghina sesuatu kaum…. yang penting lahir di Tawau maka jawabnya kita orang Tawau lah bah…
OK
Reply
Oto'
Mar 05. 2012
Borneo Utara memang diduduki oleh berbagai kaum sejak zaman sejarah Sabah dapat dikaji.
jadi jadikanlah portal ini sebagai ruang untuk berkongsi amklumat untuk menambah pengetahuan. Bukan untuk menghina sesuatu kau.
Reply
Oto'
Mar 05. 2012
Kia harus tahu bahawa bugis, Bajau, Tidung, Suluk, Cocos dan lain-lain adalah etnik nusantara..
Reply
Oto'
Mar 05. 2012
Kita di tawau ni memang ada sedikit perbezaan dialek, bergantung kepada mana lokasi kita tinggal.. Kita dialek budak batu 4, budak pasir putih, budak kg. jawa, budak muhibbah, budak batu payung. bukan begitu.. cuba saudari buat kajian tentang perbezaan dialek berdasarkan pengaruh etnik di daerah tawau.
Reply