Harimau mati meninggalkan belang tapi manusia mati meninggalkan nama. Nama Dr Lim Tow Kiat akan tetap menjadi sebutan warga Tawau sebagai doktor yang murah dengan senyuman, penyayang, baik hati dan merawat pesakitnya dengan profesional. Pemergiannya pada awal pagi Rabu lalu begitu menyayat hati sebilangan besar warga Tawau apatah lagi sahabat dan kakitangan klinik Famili, tempatnya bertugas.
Pengalaman Boy (bukan nama sebenar) yang menemukan mayat Dr Lim Tow Kiat semalam masih belum dapat dilupakannya malah dia begitu terkejut hingga belum dapat tidur lena.

(Mayat doktor Lim Tow Kiat dibawa ke bilik mayat untuk siasatan lanjut.)
“Aku belum dapat melupakan pengalaman itu… aku begitu terkejut,”
“Ya, mungkin aku trauma sebab itu aku masih belum dapat tidur lena,”
Itu adalah antara kata-kata Boy yang aku dengar dalam perbualanku tadi dengannya. Itu adalah pengalaman pertamanya dan segala keterangan telah diberikan kepada pihak polis. Aku cuba tenangkannya dan menasihatkan agar bersabar dan cuba jangan terlalu memikirkannya.
Doktor Lim Tow Kiat merupakan seorang doktor bujang yang bertugas di Klinik Famili, sebuah klinik swasta yang terkenal di Tawau. Beliau yang berasal dari Johor adalah seorang doktor yang berdisiplin terutamanya dalam pengurusan masa.
Namun semalam, dia tidak muncul di klinik seperti biasa meskipun beberapa prosedur kerja dalam menghubunginya tidak berjaya. Boy dan tiga lagi rakan setugas diarahkan untuk ke rumah Doktor Lim Tow Kiat di Taman Bunga Tulip, Tawau.
(Rumah kediaman Dr Lim Tow Kiat di Taman Bunga Tulip.)
Bernama memetik Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata terdapat kesan luka di bahagian belakang kepala dipercayai akibat pukulan senjata tumpul.
Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya doktor itu dibunuh kira-kira lapan jam sebelum mayatnya ditemui.
“Tidak ada harta benda mangsa yang hilang sama ada wang ringgit atau barang bernilai lain. Satakat ini, kami percaya kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan orang yang dia kenal kerana tiada tanda rumah itu dipecah masuk,” katanya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
(Pegawai polis yang berada di tempat kejadian.)
Sumber gambar: Amir Anuar
Kisah Doktor mati dibunuh di Tawau.
.
Komen Rakan FB
Powered by Facebook Comments






suichi
Dec 09. 2010
geraaam~~~
Reply
rita
Dec 10. 2010
hohoooo.. ngeriiii
oOoo kak maya, aku ada wat n3 ni jgk, link dengan kakak yah..
Reply
Maya reply on December 10th, 2010 11:43 AM:
ok rita
Reply
Budi Hermawan
Dec 10. 2010
kalau aku pun mungkin trauma kalau jadi c boy.. rumah dr lim ni berhadapan dengan rumah parents ku d tmn bunga tulip tu.. last week sempat jumpa dia d cnb sebelum aku balik Tawau.. tidak sangka itu yg terakhir jumpa mendiang..
Reply
Maya reply on December 10th, 2010 7:09 PM:
doktor baik bah Budi, siapa pun tidak sangka.. apa pun semoga yang bersalah dibawa ke pengadilan.
Reply
Gen2Merah
Dec 11. 2010
terasa kehilangan plak kan…
Reply
merahcjata
Dec 16. 2010
nice summary;-)
Reply
Maya reply on December 16th, 2010 6:27 PM:
sinopsis besa2 saja baini amir, based on rspond story and news.. btw thx for ur support
Reply
merahcjata reply on December 16th, 2010 7:23 PM:
ok ba kalau kau……..hikhik
Reply
joy
Dec 18. 2010
i’m a fren of this dr. bfore.
he’s a manager of a dragon boat team bfore! he’s passion for this sport bring us all enjoyment,
he help me as well as others…
Reply
Maya reply on December 18th, 2010 2:35 AM:
may god bless dr lim
Reply