Pencawang SESB Tawau Terus Jadi Sasaran Pencuri


Pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Tawau terus menjadi sasaran pencuri kabel tembaga di sini dengan tiga kes kejadian dicatatkan pada bulan ini sahaja.

Kegiatan mencuri kabel dari pencawang SESB berkenaan bukan sahaja merugikan SESB tetapi mengganggu keselesaan ramai pihak terutama pengguna kerana setiap kali pencerobohan maka gangguan bekalan elektrik turut berlaku di kawasan berkenaan.

Pengarah Urusan SESB Ir Abd Razak Sallim berkata kes terbaru berlaku pada Isnin lalu, kira-kira 6.51 petang di pencawang agensi itu di Takada mengakibatkan bekalan elektrik di Taman Dingin, Taman Berkeley, premis kedai Takada dan kawasan sekitar terputus lebih dua jam.

“Kerja-kerja pembaikan kerosakan dibuat serta-merta dan bekalan elektrik dapat disalurkan semula ke kawasan terjejas pada 9.07 malam pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

TAWAU, 20 Jun – Bernama

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

2 Responses to “Pencawang SESB Tawau Terus Jadi Sasaran Pencuri”

  1. Mus

    Jun 23. 2012

    bodoh ba pencuri tu.. menyusahkan orang lain..
    kalau tersilap.. mati kena karan tu
    Mus recently posted..Promosi Sempena Perlantikan CEO Baru AirAsiaMy Profile

    Reply

    Maya reply on June 25th, 2012 3:03 AM:

    sanggup ba dorang cari rezeki dengan cara sebegitu.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge