Anda pernah memberi wang kepada peminta sedekah? Tipulah kalau tidak pernah, paling tidak pun, pernah terdetik niat suci di hati ingin menderma kepada yang memerlukan. Tetapi, benarkah insan yang anda derma itu adalah mereka yang benar-benar susah dan anda memang patut menderma wang kepada mereka? Peristiwa yang aku alami di Tawau ini mungkin boleh menjadi teladan kepada rakan-rakan, apatah lagi orang Tawau… baca dan komenlah.
Peristiwa 1
Aku sedang makan petang bersama seorang teman (sebenarnya makan tengah hari, tapi masa tu dah pukul 3 petang) di gerai si Ruga, di Kongfah. Dalam sedap menghabiskan makanan yang diorder, tiba-tiba bahuku terasa dikuis-kuis guna hujung jari dan apabila aku memaling, seorang lelaki lingkungan 25+ yang tidak aku kenali berkata perlahan kepadaku…
“Kak, minta satu ringgit, mahu makan,” Aku perati mamat tu, aku lihat dia sihat, lengkap panca indera, tiada yang terencat pun, aku ragu lalu aku tanya kenapa minta duit sedangkan dia mampu bekerja. Lelaki tu balas camni…
“Aku tidak mampu kerja kak, aku sakit kuning, doktor larang buat kerja,” sambil dia tunjuk satu surat berukuran setengah A4 dalam keadaan ronyok dan dalam bahasa Inggeris. Di dalamnya tercatat cara pengambilan ubat dan ramuan ubat.
“Kamu kalau mahu menipu, jangan cara begini, ini surat ubat, bukan surat dari doktor cakap kamu tidak boleh kerja…” Kataku sambil tenung garang kepada pengemis tidak sedar diri ini. Tiba-tiba, mamat itu dengan pantas mencekup seketul sayap ayam lelek tanpa malu, tanpa kuizinkan, tanpa dia gunakan otak, laluberlalu ke meja sebelah. Kurang ajar!
Peristiwa 2
Lokasi di gerai makan Sabar Menanti, tengah hari, aku bersama rakanku yang kelaparan sedang menunggu order Nasi Mbak Gebok dengan penuh kesabaran. Dua orang budak berumur kira-kira 10 tahun agak comot, siap ada misai ingus, menghampiri kami.
“Kak, minta duit, mahu makan,”
Kata kawan aku, “kalau ko lapar, mari sini duduk, abang belanja kamu,” Mulanya budak-budak tu tidak mahu makan, nak duit, tapi selepas dipujuk, mereka duduk sambil matanya meliar melihat sekeliling kiri kanan. Selepas order yang dipesan sampai, tiba-tiba 5 orang budak lain dengan bahasa asing hampiri meja kami dan mengelilingi dua budak tadi dan makan dengan lahapnya sambil ketawa. Kawan aku bengang, yang makan bukannya dua budak tadi, tapi 5 orang rakannya tadi, siap tanya kami boleh orderkah bang…
Kini setelah beberapa peristiwa, aku mula mengenali identiti sebenar pengemis di Tawau:
- Pengemis di Tawau ni sebenarnya kaya, siap masukkan duit di bank hasil pencarian mereka setiap petang.
- Pengemis kanak-kanak dikawal oleh sendiket, dan aku pernah jumpa kanak-kanak yang sama aku temui di Lahad Datu dan Kunak. Bila ditanya, mereka akan lari.
- Pengemis watak seorang ibu dan dua orang anaknya sebenarnya bukan anaknya tapi anak jirannya di kampung halaman mereka untuk dieksplotasi agar orang ramai kesihan pada nasib mereka yang merempat, tidak mempunyai wang untuk menyara hidup. Walhal, setiap hari bila balik naik teksi, berpakaian elok-elok, beli makanan lagi sedap daripada yang aku makan setiap hari.
- Ada geng pengemis kanak-kanak yang meminta sedekah dengan pelanggan kedai-kedai yang terbuka akan turut mencuri, kerana mereka mengamalkan konsep sambil menyelam, minum air.
- Pengemis kanak-kanak akan menghabiskan hasil mereka dengan bermain ting-tong di Sega, main CS di CC, hisap gam dan tidak hairan akan menghadiahkan keluarga mereka dengan barang kemas.
Peminta sedekah yang aku maksudkan di sini bukanlah orang gila atau gelandangan yang merempat dan memegang kunci Tawau. Golongan special case ini tidak boleh diapa-apakan kerana sudah sah mereka ada mental problem, kalau anda kerjakan, anda boleh didakwa atas kes mencederakan pesakit… harus waspada
Comments
Powered by Facebook Comments









ish3.. harus di basmi nie… sapa yg harus bertanggungjawab ar??
Reply
carik ja dorang ni kat tawau lama tu…. gerenti jumpa…. dorang ni sihat, tak sakit mental pun… cuma ada sesetengah org dewasa tu jer… cuma dorang ni malas cari kerja sebabnya ialah mereka ni takde surat lahir atau ic…. kalo tak caya cuba tanya….
Reply
kalau ikutkan kat internet pn byk pengemis. yg letak advertising n harapkan pembaca mengklik huhuhuhu..
(termasuk diri sendiri)
Reply
ada org tu dpt klik byk tapi mana lala aku wei keroro
hahaha
Reply
tu lah org ym x berjwb mana nk dpt lala
Reply
ya di internet paling banyak peminta sedekah.
Reply
alalala..beas la ba 2 kalu setakat d tawau ni..maca2 ada..buata nda tau jak ba kalu ada budak2 2 dtg mintak duit kalu time2 ko minum abc diorg dtg..kalu nda pun ko gertak jak cakap ada polis mau dtg..terus belarian tu..pnah aku kasik sedekah kan..bukan mengungkit tapi membangkit jak la..hhuhuhhuh..aku kesian la sama 1 budak ni..balik2 aku suruh berambus tinggal jak d tepi ku tadah tangan nya..baccat sdah aku,aku kasik jak la…alalalalal…kimak..terus datang plak kroni2nya kumpul aku..sial eh..semua memintak..lagi 1 pnah jugak aku kasik budak2 2 duit kan..sekali aku jumpa plak budak 2 main benggol d kong ming..rasa menyesal sungguh..nda d bagi kesian plak..d bagi jadi macam2..lippu akak…
Reply
hmm, di johor satu ketika dahulu tidak kurang hebatnye kes macam ni, sejak ku pindah tak tahu la keadaannye sekarang. ada yg sambil mengemis boleh jual cd haram. heran betul kan.
Reply
uhuk.. byk d ABC dkt hiway(skrg ni tutup sdh)..
byk jgk d hujung2 tmn pmainan hiway..
sial tul laa..
aku tgh dating p plak mntk2 sm aku…
tp pngalaman ku kalo jmpa bdk2 cmni aku slalu kasi men2 dorg..
pa lg kalo aku dgn kwnku..
dtg2 mntk jak trus aku buat2 cm mo ngorat bdk tuh..
mntk no hp dr dorg laa..
rs kan.. puas ht ku..
Reply
klu kau jumpa dorang…….kau bg nasihat la skit…….bg pendapat ka supaya dorang ble maju……klu aku, aku bgdorang 0.50….pastu suruh pg tanam jagung……….hasilnya ble la jual…….ada jgak duit…..hahahahahah……
Reply
bgus jgk kalo dorg mo p tanam jagung..
kalo pas dpt duit dorg trus p men goncang buat pa..
dorg ni jenis yg xdgr ckp..
cukp suru dorg brambos pn mo ckp 10 kali bru brambos..
2 pn tem kt suru brambos pn sempat lg kuis bahu..
mendatangkn bacat jak..
Reply
…antara mazmummah utama yg mhilangkn bahagia d hati ialah.. BAKHIL ~ sentiasa merasakan org lain menginginkan harta, ksenangan, pangkat dll dr dirinya. Contohnya sentiasa bdalih mgatakn ia tiada duit. (Rezeki yg dberi oleh Allah elok dkongsi bersama.., Allah lebih syg org yg fasiq ttp pemurah TETAPI benci org yg abim ttp bakhil. Krn walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap mberi manfaat pd org lain krn kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk… (sumber dr melayari internet, web dh lupa) ..fikir2 kn lah..
Reply
Ini bukan kes bakhil bah dann. kalau ko di Tawau ko akan faham situasi yang macam mana aku maksudkan di atas.
Reply
memang elok klu harta d kongsi bersama…contohnya time bayar zakat…tapi klu tenaga cukup utk pg kerja tapi pg minta sedekah….itu lebih2 sdah 2….
Reply
ya lorh…
sbut pasal pengemis d twu ni..mmg sial gak dorang nih…
ari 2 kami lepak d ABC dkt quong ming..ada sorang tua nih..mintak duit kat kitorang…tp kitorang kata kami bagi dia mknn la..dia cakap ya..so kmi p beli la…pas2 kami nak bagi kn..ada ka patut dia p marah kami..dia kata dia nak duit bkn nak mknn..punya la bengang..tp kami bagi gak..sbb dia tua dow..
Reply