Pemberontakkan Jiwa Remaja Tawau
<p style=”text-align: center;”>
Jauh di pelusuk kampung samada di tepi2 jalan atau di bawah2 pokok yang rendang, pasti ada saja si tukang teriakan yang melolong tidak kira siang atau malam. Kadang selalu dan selalu-selalu kemunculan mereka boleh menaikkan tekanan darah sang ibu atau bapa mahupun si jiran tetangga.
Anak siapakah itu, siang malam teriak, lepak sana sini bawa gitar tong. Oii budak, bagus kamu balik mengaji… baik bantu bapa kamu cuci kereta dari kamu bising2 di situ…
Si anak remaja lalu terus berteriak tidak perdulikan apa lagi gelaran yang dilemparkan kepada geng mereka. Apa aku peduli, yang penting aku happy… Lalu diconteng di dinding pagar jirannya “kami remaja memberontak”

Bicara graffiti dan musika depan MPT, Tawau,
Itu antara senario yang sering masyarakat kita lalui dan menyedari kekusutan akibat pemberontakkan jiwa remaja, Jabatan Belia dan Sukan Tawau tampil menganjurkan satu program berguna untuk remaja belia Tawau. Program Klinik dan Pertandingan Graffiti itu yang menariknya diisi perjalanan programnya dengan persembahan musika jiwa remaja. Maka beraksilah kumpulan band tempatan yang aku amati amat komersil lagu dan iramanya.

Tahniah remaja Tawau.
Yeahsterday (Rock and Rolla) -Boy, Akmal, Alai, Awang | SickRoll (Punk Rawk) -G, Pok, Chandra | Symphonize (Core Metal) -Along, Aned, Nuar, Zue, Burn | T-Shirt Lama – Adam, Wiwiek, Lhan, Haidir | Awan Merah (Indie Rawk) – Mejan, Celang, AP, Awang | Tawau All Star Lens. – Mir, Aby, Rico, Guntur | Melody & Memories – Pojiek, Syawal | Ox Blood Oi! (Oi!) – DrRingDing, Boots, Ask, GG. | Noisy Crush (Grunge) – Eluk, Pak Tam | EVA (Indie) Fandi, Kilix, Juice, Tam | The Green Light (Indie Traffic) – Fazli, Lan, Wan, Zam | The Purnama (Patriotik Romantik)

Ucap kata perasmian yang penuh makna.
Datuk Hamisa Samat mewakili Datuk Ghapur Salleh di perkarangan MPT, jam 4 petang, cuaca petang yang masih terik.
“Saya juga ingin membuat sedikit seruan kepada badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta, badan-badan bukan kerajaan serta individu-individu perseorangan di luar sana supaya tampil ke hadapan menyumbang ke arah pembentukan generasi belia di kawasan kita.
“Saya melihat usaha ini amatlah baik kerana saya yakin, program yang diadakan ini amatlah menepati jiwa dan kehendak generasi belia kita, khasnya yang berada di daerah Tawau dan di Parlimen P191 Kalabakan.
“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi oleh Jabatan Belia dan Sukan Tawau pada masa-masa akan datang agar lebih ramai lagi golongan belia kita berpeluang menimba ilmu dan kemahiran sebegini.
“Selain itu, jauhilah juga sebarang gejala sosial mahupun sebarang aktiviti yang tidak berfaedah, sebaliknya jadikan budaya menuntut ilmu sebagai budaya di dalam kehidupan adik-adik seharian.
(bait2 ucap rasmi itu ada diucapkan dalam perasmian itu)
Ditulis Oleh Maya –
Hasil tulisan saya ini adalah buah fikiran dan pendapat saya melalui pemerhatian dan penelitian saya sahaja. Sekiranya ada yang tidak kena, maafkan saya dan anda boleh Email Saya untuk keterangan dan pertanyaan lanjut.



11 Comments
sorry sis ari tu lambat amek kehadiran..pastu awal pergi..
bagus jugak sebenarnya…at least kita ada event yang dekat dengan hati..maksud aku dengan anak-anak muda laa…
dalam event nie, aku sebenarnya tertarik sama grafiti dengan persembahan skaters tu…yang part gigs tu, aku nemau cakap lebih2..
=)
sankai’s Terkini di blog…Musik & Grafiti
Reply
bagus jugak kalo buat aktiviti ni slalu…. tapi, jangan p conteng dinding bandar tawau ni dah ler…
friendly’s Terkini di blog…Dirty Jobs : Boiler Overhaul
Reply
Bayangan sub budaya orang muda Tawau yang menular melawan arus budaya perdana..jika ditangani dengan cara yang positif.. pasti satu Tawau, Satu Malaysia kita maju pada meterialnya mahupun moralitinya…seiring gitu-gitu…mungkinkah?
Reply
Salam owner.. dalam saya berjalan2 meneroka d googling tentang tawau, saya terjumpa website ni, yes ! website ni menarik perhatian saya, hehehe.. langsung membaca isi kandungan yang teradapat disini, herm.. suka sya baca.. apa pun salam ziarah
ZELL’s Terkini di blog…KOLEJ KOMUNITI TAWAU
Reply
sankai: faham juga bah ko bz hari tu kan… tambah lagi dengan kematian itu.
agus: graffiti paling banyak pernah aku saksikan di dinding tangga si sankai.
hatibudak:komenmu jugalah yang bergaya, bermutu dan penuh keunggulan.
zell: welcome utk zell. blog ini biasa2 saja.kalau mau kenal yg advance di Tawau ni, join Tawau Bloggers Unity
Reply
ak suda balik tawau…gumbiranya..sayang plak ak telepas acaranya..biasa la bha 2 budak2 beteriak d depan rumah..d tepi2 jalan..boring bha..
pelastikbintang’s Terkini di blog…Dua Kali!!
Reply
maya tumpang tanya , napa slow sungguh nk loading blog ni skang. hosting mana pakai ni?
Reply
bukannya memberontak tapi kami cuma indak puas hati bah adakah doirang cakap kami bugis pendatang.Bilo kami tunjuk dengan diorang kami punya i.c diorang cakap kami punya i.c jero-jero.Adilkah macam tu……
Reply
kamu ndak ajak aku bha… law ndak blh jgak aku pigi MPT tu pakai uniform TBU… aku dtg hari tu pun sbb kawan ku ajak,…. tp aku jmpa jgak la korang… hehehe…
junaidi’s Terkini di blog…400 font istimewa untuk di download
Reply
blooger yang bgus skali. first time aku bukak ni. memang bnyak informasi aku dapat. maklumlah kan aku jauh dari tawau jadi aku mau tau jgak lah perkembangan di tawau.
teruskan usaha mu…………
Reply
wuuu ha!!
bangganya aku ada juak org tawau..
thanks for owner…
sbab buat website ni..
Reply