
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Ramli Ali Mat cedera parah ditikam di kediamannya di Taman Ria 5, di sini awal pagi ini.
Menurut jurucakap polis, Ramli kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau dan keadaannya dilaporkan stabil.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata kes berkenaan dikategorikan sebagai kes samun.
“Sebuah komputer riba dilarikan perompak berkenaan,” katanya.
Beliau berkata polis telah melancarkan operasi memburu suspek berkenaan, bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Noor Rashid berkata Ramli sudah menjalani pembedahan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Katanya sekitar jam 3 pagi, Ramli terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi bising dan melihat seorang lelaki berada di depan bilik anaknya di tingkat atas dan ketika cuba menangkap lelaki berkenaan, lelaki itu tiba-tiba menikamnya.
Sementara itu, isteri Ramli, Julie Gatansan, 46, berkata ketika kejadian suaminya hanya tinggal seorang di rumah kerana beliau dan enam anak mereka berada di Kuala Lumpur bagi menguruskan pendaftaran pengajian mereka.
Menurut Julie, selain seorang lelaki di tingkat atas, beliau juga dimaklumkan terdapat empat lagi lelaki berada di tingkat bawah rumah itu ketika kejadian.
Katanya selepas ditikam, Ramli sempat menghubungi kakaknya (Julie) dan anggota polis yang tiba di rumah itu kemudiannya menghantar Ramli ke Hospital Tawau.
Katanya, beliau bergegas pulang ke Tawau dengan penerbangan jam 7.20 pagi selepas dimaklumkan kakaknya mengenai kejadian yang menimpa suaminya.
Anak sulung Ramli, Fazli, 23, pula berkata pencuri berkenaan masuk ke tingkat atas rumah mereka dengan memanjat kereta.
Ramli memangku jawatan Ketua Polis Daerah Tawau sejak bulan lepas setelah ACP Jaafar Mohd Yusof (kini SAC I) dinaikkan pangkat dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 1 Dis 2008.
Sumber: Bernama 3 Januari 2009
Gambar: Kosmo & Fahmi
Comments
Powered by Facebook Comments









patutlah ada road block smalam depan balai.
romzi’s Terkini di blog…Selamat Menyambut Maal Hijrah
Reply
sesetengah akhbar menyatakan…ditikam dengan pisau bugis…
Reply
wah… cantik gambar… cam kenal jak…
Reply
Salam.
Semoga Tuan Ramli tidak apa-apa. Beliau merupakan seorang anggota polis yang baik.
P/S:
Macho gambar Tuan Ramli di atas tu ya. Dari mana sumbernya?
Reply
Maya reply on January 6th, 2009 2:20 PM:
Sila rujuk sumber
Reply
The Writer reply on January 6th, 2009 7:13 PM:
Haha. Ok.
The Writer’s Terkini di blog…GIANT VS SURVEY
Reply
luv u dad…
he is recovering..
pray for him guys..may ALLAH bless you..
Reply
Fadzli thanks for coming…
Ayah Fadzli sentiasa bersama dengan doa orang Tawau.
Reply