9

Patutlah suratku tak sampai-sampai!

post

Bikin panas… patutlah bil telefon, Astro, biz latter tidak sampai-sampai, rupa-rupanya ini kerja dorang. Macam mana kalau surat-surat penting ini dibuka orang lain atau dibuang dan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakannya sedangkan semua tahu, surat sedemikian semestinya mempunyai segala info penting, nombor akaun, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Ceritanya bermula begini… Sebelum naik tangga, aku tersempak dengan Posman dan aku senyum, dia pun senyum sebab dia tahu aku menyewa lot kedai di atas. Bila aku naik tangga, aku nampak ada kertas macam surat, diselit di celah kekisi tangga. Aku ingatkan sampah, atau promosi along, bila nampak, eh ini nama aku, suratku! Wallaney… patutlah surat aku berkurun lamanya tak sampai-sampai. Bila buat aduan, surat dah di kirim awal. Rupa-rupanya selama ini, surat-surat aku diletakkan di situ, bukannya di lot kedai yang aku sewa.

Sebelum ini ramai yang telah beritahu bahawa posman yang menghantar surat selalu silap hantar surat, ataupun simpan di tangga saja. Aku tak kisah sebelum ini sebab aku tak nampak sendiri apa yang posman buat. Tapi hari ini, sah memang mamat posman itu yang buat.

Kepada POST Malaysia terutamanya yang di Tawau ini, bertindaklah bagi mengatasi masalah ini. Aku dapat tau, ini bukan kes pertama di kawasan West Point Complex, lebih ramai lagi yang kehilangan surat. Contohnya Pusat Service DCL Kawasan Tawau, banyak surat mereka juga hilang, sedangkan surat-surat tersebut adalah claim persen untuk kerja mereka sebagai stokis jualan langsung. Aku pula, bil telefon selalu tidak sampai, kalau sampai pun, lewat sebulan atau dua bulan. Wahai posman, kamurang tahu membacakah? Alamat surat aku terang-terang merujuk kepada lot kedai yang aku sewa ni.

Satu hal lagi, kalaupun mereka tidak cam di mana alamat surat itu, kan di belakang setiap surat rasmi ada kenyataan bahawa kalau surat itu tak sampai ke alamat, kirim semula ke alamat pengirim.

Untuk tindakan lanjut, aku telah buat aduan dengan menghantar email csc@pos.com.my Customer Services Centre POS Malaysia.

Tambahan terkini, perkhidmatan email POST Malaysia di www.pos.com.my bagi aduan submit form gagal berfungsi. The transport failed to connect to the server.

DAMN.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2008, Aduan Tags: , ,

Recent Posts

Bookmark and Promote!

9 Responses to "Patutlah suratku tak sampai-sampai!"

  1. starwalker says:

    haih!.. aku pun marah gak, secari antar manual x leh.. online pun x leh. x leh harap lansung

    Reply

  2. friendly says:

    sabar je la sis…. memang camtu keje mereka… aku pun pena kena gak… adakah patut surat aku d antar p kilang sebelah… sib baik yg jumpa surat aku tu member aku jua…

    Reply

  3. menteil says:

    patotnyer ko kejar posman tu..
    pas tu ko taji ar buah pinggang dia…

    Reply

  4. Maya says:

    Aku masih menunggu balasan email daripada Pos Malaysia mengenai hal ini. Sakit hati masih ada sebab dah banyak surat dia hantar cara tu.

    menteil: Huhu, dia dah blah laju dgn kapcai dia.

    Reply

  5. aku says:

    Alhamdulillah, selepas mengirim email menggunakan email sendiri ke csc@pos.com.my, akhirnya ada feedback mereka melalui email dan juga telefon. Mereka minta maaf dan terima kasih atas aduan yang membina… ayat email aku tu pun taklah yang macam di sini, ala formal gitu. Kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah yang sama, jangan duduk diam, ambil pix, dan emaillah aduan anda.

    Reply

  6. hery says:

    hurmmm.. naseb surat sambung skola ku x begini… fuhh!! syukorrrrrr…

    Reply

  7. wspang says:

    This Pos malaysia really hopeless. Telekom always said i didnt pay my bill, i dun event got the statement how i know how much i should pay????
    Useless POS malaysia.

    wspang’s Terkini di blog…Hopeless POS Malaysia !!!

    Reply

    Maya reply on December 31st, 2008 10:36 AM:

    wspang: kalau sampai pun mesti bil dua bulan lalu… aku selalu pergi telekom mesti minta bil dulu, baru bayar…

    Reply

  8. Razak says:

    tlampau lh bh…report jak bh…ndak da urusan posman mcm tu..makan gaji buta..

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.