Pantang Bugis Hari Nahas Tahun

Aku baru terbaca blog Rina, seorang sahabat yang aku kenal melalui TBU dan antara yang menarik untuk aku katakan di sini ialah mengapa orang Bugis selalu berpantang larang apatah lagi untuk berjalan jauh.  Menurut kes Rina, dia sekeluarga akan mengerjakan umrah namun masing-masing duduk berasingan iaitu berlainan rumah.

Amalan ini pun pernah aku amalkan sebelum ini ketika adikku akan melangsungkan perkahwinan di Semenanjung.  Kami sekeluarga kena berkumpul bersama-sama, iaitu bermalam dan keesokan paginya akan bertolak pada masa yang sama. Itu satu hal, pantang yang seterusnya, sekiranya ada yang bertolak lebih awal, kena bertukar pakaian sebelum menaiki kapal terbang.  Aku mulanya begitu protes dan bagiku ianya merumitkan diri sendiri.

Menurut orang tua-tua Bugis (aku Bugis Bone), mereka berbuat demikian kerana hari itu adalah hari nahas tahun.  Apa itu nahas tahun? Hari itu adalah hari permulaan tahun, hari yang sama pada hari jatuhnya hari awal muharram.  Misalnya tahun ini, 1 Muharram itu jatuh pada hari Jumaat, maka setiap hari Jumaat, ianya dianggap hari yang panas, hari yang tidak sesuai untuk memulakan sesuatu.

Jadi dalam kes di atas, perjalanan yang jauh yang jatuh pada hari Jumaat memerlukan amalan untuk meneutralkan diri daripada ditimpa musibah.  Apa amalan itu?  banyak caranya, antaranya yang dibuat di atas iaitu bermalam di satu rumah lain semata-mata tidak membawa petaka malang itu.. wallahu a’lam…

Kebaikan amalan di atas ialah kita sebenarnya digalakkan untuk mempunyai kesedaran untuk melakukan sesuatu iaitu berkumpul beramai-ramai satu keluarga sebelum memulakan perjalanan jauh.  Bukankah mudah untuk mencapai kesepakatan sekiranya semuanya sudah berada dalam bumbung yang sama.  Mana yang tidak lengkap, boleh dilengkapkan, segala yang perlu dan tidak perlu dilakukan di tempat yang dituju itu dapat dikongsi bersama.

Pokoknya, ianya memupuk ikatan kekeluargaan untuk mencapai apa yang dihajatkan dari perjalanan jauh itu nantinya.  Macam Rina, dia boleh berkongsi pengetahuan dengan ahli keluarganya yang pernah mengerjakan umrah sebelum tiba di Tanah Suci Makkah.  Semoga selamat perjalananmu Rina… Amin.

Mungkin ada yang mula mentertawakan pantang-pantang amalan Bugis ini, mempercayai hari nahas tahun.  Namun bagi aku, sebagai anak Bugis, aku tidak melihat sesuatu amalan itu sebagai amalan kuno, khurafat, ketinggalan zaman… tapi aku berniat di hati untuk mengambil yang baik dari satu-satu amalan itu. Semua yang baik itu datangnya dari Allah, sudah ditulis rezeki, jodoh dan ajal maut kita….

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

11 Responses to “Pantang Bugis Hari Nahas Tahun”

  1. sabrina

    Apr 08. 2010

    thanx sis..suda aku tanya napa tp dorg ckp jak “pimmali” org bugis bilang..
    bukan jak kena stay 1 rumah sblm berangkat..1st masa d suruh packing brg tu pun mamaku bilang dak bleh packing brg berasingan jd terpaksala laik aku angkut smua brgku yg mo d bawak tu p rumah sebelah hahaha..sebenarnya family kami dakda la yg telampau ikut pantang larang bugis ni sebab kdg2 dak masuk akal d rasa..tp kluarga2 dekat slalu ingatkan jd mamaku ikut jaklaa..kebetulan kami bertolak hari jumaat jd dorg ckp pantang jalan jauh hari jumaat cuz ari sial bilang..jd kena stay 1 rumah sehari sebelum berangkat..aku pun dak paham napa dorg bilang hari sial @ tidak baik tp kan ari jumaat tu hari baik..penghulu segala hari..kompius2

    Reply

  2. Adry Sabry

    Apr 08. 2010

    Hahahahhaa… haih… kengkadang bukan senang ooo… biarpun kita rasa tak masuk akal ka… tak suka ka… tapi kalau keluarga dah suruh ikut jak la… tapi ingat… bila ikut mana mana pantang larang tu… jgn sampai kita beriman dengannya… cukup sekadar untuk mengelakkan sesuatu musibah yang lebih besar yakni pergaduhan sesama keluarga… tapi kalau benda tu terang terang syirik atau khurafat… biar keluarga cakap apa… tinggalkan jak… yang penting pandangan Allah sama kita… pandangan manusia tak bernilai da…

    Reply

  3. Maya

    Apr 09. 2010

    @Rina: Ndak pa lah Rina, ambil saja yang baiknya.. macam dak bleh packing brg berasingan tu, ko anggap jak satu senaman untukmu bila terpaksala angkut smua brg yg mo d bawak tu p rumah sebelah. Hehehe…

    @Adry: Ada juga beberapa amalan tu sememangnya terang2 tidak masuk akal, macam mappallepe hajat (lepas hajat) di pokok2 besar, bawa sokko, bawa ayam likku utk letak di bawah pokok itu… cuma mcm yang ko sarankan, bila ikut mana mana pantang larang tu… jgn sampai kita beriman dengannya atau terpesong dari ajaranNya.

    Reply

  4. mirekz

    Apr 13. 2010

    ni pun 1 lg amalan yg slalu org tua ku amalkan,sblm prgi jln jauh,kena tnangkan fikiran dlu sbelum brangkat…

    Reply

  5. sankai

    Apr 15. 2010

    kadang-kadang, benda nie semua ada betulnya jgk..sebenarnya orang dulu-dulu ada banyak pantang larang dan amalam yang bagus dalam digunakan kehidupan kita seharian…
    .-= sankai´s last blog ..400 =-.

    Reply

  6. romc

    Apr 19. 2010

    teringat aku ada arwah sepupuku, kalau maknya ma’baca2 yang guna kemenyan dia ndak mo makan tu sokko.

    Reply

  7. MaTgA|BeR

    Apr 20. 2010

    bugis tetap bugis….i like…

    Reply

  8. fazil

    Apr 21. 2010

    memang byak pantang larang dlm suku Bugis…. namun selagi ianya tidak bercanggah dgn islam bg aku tiada masalah…. namun ada juga kebaikan nya…

    Reply

  9. sabrina

    Apr 23. 2010

    hehehe..aku suda kembali..
    tp yg dak masuk akal tu yg men ambur2 beras tu ba adeh..mmg familyku dak amalkan tu tp masi byk kluarga2 aku tgk buat gtu
    .-= sabrina´s last blog ..home sweet home~ =-.

    Reply

  10. rahim

    Nov 28. 2013

    adat tetap di pertahankan….hidup bugissssss

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Umrah Haji dan pengajarannya… :Yesterday…Today…Tomorrow… - 09/04/2010

    [...] aku balik rumah… online… aku terbaca plak pasal pantang larang bugis di blog sis maya… puadede.com … dan juga catatan terakhir si Rina sebelum dia berangkat [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge