Pameran Kebudayaan Tawau FKAT 2012: Kisah Discover Tawau

KISAH permulaannya berkisar tentang penat, sakit badan, tekanan dalam menyiapkan misi pameran Discover Tawau, sebuah kumpulan pencinta sejarah daerah Tawau, Sabtu lalu. Segalanya dipendam, dikongsi dan diselesaikan bersama dan ternyata benarlah peribahasa kita, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Pameran-Discover-Tawau-1

Seminggu sebelum pameran, Abang Azlan Laudin Martin, seorang yang aku anggap komitmen dan konsisten dalam menggerakkan aktiviti Discover Tawau memaklumkan ada perjumpaan perbincangan pameran di rumahnya. Di sana yang hadir cumalah beberapa orang namun tidak menghampakan kerana apa yang kami bincangkan di sana membuahkan hasil. Segala idea itu menjadi panduan dalam proses menterjemahkan aktiviti dan misi Discover Tawau.

Sehari sebelum hari kejadian, bila dimaklumkan keadaan tapak pameran, kelengkapan membuat pameran yang kurang, bahan pameran yang memerlukan kos dan beberapa masalah diluar jangkaan… kami membulatkan nekad dan tekad, menyiapkan khemah pameran dengan kemampuan yang ada, buat sehabis baik dan yang penting happy. Jam 1 pagi barulah segalanya selesai.

Pada hari pameran berlangsung, seawal pagi jam 6 lagi abang Azlan sudah menapak di sana menyiapkan kerja yang tertunda sementara aku bergegas membuat album ekspedisi Silimpopon. Discover Tawau junior dengan keyakinan dan kesungguhan yang ada juga bersiap sedia menerima kunjungan orang ramai meskipun itulah pengalaman mereka buat kali pertamanya.

.

Jam 10 pagi khemah pameran mula sesak dikunjungi ramai orang, pelbagai respon kami terima, ada yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Yang mengharukan aku ketika itu, seorang pengunjung yang mulanya tidak memperkenalkan diri memberitahu apa yang Discover Tawau usahakan patut mendapat perhatian semua pihak. Katanya penerokaan mengenali sejarah tempatan sememangnya sukar kerana sumber rujukan yang terhad. Aku katakan kepadanya, apa yang kami lakukan adalah mengikut sumber tempatan terutamanya dari gambar, perkongsian sumber orang lama sebelum meneroka dan mencari bukti kebenarannya. Lama berkongsi cerita dengannya, rupanya dia adalah seorang ahli akademik di sebuah universiti.

.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan impian Discover Tawau dalam pameran Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012. Sekalung penghargaan kepada dermawan yang menyumbangkan dana, mereka yang meminjamkan peralatan pameran juga tenaga kerja untuk pameran ini. Apa yang kita lakukan hari ini adalah satu sejarah hidup yang pasti akan dikenang dan dikongsi bersama dalam lipatan sejarah Tawau.

.

.

Related Posts with Thumbnails

Komen Rakan FB

comments

Powered by Facebook Comments

Advertisement

8 Responses to “Pameran Kebudayaan Tawau FKAT 2012: Kisah Discover Tawau”

  1. sankai

    Feb 13. 2012

    rasa cemburu sebab aku tidak dapat join. huh T_T
    sankai recently posted..Owhh FebruariMy Profile

    Reply

    Maya reply on February 14th, 2012 12:32 AM:

    ala bukan lama kan ko ndak join… palingan pun FKAT ke-5 atau FKAT ke-6 ko dapatlah beraksi semula di sini.

    Reply

  2. budaini

    Feb 13. 2012

    biar penat tapi berbaloi… terbaik…!
    budaini recently posted..Aturcara Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2012.My Profile

    Reply

    Maya reply on February 14th, 2012 12:34 AM:

    agus, ko juga bah harapan
    Maya recently posted..Pameran Kebudayaan Tawau FKAT 2012: Kisah Discover TawauMy Profile

    Reply

  3. Sam Mikli

    Feb 13. 2012

    Assalam alaikum

    Tuan Maya

    1. Gambar-gambar lama itu menarik perhatian (gambar kenderaan). Rasanya banyak lagi gambar-gambar lama yang terdapat di dalam simpanan “orang-orang vateran” Tawau. Ia boleh dijadikan “dokumen hidup” untuk generasi hadapan.

    2. Meriam – itu meriam buluhkah? Atau meriam yang diperbuat daripada tembaga? Sedikit mirip dengan meriam buluh. Atau benar-benar meriam buluh.

    3. Topi medan tempur itu dapat dari mana?

    Moga pameran kebudayaan sebegini berterusan kerana ia melambangkan tamadun masyarakat daerah Tawau.

    Adieu…

    Reply

    Maya reply on February 14th, 2012 12:39 AM:

    Tuan Sam Mikli…

    1.Yang dipamerkan itu bukanlah gambar asal… tetapi yang sudah discan dan diliminate. Kami dapatkannya dengan kebenaran pemiliknya.

    2. Meriam buluh yang hanya untuk replika sahaja, secara spontan saja dibuat sbb ada lebihan bambu masa tu… menggamit kenangan bah benda tu.

    3. Dibeli dari pemiliknya.

    FKAT sudah menjadi acara tahunan di Tawau, memang bertuah jadi warga Tawau.

    Reply

  4. Adi

    Apr 30. 2012

    Salam

    Adakah gambar lama bandar Tawau masih terdapat di simpanan puan? bolehkah dipinjam untuk jadi bahan rujukan?

    terima kasih

    Reply

    Maya reply on May 3rd, 2012 1:50 PM:

    salam… saya tidak keberatan untuk berjumpa dengan saudara untuk tujuan itu.

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge