Pakej Kahwin di Tawau

Sekarang ini musim kahwin… Sana sini jemputan kenduri aku terima, baik yang dikenal mahupun yang kenal2 begitu sahaja… alhamdulillah, jodoh untuk korang dah tiba… Bersempena dengan musim ini, aku mula terfikir untuk turut serta dalam persiapan orang nak kahwin ini, kira nak menyumbang jugalah untuk hari bahagia mereka… Sumbangan yang aku maksudkan adalah aku ingin mewujudkan satu perkhidmatan yang mengikut trend pasaran masakini. Yalah, sekarang ni kan bukan lagi zaman pen dan kertas…. zaman klik enter-enter bah sudah.
Bagi yang berada di Tawau, rasanya bila sebut sahaja pakej kahwin, pastinya perlu memasuki banyak premis yang menawarkan perkhidmatan majlis perkahwinan. Bermula dari set pakaian, pelamin, make-up, hantaran hinggalah ke set khemah, meja, kerusi, camera, video, kad kahwin dan seangkatannya lagi. Tapi belum ada premis yang menawarkan perkhidmatan pakej all in one shop…(mungkin ada tapi aku belum ketahui). Rata-rata dalam satu premis, pakej yang ditawarkan adalah gabungan perkhidmatan dari orang yang berlainan… cameraman lain, photographer lain, set meja makan lain, khemah lain… belum ada yang mewujudkan premis yang semuanya berteduh dalam satu bumbung. Mungkin ianya mustahil di Tawau… kerana harga market di sini berlainan dari yang ada di tempat lebih maju (seperti Semenanjung)… But why not? Aku ada idea untuk mewujudkan kesemuanya dalam satu shop… (part ni aku cerita di belakang) Aku nak cerita dulu perkhidmatan pakej perkahwinan yang ada di sini terlebih dahulu.
1. Pakej Andaman di Tawau.
Bab andaman ni, terlalu banyak yang ada di Tawau. Kalau dulu-dulu, orang tidak panggil tukang andam, tapi orang akan panggil “mak pengantin”, kalau bugis digelar “indo botting”. Mereka inilah yang akan bertindak sebagai jurusolek dan mengatur selia majlis perkahwinan yang mengikut permintaan tuan rumah dan adat istiadat setempat. Jutamewah Andaman atau juga dikenali Kak Dia Andaman adalah antara yang popular di Tawau. Butiknya di bangunan Ruslan Amin Klinik, Sabindo, di Tingkat Satu. Kalau berkunjung di sana, agak terkejut juga kerana ada banyak gambar dari zaman awal 90-an… al-maklum sajalah, Kak Dia ni sudah hampir 30 tahun mengandam, kalau tidak silap aku lah.
2. Pakej Photographer & Videographer di Tawau..
Part ni pun ramai sebenarnya di Tawau dan perkhidmatan ini semakin popular lebih-lebih lagi selepas revolusi Photo & Video Review ala media menyelit masuk ke dalam mana-mana majlis perkahwinan. Maksudnya, gambar-gambar perkahwinan sekarang bukan lagi gambar no feeling action… berdiri tegak di pelamin dan click… sekarang zaman gambar atau video yang memiliki cerita di sebaliknya… kalau pengantin tengok semula gambar dorang, maka mereka akan senyum melihat aksi sebenar perkahwinan mereka, bermula dari naik jujuran, malam berinai, berazanji, nikah dan bersanding di pelamin. Aku respect dengan team KakiCandid kerana daripada penilaian aku, mereka adalah antara yang terbaik berdasarkan hasil album mereka yang mengikut trend masakini dengan harga yang murah. (Upkan lagilah harga tu, korang dah ada market dan value tersendiri)
3. Kad kahwin di Tawau.
Kad kahwin murah? Banyak… tapi design dia spesen saja… Hehehe… kalau bab kad kahwin memang kita agak ketinggalan kerana market kad kahwin yang ada di Tawau hanya menawarkan kad-kad yang sudah lapuk @ ketinggalan zaman. Trend kad kahwin sekarang very colourfull, special, isi kandungan dia pun direct to the point… harga? Depend on ur order… 500 keping ke atas boleh dapat harga RM80 sen dengan cetakan berwarna pasangan pengantin… demikian yang ada di market seberang Tanah Melayu. Aku rasa DY Design boleh turut serta dalam mewujudkan pasaran kad kahwin yang istimewa untuk orang Tawau… kesian bah, sampai bila orang kita kena makan ja ni sama peniaga culas.
Finally…Idea aku.
Apa pendapat korang kalau aku wujudkan satu shop dalam web yang menggabungkan kesemua perkhidmatan pakej perkahwinan di Tawau? Jadi segala maklumat boleh diperoleh dengan mudah, cepat dan berkesan. Any plan bertindak untuk aku fikirkan?
All Photo Credit to KakiCandid (http://kakicandid.fotopages.com)





azizhjyaras
aku rasa ok juga idea tu…aku nak selitkan perkhidmatan aku…bolehlah layari http://www.albumkasih.com.
aziz
0135566689
[Reply]
Adry
best idea tu sis… hermm bila la agaknya aku kahwin.. hehehe
[Reply]
Maya reply on November 21st, 2008 11:36 AM:
bapanya sudah bg green light bah tu adry…
[Reply]
angriani
waaa…pomot pomot ya…
mesti terer dorang ni menembak…penuh seni
[Reply]
Maya reply on November 21st, 2008 6:57 PM:
stiap kali mengumpul badget, ada saja lubang yang timbul.. adoi bilalah aku dapat beli snapang ni… lama sdh ndak praktik bakat.
[Reply]
tatai
sis..ngam 2..aku bleh handle bab2 consultant ni..kiranya aku jadi weding planer la..hahah.paling koman,aku bleh handle bab2 catering.serius ba..nda main22 ni..
[Reply]
Maya reply on November 23rd, 2008 9:48 AM:
Ok bah tatai.. disupport 100% kalau kau ni.
[Reply]
aziz dr albumkasih
kalau kita bersatu & bersama pasti orang cina pun gigit jari kaki. maaf ter promot pulak..
[Reply]
dewi
terima kasih atas entry ini. dan aku sokong cadangan utk wujudkan web yg megabungkan semua pakej dan perkhidmatan perkahwinan d tawau. bila bole ada ni ya?
[Reply]
noralliza
Assalamualaikum, wah thats a great idea for promotigng th wedding package here..we can go through it easily..
[Reply]
noralliza
i think we should allowed another web for any services that provided in tawau .tq
[Reply]
Maya reply on December 1st, 2008 5:36 PM:
perkembangan terkini, aku sedang dalam fasa pertama buat webnya.. nantikan saja kemunculannya… aku pun harap ada yang mahu kerjasama dalam menjayakan web tu nanti… insyaallah.
[Reply]
Lynn
Hmm….best2 idea tu.lagi2 aku ni bakal blk twu tuk selamanya,ye la since 1997 di KL.Blk nanti aku mmg mau survey benda2 wedding.so lagi senang klu wujud nya website nih.hari tu aku blk twu, xdpt pergi butik pengantin sgt coz aku xtau.ada 2,3 jak yg aku pergi itu pun di sabindo plaza tp crew KakiCandid mmg best.aku dah pernah tgk hasil keje diorang time aku blk hari tu.result nya mmg sama dgn apa yg kita bleh dpt di KL.Hmm…bleh x letak sekali location mcm dewan yg sesuai tuk buat wedding + sewa canopy tu sume..hehehe…byk plak permintaan.
[Reply]
Maya reply on December 1st, 2008 5:37 PM:
[Reply]
gans
tp… sbelum tu aku mau tnya dlu, kau sudah kawin kah?
klu belum aku sedia bah. kahkahkahkah……
[Reply]
lina
emm,elok sgt la idea tu sbb next year ramai member2 yg nk kawen (termsk la diri ni.. huhuhu)
[Reply]