1

Notis 10 Jam Jabatan Air Sabah Tidak Boleh Pakai

AMAT menyesakkan apabila notis bekalan air putus selama 10 jam yang dijanjikan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menimbulkan pelbagai aroma kesulitan kepada kami di Tawau. Saat post ini sedang dikarang (12.23 pagi), bekalan air sudah putus bekalannya selama 16 jam iaitu sejak awal 8.00 pagi semalam. Nampaknya notis 10 jam yang war-warkan di media elektronik dan media massa tidak boleh dipercayai apa lagi untuk digunapakai.

JANS lewat notisnya di dalam akhbar mengatakan mereka sedang melakukan kerja penyambungan paip 1000mm diameter MSCL di Loji Rawatan Air Cinta Mata, Tawau.

Kawasan yang terlibat ialah di seluruh bandar Tawau, Air Panas, Sin On, Tanjung Batu, kawasan Jalan Utara, Jalan Kuhara dan kawasan yang berhampiran.

 JABATAN AIR SABAH
WATER SUPPLY INTERRUPTION NOTICE,
TAWAU AREAS

Please be informed that water supply to the affected areas will be interrupted from 8.00 am to 6 pm (10 Hours) on 24 February (Friday) to allow connection work of 1000mm Dia MSCL pipe at Loji Rawatan Air Cinta Mata, Tawau.

Affected Areas:-
Whole Tawau Town Area, Air Panas, Sin On, Tanjung Batu, Areas along Jalan Utara, Jalan Kuhara and surrounding areas.

If weather is not permissible, the above mentioned work will be postponed.

We apologize for any inconvenience caused.

Sejak balik dari melakukan aktiviti biasa, aku pulang ke rumah dengan penuh harapan bekalan air sudah pulih macam biasa. Tapi apa sudah jadi? Air tidak ada juga!

Update:
25.2.2012
3.07 am : masih menunggu air yang belum juga hidup. Letih menunggu dan aku harap pagi2 bangun adalah air.
25.2.2012
6.24 am : Bekalan air hidup.

Comments

Powered by Facebook Comments

Filed in: 2012, Aduan Tags: , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!

One Response to "Notis 10 Jam Jabatan Air Sabah Tidak Boleh Pakai"

  1. Mus says:

    bikin panas saja dorang ni..
    Mus recently posted..Mee Tauhu, Hidangan Istimewa Di SabahMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Submit Comment

CommentLuv badge

© 2012 Puadede.Com. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Theme Junkie.